Monday, February 28, 2011

~~Maid Lari. Sekian Terima Kasih!!~~



~~Maid yang nak dihantar pulang..abis kontrak la neyh~~


Membizi selama neyh, xsempat nak update blog..adoii~sangat -sangat bizi dan pemalas sikit-sikit. he he he..aku bizi dengan menyuarat & audit ISO sebenarnya. Pastu bizi dengan persiapan kawan nak bertunang. Kau yang excited terlebih. ga ga ga..kawan nak tunang mesti lah aku excited kan, lepas neyh mereka pulak kena excited bila tau aku nak kawen..tettttt!!

Semalam balik dari Kuala Lumpur hari dah malam. Area pukul 8.3Opm..tengok car porch gelap semacam, dalam kereta tue p.cik aku dah dapat agak, neyh mesti maid dia yang sorang lagi dah lari..mula-mula syak je, mana la tau kalau maid dia lupa nak pasang lampu luar ke..ape ke..bila dah siap parking kereta kat porch, m.cik aku duk panggil-panggil nama maid dia..tp xde jawapan. Senyap!! lepastue dia perasan ada satu surat dekat dengan pintu bilik dia. Dia amik surat tue, ingatkan surat maid dia tinggalkan, rupanya surat dari maid lama yang baru dihantar pulang ke Indon. Kandungan surat tue menyatakan dia mintak maaf banyak-banyak kat m.cik aku kalau dia ada buat salah samada sengaja atau tidak sengaja. Wah macam banyak kan dosa yang dia buat. Oppss..nanti kita sambung cerita pasal peel maid lama neyh yea. Sekarang mau fokus pada yang baru neyh..hehe

Sebelum neyh lagi, dah lama dah m.cik aku dengar maid baru dia neyh merungut penat sebab kerja banyak. Tapi maid neyh macam bertahan je lagi..mungkin sebab dia masih ada kawan lagi dengan maid lama neyh. Jadi dia layankan aje lah sebab xde kesempatan dia nak lari kan. Setiap hari ada orang keluar masuk kat rumah neyh. Nak xnak terpaksa lah buat kerja kan? :)

Oke sambung! lepas m.cik aku baca surat yang dia tinggalkan tue, m.cik dan p.cik aku cek semua tempat. Tau x ape yang maid xguna tue buat, dia xtutup semua pintu rumah. Yang paling bes, pintu pun xkunci..masyaAllah~ bila tengok pintu semua xbertutup, aku pun gi tengok kat dalam bilik kalau ada ape-ape barang yang hilang. Mongok kan!!..*uppss~aku xleh sabar dengan sikap orang cemini* dah la lari tinggalkan rumah, pastu boleh pulak dia tinggalkan rumah dengan keadaan xberkunci..grrrrrr!! Aku teringat kejadian rumah kena pecah masuk masa tahun 2008. Warghhh, dia buat aku takut duduk kat rumah sensorang.

Jadi, kesimpulannya sekarang neyh aku yang kena sama-sama turun padang mengemas rumah. Sampai melecet jari aku menyapu sampah. Masa neyh la merungut dalam hati, susah betul duduk kat rumah besar sebab kalau menyapu sampah ambil masa yang lama. Fuhhhh~xpe lah keluarkan peluh..boleh mendiet.. ha ha ha!! Diet lah sangat kan?? :D


~~penanda tangan orang rajin buat kerja. LOL~~



**********
Gambar tahun 2OO8.
~~Neyh laluan Pencuri tue masuk~~

~~Bilik Aku~~


~~Bilik M.cik Aku~~

Sunday, February 20, 2011

~~Sakit Yang Sakit Sangat~~


Malam semalam mengerang sorang-sorang, wuwuwu..sakit perut yang melampau sampai muntah-muntah dan demam, dah lama xkena penyakit cemini..aku suka sekurang-kurangya ringan beban dosa yang aku buat. Har..har..har!! upsss~


Mak aku pun dah naik risau, dia ingat aku muntah sebab piyed..biasanya aku akan muntah kalau tiba time itu..tapi semalam bukan masanya aku berada dalam tempoh itu. Aku xtau lah salah makan ke, terkurang makan ke..ha ha ha!! terkurang makan biasanya agak mustahil, tapi semalam memang aku makan agak lewat. Agaknya perut masuk angin kot.


Oke, yang menjadi isu sekarang neyh, aku dah lama xmengerang time demam, kiranya semalam adalah waktu betul-betul aku dilanda demam yang teruk. Seingat aku, aku demam sampai mengerang neyh waktu sekolah rendah dulu-dulu. Bila dah dewasa jarang kena penyakit, kalau demam pun yang biasa-biasa je, xde lah sampai tahap mengerang. Ubat demam sangat banyak kat rumah tapi saje je buat-buat xjumpa..xboleh nak makan ape-ape pun semalam, apa yang masuk mesti keluar semula.


Mengerang menahan sakit neyh buat aku sampai termimpi-mimpi..korang tau x aku mimpi apa?? Aku mimpi raksasa ikan tengah berperang dengan bakteria baik. Bakteria baik datang dari air yakult..Sebab ape yakult?? sebabnya aku minum yakult lepas muntah tue. Tujuan sebenar nak bagi sedap tekak je, Pastu kenapa dia lawan dengan ikan?? sebabnya lepas aku makan bubur ikan lah jadi muntah-muntah bagai nak rak!! Sumpah dah xlarat sangat-sangat weekend neyh. Mimpi aku tue diakhiri dengan kemenangan Yakult..ba ha ha!! gila


Nota kaki ke - 1 : Rasa-rasanya lah kan, kita neyh yakult ke ikan?? ha ha ha!! *tetibe*

Thursday, February 10, 2011

~~Xboleh nampak TeeThhhh~~


~~Ada Gigi~~





Upsss..bukan cacat oke, dan bukan juga buang tebiat..ha ha!! cuma baru cuba-cuba menjoin contest..bertuah lagi x aku rasanya?? mana lah tau jadi macam cabutan bertuah Hot Fm dulu..teethhhh..Oke, untuk pengetahuan korang, aku telah ditag oleh seorang yang bermuka sangat chomel *suka* iaitu cik eiyra, dia ajak aku join contest neyh. xsalah kan mencuba. :D Penganjur sebenar adalah cik muaz



Aku rasa macam nak suka lah pulak sebab sebelum neyh pemalu..cewahhh~ malu lah konon!!, sekarang neyh bukan lah xmalu, tapi menyahut cabaran la katanya!! oke, syarat contes neyh pun mudah sangat-sangat, janji ada gambar yang xde gigi, eh silap! yang xnampak gigi. :) Lepas tue tag 5orang kawan-kawan blogger korang. Lepas tue buat la entri yang simple-simple berkenaan contest neyh, dan tarikh tutupnya sebelum 27hb Jan 2O11..

Jadi, aku nak tag....
  1. Tengku Masni
  2. Intan
  3. Rozihan Ghazi
  4. Kak Ana
  5. Fidah


~~Sorok giGi~~

Monday, February 7, 2011

~~Marchmellow Sedap Sangat~~


Jajan neyh yang buat aku hetic..fulamakatak!!! memang bombastik..ha ha ha!! Oke sebenarnya aku xtau nak hapdet stori ape, cuma tadi tengah mengunyah marchmellow nyeh tetibe rasa syok. Lembut-lembut, gebu-gebu je masuk dalam tekak, rasa macam makan pipi seniri.. wa ha ha!! ~sigh, mengarut lagi. :p


Buat pengetahuan semua, aku suka menda gebu-gebu neyh bubuh dalam air cokelat panas..rasa lagi berkrim~yummy!! Seyes xtipu, sedap weyh (patut ko gemok!! ha ha)..sekarang neyh aku dah xminum cokelat van haunten dah, sebab aku dah bertukar selera pada susu cokelat anlene..yang neyh pun boleh tahan sedap disamping menjaga tulang aku. he he he. :) Oke la kawan-kawan, nasihat aku, minumlah susu untuk kesihatan tulang anda.. cewahhh~ aku pun baru belajar minum susu, sebelum neyh susu pekat manis tue je yang kau minum kan.. ekeke =p



~~Air O jangan dilupa :D :D ~~

Sunday, February 6, 2011

~~Cuti Je Kahwin!!~~



Kekenyangan minggu cuti neyh..hari sabtu je 3jemputan kenduri orang menjemput, tapi 2tempat kenduri kawen je yang aku gi. Perut pulak xpayah nak cakap la, rsenya macam dah nak termuntah..banyak sangat minum air sirap kenduri kawen. Ha ha ha!!


Minggu neyh rumah agak meriah. Semua adik beradik balik umah, kecoh noks~nasib baik abang ipar xbalik, kalau x mesti isi rumah agak sopan santun..ba ha ha!! segan jugak kan sebab abang ipar jarang balik, jadi kurang mesra lah sikit. Sebab tue semua orang cover santun masing-masing. :))



Sepupu aku dah kawen..semua orang sibuk bertanya bila pulak sampai giliran aku, lagak macam lapar nasi minyak je..tapi aku masih beri jawapan artis, NO KOMEN..ha ha ha!! Susah lah nak cakap pasal jodoh neyh, dah la aku neyh jenis pengganas, sopan santun tue ada tapi gila ganas..bukan macam pengganas mesir tue oke!! cuma aku xreti nak buat-buat ayuayu, manjamanja, gedikgedik..siapa boleh ajar aku supaya menjadi lebih perempuan?? kah kah kah!!


