Seminggu aku cuti raya. Macam-macam hal yang jadi. Tahun neyh raya terasa kurang meriah siket sebabnya macam ada kurang. Kakak aku xbalik beraya sekali..wuwuwu~biasala, orang dah berumah tangga kena la ikut suami. Mak aku pun cakap cemitu..aiseyy~
Persiapan hari raya pun buat ala kadar je. Masak pun cukup-cukup untuk saudara-saudara je yang datang, walaupun aku tau rumah aku memang selalu dikunjungi orang masa raya pertama. Kalau xcukup makanan yang dah sedia ada, terpaksa la masak yang lain untuk tetamu yang datang lewat tue..Memang aku xberpeluang nak beraya kat rumah kawan-kawan. Jadi chef kat dapur, cewahhhh~ jadi aku paksa kawan-kawan datang kat rumah masa 1st raya..sebab 2nd raya time aku pulak nak gi rumah diorang..hihi :D
Bila masuk hari ke 3 dalam bulan syawal, kg aku ada kes budak terjatuh dalam sungai pulak da..mangsa lemas tue sehingga la arini..(tarikh aku buat entri neyh la.. :D ) masih belum dijumpai lagi..kalau ikutkan cerita orang-orang kg neyh, budak tue jatuh masa lepas bersihkan perut ikan patin yang dah diorang siang untuk buat kenduri tahlil lepas maghrib kat rumah nenek saudaranya. Kat kg aku neyh dekat dengan sg pahang, jadi banyak la aktiviti penternakan ikan sangkar kat sg neyh..arwah neyh pulak budak bandar, biasa la kalau da jumpa sg mesti teruja, tambahnya lagi xreti berenang, macam aku jugak..hehe! tapi aku pernah terjun sg 2x je..pastu bila teringat kot-kot ada buaya dalam sg, terus takut nak turun kat air tue..haha~ eh dah terpesong plk..
Bila dah kecoh budak jatuh sg neyh, banyak la anggota-anggota penyelamat berkampung kat tepi sungai untuk mencari mangsa. Macam-macam jabatan ada, aku rasa macam ada pesta la pulak kat tepi sungai neyh..tue baru kira anggota penyelamat dari jabatan kerajaan..yang luar jabatan pun ada jugak..tau x penyelamat yang xde jabatan?? haha~ anggota penyelamat yang xde jabatan neyh ialah terdiri daripada pak dukun..pak pawang..pak bomoh.. dan segala "pak" la yang diluar jangkaan akal aku neyh..biasa la orang kg mesti ada jugak nak guna khidmat-khidmat "orang lama" neyh..tapi tau-tau ajela kan, bila dah ada "pak" neyh, segala cerita luar jangkaan akan keluar. Mangsa neyh cemini la..cemitu laa..owh~seram nak stori memalam neyh..
Oke..disebabkan pasukan-pasukan penyelamat neyh berkampung kat tepi sg, maka penduduk kg termasukla mak aku kena bergotong-royong membantu kaum-kaum wanita untuk memasak hidangan pada mereka-mereka neyh..xbole nak beraya dah...huk huk, sedih je ari ke-3 dah xbole nak gi menziarah rumah saudara-mara. Mak aku cakap, xelok la pulak bila kita dah dengar kes cemini, kita xhulurkan bantuan..kalau xbole nak bg duit, sekurang-kurangnya sumbangkan tenaga...oke laa.. aku faham, tapi tetap ada rasa terkilan sebab taun neyh xbanyak gi jenjalan beraya rumah saudara-mara.
No comments:
Post a Comment