Sebelum kejadian pembahagian duit yang xsekata tue, aku amik keputusan untuk cuti lama, nasib baik apply awal, jadi aku xde lah terpikir sangat soal tue. Aku aply cuti dari hari selasa sampai isnin, kebetulan hari jumaat tue cuti hari Malaysia, jadi amat-amatlah dinantikan cuti itu..he he he
Aku rancang cuti neyh dengan kakak aku sebenarnya, tapi malangnya dapat berita las minit dia kena gi ke Terengganu ikut abang ipar..adehhh!! tapi better dia ikut suami dia kan, dapat pahala kurang dosa bila berjalan dengan aku..ekeke, isteri kena dengar cakap suami..hu hu hu~
Kalau ikutkan perancangan memang banyak tempat aku nak gi, shopping lah, beraya umah kawan-kawan lama lah, tapi tu lah kan, kita hanya merancang, DIA jugak yang menentukan semuanya. Aku xdapat gi semua tempat sebab kakak aku xde nak dibuat peneman. Kalau ada kakak aku, senang sikit kot sebab dia kenal jugak dengan orang yang aku nak gi beraya neyh. Aku nak gi beraya rumah kawan ayah aku yang masa dia keje kat kolumpo dulu tapi kena cancel la pulak sebab kakak aku xde.
Jadi disebabkan aku duduk kat rumah m.cik aku, aku pun dah xde idea nak kuar gi jenjalan kat mana..he he he~main tenet ajelah jawabnya..untuk jadual aku hari ahad pulak, aku dijemput datang ke rumah kawan aku yang duduk kat taman koperasi polis fasa 2 kat batu caves, mula-mula masa dapat jemputan tue, aku rasa serba salah, samada nak gi atau xgi sebab aku segan. Ho ho ho~mak segan noksss!!
Kebetulan ada jiran aku kat kampung bekerja area kolumpo, jadi aku call dia untuk ajak meneman aku gi rumah terbuka member neyh tadi. Dia setuju, jadi misi untuk hari ahad neyh nanti bakal terjadi lah kan. Tiba masa yang dinantikan, sebelum gi rumah member aku neyh, kami-kami neyh menghadiri walimah dulu kat kelang, jadi masa perjalanan balik rumah nanti la bercadang nak singgah rumah kawan aku neyh tadi.
Bila dah mencari bagai, sebab sempat sesat gara-gara GPS tunjuk jalan xbetul, tinggal lagi 1lorong lagi nak masuk perumahan mamat neyh, aku dapat call dari kakak aku, dia cakap jangan gi rumah kawan aku tue sebabnya mak aku xbagi. Sebenarnya memang aku xbagi tau mak aku yang aku dijemput gi open house rumah dia ari ahad tue. Mak aku dah hot kat rumah sebab aku xbagi tau dia yang aku nak gi rumah mamat tue. Kakak aku cakap, jangan la berani sangat nak gi rumah orang yang dia xde pape hubungan dengan aku.
Neyh semua gara-gara mamat neyh pernah bawa aku gi Kelantan aritu, family aku neyh ingat dia dah betul-betul seriyes suka kat aku, las-las statusnya masih mahu berkawan, jadi mak aku langsung dah xbagi aku berkawan dengan mamat neyh dah. Dia langsung xbagi aku berkawan, umphhh~~ mak aku dah boleh rasa apa yang akan terjadi, biasalah kan..naluri ibu neyh lain, dia boleh rasa yang lain kalau apa-apa yang akan terjadi kat anak-anaknya. Aku pun xnak mulakan perbalahan, aku ikutkan aje saranan mak aku tue.
Lagipun memang aku dah tawar hati kot lepas balik dari Kelantan tue, dia pun dah mula senyap jadi aku pun senyap ajelah, aku tau aku xlayak untuk dia. Aku dah buang semua benda berkaitan dengan dia, no tel pun aku dah delate, even dah ada sekelumit rasa sayang, tapi kalau benda yang boleh mendatangkan masalah kat aku pada masa akan datang, jadi biarlah dia berakhir sekarang. Jodoh pertemuan di tangan yang maha ESA. Dia yang mengetahui siapa yang layak untuk hamba-hambanya. Buat masa neyh, doa dan tawakkal ajelah penawarnya. Huuuuuu~~
No comments:
Post a Comment