Friday, June 25, 2010

~~Selamat Hari Wanita~~

Heh..kalau hari jumaat mesti jadi hari wanita kan? Time neyh la ramai wanita-wanita yang bekerja keluar gi shopping..ekeke~(macam la hari lain wanita xkeluar kan?) ye la, sebabnya kaum lelaki gi menunaikan solat jumaat, golongan wanita keluar berlibur laa..aisehh!! Hari jumaat la dapat waktu rehat yang panjang. Macam kat opis aku, waktu rehat dari pukul 12.45pm hingga 02.45pm, haa kan panjang tue. :)

~~neyh cupcakes masa bagi dulang untuk majlis menyambut menantu kakak aku~~


Tadi aku keluar gi beli perkakas nak buat cupcakes, ececehh~~aku dah pandai buat sekarang neyh, yahOOO! sejak bagi kawan-kawan cupcakes masa hari kakak aku kawen tue, respon yang aku dapat semuanya positif (+) waaaa! bangga gilez..haha (ishhh xbaik riak!) ada kawan aku oder, jadi aku pun xde sebarang kerja minggu neyh, jadi amik ajela, terpaksa balik Pekan la jawabnya. Semua peralatan ada kat sana. Kat rumah m.cik aku (kuantan) neyh xde peralatan yang aku nak guna tue, terutama mesin mixer adunan. Kalau guna blander kan senang. hahaha~ (xdapat nak bayangkan buat kek guna blender) jadi tadi gi cari barang-barang yang nak digunakan untuk menghias cupcakes tersebut. Aku terpaksa beli peralatan yang baru, semua peralatan yang lama tue dah hilang berterabur, xtau kemana disimpan. Al-maklum la bukan tuan rumah yang mengemas masa majlis kakak aku tue, semua m.cik aku yang bereskan, kalau tanya dia pun, dia dah xingat mana diorang letak perkakas comel-comel aku. Salah aku jugak sebenarnya, reti buat aje, simpan semula dah xreti dah. Haihh~~ :)




Akibat terlalu leka kat kedai-kedai yang jual peralatan kek tue, aku dengan kawan aku (k.su) terpaksa tapau je makanan. Nak makan pun gerenti dah xsempat. Cadangnya nak makan Keni Roges (hilang diet aku!) jadi tapau ajela untuk dibawa pulang ke opis. Balik opis ayam dah sejuk..huk huk, tapi makan je sebab lapar. :)


~~keni roges yg ditapau, makan kat opis waktu lapar~~ :)

No comments: