setiap insan, pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana, akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa.
terdengar syahdu surah dibaca~~~
Aku dah xdapat nak teruskan senikata lagu kumpulan Rabbani ni. Sangat-sangat menyentuh. Tanggal 21.07.2013 jam 1.14am ayah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Derita penyakit buah pinggang yang dihadapinya 5tahun lalu dah berakhir. Allah telah menjemput abah aku dalam keadaan yang sangat baik. Abah meninggal bulan puasa, yang mana sedia maklum saat ahli-ahli kubur bergembira kerana tiada seksaan kubur, rohnya terus diangkat menuju ke syurga. SubahanAllah sungguh besar rahmat-MU yang diberikan kepada sesiapa yang meninggal pada bulan puasa. Arwah abah juga meninggal kerana sakit dalam perut iaitu tergolong dikalangan para husnul khatimah walaupun kami semua sedih dengan pemergiannya tapi abah lah juga yang sering menjadi sumber kekuatan kami adik beradik. Adik beradik aku semunya perempuan, semuanya berjiwa lembut, cuma mengharapkan abahlah sumber kekuatan kami semua.
KOSONG. itulah perasaan yang dialami semua ahli keluarga setelah ketiadaan abah. Mak pun sama, selama mereka hidup berumahtangga setelah hampir 30tahun mesti terasa sunyi. Rutin yang dilakukan selama ni dah xde lagi. Rutin menjaga pesakit buah pinggang amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan ketelitian untuk mengelakkan jangkitan kuman amat-amat perlu diambil berat. Lebih kurang 5tahun mak aku mengadap perkara rutin ni, tiba-tiba dah xde. mesti terasa kan?? Ya Allah sedihnya rasa hanya Allah yang tahu. Aku xdapat nak gambarkan perasaan dengan kata-kata. Aku ingat lagi, saat mak merayu dengan nurse yang jaga wad ICU untuk masuk kedalam sebab nak bacakan yassin untuk arwah, tapi entah kenapa malam tu, nurse dekat wad ICU tu xbagi mak aku masuk. Setelah puas merayu, baru dia dibenarkan masuk. Masa arwah abah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir pun, aku adik beradik xde dikelilingnya. Kami xdibenarkan masuk pun. Itulah saat yang paling menyedihkan dan sangat-sangat terkilan. Kami nak berada di sisi abah saat dia dijemput. Cuma doa aku, kami sama-sama dapat berjumpa bila tiba waktu ITU nanti.
Ya Allah, janganlah kau palingkan imanku terhadapmu. Kau lindungilah aku, keluarga ku, saudaraku serta saudara seIslam yang lain agar terus beriman kepada-MU. Amiin.
Kawan-kawan sedekahkanlah al-fatihah untuk allahyarham. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amiin
#maaf entry ni sebulan lepas dah duduk terperuk dalam draf, baru harini berkesempatan untuk publish.
No comments:
Post a Comment