Monday, July 5, 2010

~~Cubaan Pertama & Terakhir~~

~~Pop cakes yang tinggal kenangan~~

Hati aku betul-betul mendidih. Rasa nak menangis pun ada jugak, percubaan pertama dan mungkin xkan ada percubaan yang seterusnya. Sumpah aku xsuka dah buat POP CAKES neyh. Ecehh, mula-mula dulu semangat je aku nak mencuba resipi buat pop cakes. Tengok pada bahan-bahan penyediaan very d simple <--*tercakap omputih pulak* haha!, Haaaa bila dah beli segala kelengkapannya, dengan penuh semangat aku buat, balik keje petang tadi rasanya dah xmenyempat nak turun ke dapur. Gara-gara pop cakes neyh jugak tadi aku lewat sembahyang asar. (xberkat la agaknya tue kan??, huhu) Bahan asas dia mesti la kek kan, tapi tadi aku gi beli kek swiss roll kat kedai bakery bawah ofis aku tue, pertama kali membeli kat kedai kek tue, lagipun kedai tue baru buka, jadi nak merasa la kek dia, sedap ke x. Tapi harini aku puasa, jadi kek yang dibeli pun xboleh nak rasa la. Kesimpulannya, aku buat dulu sebelum merasa.

~~neyh masa tengah prepare, kek belum rasa lagi~~


Dah ikut step by step <--*tercakap omputih lagik** =p buat pop cakes tersebut, untuk langkah yang terakhir pulak ialah masukkan pop cakes tersebut dalam coklat compound yang telah dicairkan, tapi yang aku peliknya ialah coklat yang aku cairkan tue mudah sangat menyejuk beku, angkat dari api terus mengeras, entah masa bila bole menyalut pop cakes aku tue, sebab tue la jugak yang buat aku hilang sabar masa membuat neyh. Pastu dah xboleh nak salut kat pop cakes aku tue, aku humban semua barang ketepi, merasa pulak kek yang xbersalut coklat tue, rsenya xsedap langsung! Manis mencekik..arghhhhh stress dengan rasa kek tue pulak, Las-las tahap keBENGANGAN dah capai tahap maksima, semua kejadah-kejadah tue aku humban dalam tong sampah. Betapa membazirnya aku harini, kan bagus kalau aku belanja member opis makan nasi kukus, lagi barokah, xde la dapat dosa membazir harini. Aku sangat marah dengan diri sendiri!!

~~neyh adalah akibat selepas kek dah rasa dalam mulut dan tunggu coklat yang cepat sgt menyejuk~~ *jawapnya ke tong sampah comel**

No comments: