Assalamualaikum dan hai. :)
Harini aku nak cerita perihal manja. Manja mesti korang bayangkan perempuan kan. Hiks! oke betul, perempuan memang manja. Lelaki pun ada jugak. muehehe. Definisi manja dengan gedik lain yea. Jangan samakannya. Aku xgedik.
eh tetiba! Sekarang ni kan, aku tengok makin bertambah umur, makin banyak cabaran. Yelah kan, kita nak seiring dengan kemajuan, tapi aku rasa kalau xde yang lama, maka xdapat la yang baru. Inovasi, kreativiti. Baru-baru ni aku ada baca perihal keluhan cikgu-cikgu yang mengajar sekarang ni. Cabaran berdepan dengan karenah murid-murid dah jadi lain macam. Dulu lagi dah perasan benda ni. Tapi dulu xdelah serumit sekarang. Lepas tu kisah family yang duduk Sweden tu. Pun buat aku terfikir benda sama.
#throwback
Aku ingat lagi masa aku darjah 1. Masa tu aku sekolah 2sesi. Pagi aku kena pergi sekolah agama, petang pulak baru pergi sekolah kebangsaan. Penatnya memang hazab la, walaupun penat terpaksa pergi sekolah jugak sebab kalau xgi sekolah nanti abah aku balik keje, aku pulak kena denda. Abah aku memang garang weyh, kalau xgi sekolah memang dia ajar aku. Berkat dia la nih, aku jadi manusia. Dah la kat rumah ada orang garang, cikgu sekolah pun sama garangggg, suka cubit, tampar,tapi mengadu dengan mak pun macam xde action. Selagi aku xpatah riuk memang mak aku xamik kisah langgsung. Pernah dulu tiap-tiap kali kena sign report card mak aku mesti pesan dekat cikgu cemini "cikgu buat la kat anak saya macam mana pun saya xkisah, janji dia jadi orang dan jangan patah riuk sudah" hah! aku yang duduk sebelah mak ni tadi senyap je. Nak jeling mak aku pun xguna sebab memang mak aku xpedulik punya. Hahaha!
Kisah form 3 pulak, aku dah boring duduk dekat rumah, aku nak duit tapi nak harapkan mak aku untuk bagi duit memang xla. xkan la dia nak bagi masa waktu xsekolah cemini kan. Kebetulan jiran depan rumah aku ni berniaga kuih tepung pelita, jadi aku tanya dia samada dia nak pakai orang tak masa tu. Nak dijadikan rezeki dapatlah aku kerja berniaga kuih tu, upah waktu tu RM5.00 sehari, dari lepas zohor sampai maghrib. Xpe la kan, janji aku masyuk. Untuk pengetahuan korang, komuniti kejiranan aku masa ni, kawan-kawan yang membesar masa ni kebanyakannya lelaki. Jiran sebelah rumah aku, sama umur dengan aku pun lelaki, dia pun gi kerja luar sebab nak duit. Jadi aku rasa dah macam berdikari sebab tanpa usaha, aku xkan dapat ape yang aku nak. Biasa la kan, dulu mak aku memang xajar anak diorang ni manja-manja sangat, bagi kelengkapan, cukup makan pakai kira oke dah waktu tu. Family aku pun dulu bukan la dari orang yang senang. isk isk.
|
~~pinjam status SN~~ |
Oke cukuplah tu kisah aku dulu-dulu, biar ia tersimpan rapi dalam memori. Setiap jangka waktu yang berlalu tersimpan pelbagai memori. Eh nak menyimpang cerita pulak. Berbalik kepada waktu sekarang ni, zaman dah banyak berubah, budak-budak yang lahir era millenium ni pun dah lain. Diorang xpernah rasa main baling selipar, konda-kondi, batu seremban. Gile xbesnya zaman sekarang, yang diorang tau mengadap pc, layan tab, untuk main game, berchatting.Aku siap rindu lagi zaman main sep tiang masa kat sekolah agama. Main waktu rehat, bila masuk kelas badan pun masam. Ingat lelaki je ke boleh masam, perempuan pun sama je. Ahahaha!
~~sengkuang tabur kacang ni jugak yang dikenang. <3 br="">3>