Tapi..seganas-ganas aku, reti masuk dapur oke. Reti la setakat nak masak lauk telur goreng kicap, daging masak kicap, ikan masak kicap..ha ha ha, (ko ingat suami ko nanti suka makan kicap la kan!!) tapi yang penting aku xtakut masuk dapur, dan xkan buat alasan takut bulu roma terbakar kalau memasak kat dapur. (bakal mak mertua semua, boleh x saya masuk list??) ha ha ha!!


***********

Aktiviti sebelah petang pulak, mak aku gi ajak tengok kebun getah yang kitaorang tanam dulu. Mak aku nak tengok anak pokok dah naik atau belum. Dulu kan kami pernah menanam, cuba tengok sini.. Pastu mak nak bayar upah kat orang yang menebas/membersihkan kebun tue dari semak. Seronok je rasanya bila tengok semua pokok yang kami tanam hidup..tangan sejuk neyh, kalau menanam senang pokok nak hidup.


Oke kebun pun dah bersih, siap boleh main bola lagi..aku dah xtakut nak masuk ke dalam kebun tue, sebab semua rumput dah kene potong..adik aku cakap boleh main lari-lari macam cerita hindustan tue..ba ha ha!!

Wednesday, February 2, 2011

~~Hancus Lagi~~

~~pic last yang disnap~~


Wuwuwu..camera aku hancus lagi. Ape kes lah tangan neyh xdapat pegang kuat-kuat. Time cuti banyak kenduri kendara lah dia nak jatuh, warantty ada lagi tapi xtau lah valid ke tak, kalau xcaye cuba tengok sini..xsampai setahun pun lagi, tapi dah kondem~sedih neyh, nasib baik xbeli camera dslr..adoii mampu berangan ajelah. Rasa xberbaloi je kalau aku neyh jenis pengganas pakai gadget.. ha ha ha!!



Ni nak cerita pasal gadget jugak, baru-baru neyh henpon aku jatuh kat atas jalan masa dalam hujan..boleh bayangkan x?? jalan tue pulak ada lopak air tambah lagi aku baru sedar 1/2 jam kemudian..What the F*** (sila baca FISH, jgn mencarut!) jadi masa kutip atas jalan tue, tengok kat skrin henpon dah jadi flight mood..semua program jadi cepat..xtekan apa-apa pun dia mengganas jugak memberontak..dalam hati neyh cakap, sah kena beli henpon baru..tp semua tue dusta, xpayah beli baru pun..aku sayang henpon aku..wuwuwuwu~dia tau tuan dia bersifat cemana, 3hari aku jemur bawah kipas, nak jadi apa pun, jadilah..buat hati kering. Kembali kepada asal akhirnya, dan dia jadi lebih baik dari biasa..sayang henpon pink~ :))



Aku harap karang cina kedai camera tue tau nak buat apa kat camera aku kan, dan yang paling penting, FREE OF CHARGE untuk kerja-kerja pembaikpulihan..ha ha ha!! Aku kena cakap, aku sangat sayang kat camera tersebut walaupun orang anggap kuno! biarlah, janji aku suka.. :D :D

Tuesday, February 1, 2011

~~Perlu Ke Sampai Mengugut??~~









Sentap mak nyah!! dugaan betul arini..aku tau lah kesalahan aku kan, tapi kenapa sampai nak ugut semacham?? haram jadah betul..pepagi dah buat aku hilang mood walaupun aku tau sebenarnya akan kena 'serangggggg'. Kesalahan kecik je kot, sampai nak main ugut-ugut neyh yang boleh buat temperature aku naik..mendidih siot!!


Nak melawan rasa macam xberkuasa sangat aku neyh..tapi masih boleh bersabar sebab apa pun problem tue mesti selesai. Apa dia ingat aku neyh otak macam Adiputra ke?? boleh ingat semua perkara lepas-lepas..pepatah pun ada tulih perkara lama jangan dikenang, inikan pulak otak aku nak simpan menda-menda yang xmendatangkan faedah kalau aku ingat lama-lama.


Lagi satu yang aku xpuas hati tue, mentang-mentang dia bekuasa dari segi **** tapi jangan lah nak ego sangat oke. Sekarang boleh la berlagak. Grrrr~!!



Nota Kaki - ke 1 : Astaqfirullahala'zim..sabar dan istiqfar lah banyak-banyak. Moga aku memperoleh tahap kesabaran yang kebal. DIA lagi berkuasa.