Friday, January 13, 2012
~~Sadis, Sedih~~
Baru lepas baca kisah dia, sedih, syahdu rasa hati neyh sebab suami dia tetap pertahankan maruah isterinya kan.. aku teringat kejadian yang mungkin lebih kurang sama dengan dia, tapi kuasa Allah, yang tahu kekuatan hambanya setakat mana..aku xjumpa dengan perompak, tapi aku balik umah dengan keadaan yang baru selesai dirompak.
Masa tue xsilap aku kejadian neyh belaku awal tahun 2008, masa cuti raya cina..masa tue aku balik dari kenduri sepupu aku bertunang kat kampung, dulu kan aku tinggal dengan m.cik aku, jadi masa neyh aku balik rumah dulu dari dia, xsilap aku haritue m.cik aku neyh xdatang kenduri sepupu aku tue sebab dia nak gi kelantan pulak..masa dia tinggalkan rumah tue dalam pukul 3.oopm, aku pulak balik rumah pukul 8.00pm, so korang boleh agak masa bila perompak tue masuk rumah buat keje-keje neyh semua kan.
Nasib baik aku balik rumah masa tue dengan kakak aku, mula-mula masa masuk umah tue perasaan aku macam biasa je, happy-happy je sebab aku rancang dengan kakak aku, nak gi fun fair sebab m.cik aku xde kat rumah jadi xde sape boleh halang..Ekeke, ye laa..bukan ape, kalau m.cik aku ada susah sikit dah nak keluar malam tue, xbest la kan sebab duduk rumah orang pastu nak balik memalam. Masa dah dalam rumah, aku perasan semua lampu terpasang, aku piki mungkin la p.cik aku yang pasang sebab dia jangka aku akan sampai umah malam, pastu aku terus nak masuk bilik aku, tapi aku terpandang bilik p.cik aku yang berselerak isi laci..masa tue xsyak lagi, aku rasa p.cik aku cari barang, tapi xjumpa sebab tue dia selongkar..abaikan..abaikan..
Sepanjang laluan nak ke bilik aku kat belakang tue aku akan tempuh bilik sepupu dengan nenek aku, aku nampak bilik sepupu aku pun berselerak dengan kain baju, masa neyh pikir positip lagi..*neyh sah xjumpa baju, atau papa suruh cepat bersiap*...oke dekat bilik nenek aku pulak aku tengok laci terbukak, tapi xmacam mencurigakan pun, lagipun kat bilik nenek aku xde almari, jadi tue ajelah yang nyata nampaknya..bila aku sampai kat bilik aku pulak, aku nampak pintu bilik aku terbukak sikit, masa tue hati aku dah macam curiga sikit..bila bukak pintu bilik je, aku terkejut sangat-sangat bila nampak semua barang-barang aku ada atas katil. Kakak aku pun masa tue terkejut, lepas tue aku call p.cik aku, aku cakap dia ada selongkar bilik aku ke, tapi dia cakap xde, dia tanya kenapa, jadi aku jawab aku balik rumah neyh, bilik aku sepah-sepah, semua barang dalam laci berterabur.
Pastu hati aku mula rasa xsedap..aku tengok bilik maid, pun dah sepah..aku gi dapur terus amik pisau!! pisau..aku yakin mesti ada pencuri masuk rumah..Ya Allah, perasaan masa neyh hanya Tuhan je yang tau..kakak aku suruh aku rilek dulu, sebab dia pun dah takut jugak..aku berlari masuk bilik aku semula pastu tutup pintu bilik dan buat call, masa tengah cemas tue aku xtau siapa yang aku patut call, tapi kebetulan baru nak dial no tepon tue, p.cik aku call semula, aku pun cakap kat dia yang rumah dah kena masuk perompak..p.cik aku mintak aku keluar, gi dekat stor, sebab dekat stor tue ada lubang angin yang boleh tembus terus ke bumbung..dia mintak tolong aku tengokkan ada bunyi pape x kat dalam stor tue..bila dah orang cakap cemitu, lagi la aku gerun..serius aku takut..aku xtakut hantu, tapi aku takut orang. Menggigil-gigil tangan aku masa pegang pisau..aku call semua sedara-mara mintak diorang datang cepat-cepat sebab aku memang takut..call polis pulak masa tue banyak pulak la soalannya, aku neyh kalau boleh memang mintak mereka-meraka neyh datang segera.
Tapi masa tue aku rasa geram kat pihak berkuasa, boleh pulak xtau lokasi rumah kat mana sedangkan dah bagi adres full..sabo, sabo. Tapi yang boleh aku cakap ialah, memori rumah dimasuki perompak neyh memang melekat dalam ingatan walaupun harta aku yang hilang masa neyh ialah gelang zhulian. ha ha ha!! m.cik aku punya harta xpayah kira laa..jenis yang simpan kat emas kat rumah, memang joli katak la perompak tue semua. Yang menjadi kemuskilannya, jam tangan yang branded-branded xde pulak diambilnya, pastu emas putih pun xamik, yang diorang amik emas kuning dengan duit syiling. sah penangih neyh.
Eh sebelum tue, lupa nak cite..kejadian neyh menyebabkan aku keluar masuk balai la jugak, pastu ada lagi kejadian yang bakal terjadi tapi sempat disedari, masa aku balik dari balai polis untuk buat report, masa tue dah dekat pukul 3.00am, ada sebijik kete dekat belakang rumah m.cik aku, lepastue p.cik aku yang follow sedar ada orang duk perhati rumah tue lagi, p.cik aku mengekor jugak kete tue tapi lenyap, hilang tah kemana sebab driver tue bawak laju macam pelesit, yang aku perasan masa tue, kat dalam kereta tue ada la 2-3 orang..Eeeee, dah dapat banyak hasil rompakan pun xpuas ati lagi ke??.
Sesiapa yang ada pengalaman rumah dimasuki perompak, banyak-banyaklah bersabar yea, mungkin Allah memberikan ujian sebelum kita dapat mengecapi kesenangan yang akan datang, insyaAllah, amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment