Cuti weekend sebelum wesak day aku gi nilai. Ikut rombongan cik kiah nak shopping..ha ha!! saje-saje je nak penuhkan bas, bukan ape sangat gi Nilai, tapi sebab nak gi rumah kakak aku kat mantin. Sampai je kat nilai, kakak aku amik aku pastu gi rumah dia. Balik pun waktu petang macam biasa, hari isnin aku gi kerja, masa neyh belum menunjukkan apa-apa tanda kesakitan sampai la malam isnin tue, perut aku dah memulas sikit-sikit, aku ingat mungkin biasa kot sebab waktu makan tengahari aku makan lambat, tambah lagi bekpes lupa nak amik, bizi bercerita perihal rombongan cik kiah ke Nilai..keh keh keh.. =p
Isnin ( 16hb May 2011 / 09pm )
Selasa ( 17hb May 2011 / Wesak Day )
Rabu ( 18hb May 2011)
Jumaat, Sabtu, Ahad (20, 21 & 22hb Mei 2011)
Isnin ( 23hb Mei 2011)
Isnin ( 16hb May 2011 / 09pm )
- Perut rasa macam sengal-sengal, kembung angin mungkin..biarkan la dulu, mungkin sebab piyed. :)
- Pukul 12.OO am, tido xselesa langsung, rasa nak muntah, perut memulas-mulas..berulang alik gi toilet, tapi penat je, xde hasil..bleghhh
- Tido sambil menahan sakit. =(
~~Bunga & Buah dari agen insurans aku (Prudential mmg terbaik) ~~
Selasa ( 17hb May 2011 / Wesak Day )
- Bangun tido lewat..hi hi hi, pukul 11am rasanya baru bangun, nasib baik mak xmarah sebab dia tau aku sakit perut semalam. Pagi tue bangun macam biasa, bekpes..tapi perut xjugak baik. Pelik pun ada.
- Lepas bekpes, mandi, terbaring atas katil semula..sakit perut lagiii..sapu balm~ terlelap!
- Bangun tido semula pukul 2pm, masa neyh adik aku kejut suruh makan nasi..aku xmakan pun, dh xlarat nak bangun, mintak tolong adik aku bancuh air cokelat anlene je. Nasib baik mood dia rajin, niat nak makan ubat tahan sakit tapi abaikan je sebabnya aku xboleh minum susu + makan ubat, alamatnya nanti terburai~
- Pukul 4pm rasa perut neyh macam kena gerudi, datang sakitnya mengejut-mengejut, dahi neyh dah bpeluh-peluh menahan sakit, aku cari mak nak suh hantar gi klinik je, tapi mak gi surau la pulak. Terpaksa tunggu dia balik dari surau pulul 5pm nanti..wuwuwu, masa neyh air mata dh meleleh dah, sakit sangat..sob sob!
- Bila dorg balik je, aku ajak gi klinik, masa neyh nenek aku duk bising-bising sebab xgi klinik awal-awal, adoiii kena marah la pulak!
- Sampai kat klinik doktor buat urine test, pastu suruh aku baring, dia tekan-tekan perut aku, sabar je la aku waktu tue sebab dah la sakit kan, lagi dtekan-tekan..nak nangis malu la pulak sebab doktor lelaki, jiran kg aku plk tue.. keh keh keh, dia cakap mungkin dia syak apendik, tapi belum sahih lagi, dia bagi ubat sambil pesan, kalau rasa xkurang sakit jugak, dia suruh aku gi hospital terus.
- Balik dari klinik tue pukul 8pm, mak dgn ayah aku suruh makan ubat tue, biar lega sikit sakitnya, lepas aku makan ubat, masuk bilik dan tido~ tp tido xlama pun, pukul 11pm aku sedar, berlari gi bilik air, muntah!! abis ubat yang aku makan tadi keluar semula, semua tinggal kecik-kecik je, dah larut sikit kot.. tapi bila mak aku tanya ubat keluar sekali x?? aku jawab X, bukan ape, nanti kena telan semula..xmo dahhh!!
- Pukul 12am, sekali lagi aku muntah, kali neyh aku dah xtahan sakit, terus mintak hantar gi hospital. Jarak rumah aku ke hospital amik masa 45min, jadi sampai hospital dekat pukul 1am. Bila dah sampai hospital sekali lagi doktor cek, buat urine test lagi..kena makan ubat depan doktor lagi..tension aku!! pastu doktor suruh admit..pukul 3am baru la dapat ward..mata dah mengantuk, kepala pun dah pening, tangan pun dh kena cucuk branula, jadi masa untuk tidoo~ zzzZZz
~~Hari ke-3 kat ward, nurse tukar branula aku, pakai yg versi baby sebab ada clamp, xde la kalau bgerak, darah turun. he he he~~
- Aku terkejut masa tido sebab nurse masuk bilik, masa neyh baru pukul 5am..ingatkan dah pukul 8am..he he he!! dia masuk bilik sebab nak amik tekanan darah, lepas tue tukar tiub air...jadi sambung tido semula..Zzzz~
- Pukul 8am, bilik aku ada orang ketuk lagi, kali neyh m.cik yang hantar makanan, masuk dalam bilik hantar bekpes. Lepas dah hantar bekpes, bilik dketuk lagi, kali neyh m.cik cleaner, nak sapu bilik, lagi sekali bilik dketuk, masuk pulak m.cik india, dia nak basuh toilet..adoiii dah la mengantuk, rasa nak marah pun yea tp dh keje dorang jadi biarkan aje lah. Sabo..sabo~
- Lepas dah ada gangguan cemitu jadi lebih baik aku bangun, mandi..lepas mandi tue, bekpes siap-siap, duduk termenung atas katil..mimpi ke aku duduk ward?? ha ha!! sepanjang hayat, neyh la 1st time aku kena tido kat wad, selama neyh aku je yang selalu melawat orang masuk ward.
- Pukul 11am doctor pakar bangsa hindu masuk bilik aku, dia tanya keadaan aku cemana..masa neyh aku xtau pun doctor neyh yang akan operate aku, aku ingatkan dia round wad je.. ha ha ha!! lucu betul kalau ingat, dengan muka degil aku lagi..heee~ dia nak periksa perut, jadi mestila ada yang dia suruh bukak-bukak, aku pulak kalau dah 'open-open' cemini seram sejuk siket..kan xpernah kan, lg 1, pasal bukak-bukak neyh la yang buat aku liat sikit nak gi hospital kalau sakit.. rela menahan sakit dulu..last-last secara PAKSARELA, nurse yang bukakan..blushing!! :-S
- Bila lepas doctor periksa perut aku, dia suruh aku puasa sebab nak buat ultrasound. Masa neyh nama je puasa tapi kena makan ubat jugak..bleghh~ nurse datang bagi ubat dulu sebelum puasa, dia bagi gavinscon dengan ubat ape tah, suruh kunyah..bila dengar kena KUNYAH, mentah-mentah aku tolak ubat tue, aku ingat nak buang je..tapiiiiii ada nurse lelaki masuk bilik aku masa nurse bagi ubat tue, dia tanya aku ::: dik, kenapa xnak makan ubat neyh??
:: xnak lah, kalau makan boleh minum air xpe lah..
:: eh, ubat neyh manis lah, rasa mentos @ polo tue je..
:: yea ke??
:: yea, xcaye cuba la makan, saya pun amik ubat neyh hari-hari..
:: owh..betul yea xpahit?? xpe lah, kejap lagi saya makan. ( sambil senyum dekat nerse laki tue) bahahaha!! bukan menggatal oke, tapi masa neyh mmg sgt2 xsuka dgn ubat tue..
~~Ubat sebelah cecair putih tue la yang rasa macam gula-gula polo @ mentos, tapi bila dah makan hari-hari, aku rasa macam ubat gigi la pulak, manis sangat buat tekak aku loya.. ha ha!! ~~
- Area pukul 3pm, nurse datang, tolak wheel chair, malu la weyh..masa neyh aku xsakit lagi, xpayah la nak tolak-tolak bagai..tapi dia tetap suruh aku aku duduk jugak, sebab masa neyh dia nak hantar aku gi ultrasound..dah sampai tempat nak buat ultrasound boleh pulak dia tinggalkan aku duduk kat wheel chair tue sensorang, aku ingatkan dia tunggu, las-las aku suruh nurse tue bawak naik semula wheel chair tue, aku pikir masa neyh aku mampu jalan lagi, mesti xde orang nak tolak aku naik bilik sml..heeee~
- Masa buat ultrasound tue doktor perempuan india..dia suruh aku singkapkan baju, aku pun buat la, tapi boleh pulak dia buat keje lain dulu, kebetulan bilik ultrasound tue dekat dengan bilik x-ray, keluar masuk la manusia, masa neyh aku nak marah betul, boleh pulak dia biarkan aku terbaring dengan keadaan cemitu. Sejuk perut aku. Aku turunkan semula baju, lantak la nak marah pun, aku pun boleh marah doktor tue semula kalau dia marah aku. Dia buat kasar..aku benci!! aku dah bagi tau aku sakit perut, tapi duk tekan semacam..mengom lah!! kalau aku jumpa doktor perempuan tue mmg aku baling kulit pisang biar dia jatuh..seksa aku kena buat ultrasound dengan dia.
- Selesai buat ultrasound tue aku balik bilik, terhuyung-hayang rasanya sebab pening kepala, menahan sakit lagi, tido xcukup lagi..pening-pening. Masuk bilik lepas tue, aku terus tido. Xkisah dah ape yang jadi, aku memang sangat-sangat mengantuk masa neyh.
- Sedar semula pukul 6pm, masa neyh pun sedar sebab m.cik aku datang melawat, berborak dengan dia setengah jam, nurse mintak diorang keluar sebab nak suruh aku salin baju untuk masuk dewan bedah..dengar dewan bedah aku kelu!! takut, xpernah masuk dewan bedah, nak xnak kena tempuh jugak..gulppp!!
~~ gambar neyh aku snap lepas operate, masa gi follow up.. wa ha ha!! ~~
- Dah siap salin baju semua tue nurse tanya, ada pakai contact lense x?? aku jawab xde..ada pakai gigi palsu x?? pun aku jawab xde, oke..barang kemas semua dah tanggal yea?? dahhh~
- Aku ditolak keluar dari bilik, aku duk pandang siling je, dalam kepala neyh tengah fikir apa yang bakal doktor buat kat perut aku neyh nanti, besar x kena operate?? lepas neyh perut aku ada parut..kiranya xtenteram lah jiwa sebelum masuk dewan bedah neyh. Keluar dari lif, tingkat 1, pintu lif tue terbuka terus menuju bilik tersebut.
~~Masa neyh nurse tolak katil kosong, baru keluar dari dewan bedah~~
- Dalam bilik tue aku dengar macam-macam bunyi, kebetulan ubat yang patut doktor masukkan belum habis lagi, jadi dia tempatkan aku sebelah tepi dulu, masa tue aku dengar nurse dengan pembantu-pembantu sibuk sediakan peralatan, macam drama house pun ada..ha ha ha!! hati aku kecut sangat masa neyh, sebelum operate tue doktor pakar bius datang sebelah aku, berborak tanya umur, nama penuh, dulu sekolah kat mana, macam-macam lah, las sekali sebelum dia gi buat kerja, dia senyum sambil pesan kat aku, jangan takut yea, tawakkal..insyaAllah xde pape. :)
- Sampai turn aku, masa neyh kalau xsilap mata rabun aku neyh pukul 7pm, ha ha ha!! biasa la kan, jam dinding tue jauh, mata aku pulak rabun, agak-agak jarum jam macam kat tempat tue, sebelum aku operate neyh, ada sorang brother neyh baru lepas operate, tah ape yg doperate pun aku xtau sebab xnampak, doktor hadang dengan langsir, yang aku boleh dengarnya bunyi nafas dia je, kasar giler, macam orang semput pun yea..pastu nurse tolak aku kat bilik tue, sejukkkk~~ berhadapan dengan lampu yang besar depan aku tue, lagi buat aku bertambah sejukk~~
- Doktor pakar bius datang dekat aku, dia bagi tau nak masukkan ubat, aku pun oke kan aje, dah baca bismillah, dia masukkan ubat tue, dia tanya aku, sakit x?? aku jawab xsakit..5minit lepas tue dia tanya aku, ada rasa mengantuk x?? aku jawab xde, hakikatnya aku sedang membulatkan mata!! ha ha ha~ tah bila aku tertidur pun aku xperasan, rasanya tadi aku bukak mata luas-luas.
- Sedar-sedar semula aku rasa ada orang tepuk bahu, doktor hindu tue yang tepuk, nama doktor tue ialah doktor Kannan. Aku dengar suara dia, dia tepuk bahu aku, suruh aku buka mata, masa neyh aku mamai-mamai lagi. aku hmm je, pastu aku rasa nurse tolak aku keluar dari bilik bedah untuk hantar balik bilik semula.
- Aku balik bilik terus tido, xsedar pape dah. Sampai hari esoknya. :)
- Aku tersedar pukul 7am..perghh~ lama gila la tido, masa sedar tue aku duk raba-raba perut, tang mana aku kena operate, raba belah kanan..aik?? xde pape pun..aku xkena operate ke?? pastu aku rasa sengal-sengal kat tengah-tengah perut, bila aku sentuh kat pusat, baru rasa ada pembalut..ha ha ha!! kena kat situ rupanya..baru tau teknologi, sebab biasanya kan doktor suka belah-belah, macam kes aku neyh kena belah sikit je.. :D :D
bila dah siap periksa keadaan sendiri, aku panggil nurse, aku cakap aku nak mandi, jd suruh dia tanggalkan branula tue aje. - Ikutkan cerita p.cik aku yang datang melawat semalam, aku dibawa ke bilik pukul 9pm..maksudnya dekat sejam jugak la aku dalam dewan bedah, p.cik aku cakap dia tengok aku tido je, xde langsung tanda-tanda nak bangun, jadi dorang pun balik. :D
- Area pukul 11am, doktor Kannan datang melawat aku, dia rasa perut aku, tanya ada rasa sakit x?? aku ckp mmg la sakit, ngehhh~ masa tue aku tengah duduk, dia tepuk belakang aku, suruh makan ubat..aiseymann~ tepuk-tepuk belakang neyh macam penjaga aku la pulak, terharu ai.. keh keh keh!!
Jumaat, Sabtu, Ahad (20, 21 & 22hb Mei 2011)
- Sepanjang hari aku duduk kat hospital neyh tengok tv je kejenya. Nak tido kank takut doktor masuk, aku malas betul tido kalau ada gangguan. he he he!
- Doktor masuk tanya khabar aku biasanya waktu pagi & petang. Waktu aku xboleh agak sebab dia selalu masuk mengejut.
- Masa hari ahad doktor bagitau aku dah boleh balik waktu petang, tapi mengenangkan mak aku mungkin sampai malam, jadi aku mintak keluar hari isnin..lagipun, kan ada insurans, biar lah, rugi pulak sebab elaun masyukk.. ha ha ha!!
- Lagi 1, sepanjang aku kat ward, 3x aku kena cucuk branula, doktor MO pun xpandai cucuk, mengom je, dah la cucuk salah pastu nak pusing-pusing jarum tue, dia ingat xsakit ke?? Meleleh air mata menahan..doktor cakap sikit je, tapi ape yang jadi, hampeh je..Fobia aku dengan doktor tue kalau kena cucuk branula dengan dia. Serikkkk!!
Isnin ( 23hb Mei 2011)
- Nurse datang bagitau aku boleh keluar hari nie..mungkin petang sikit sebab nak buat full report dengan bill.
- Doktor masuk lagi, last checkup katanya. he he he, sambil periksa dia tanya aku, nak MC berapa hari?? Wooowww!! teruja je dengar, sengih sampai telinga, aku cakap aku nak MC seminggu, pastu dia cakap, "OKE, nanti saya buat slip MC"...wa ka ka!! akusukaakusuka :))
- Semua settle area pukul 4pm. Aku sampai rumah pukul 5pm, terus tido..ZzzZz ^__^V
- Bila dah duduk kat rumah, kena berpantang makan..makan macam orang bersalin tue..kadang-kadang boleh la layan, tapi kalau lama sangat rasa perit la pulak, xtahan godaan makanan lain. wuwuwu~ tapi nak sihat cepat, bekorban ajelah. Buat pengetahuan, disebabkan aku berpantang makan, bodi dah turun slow-slow, sukaaaaa!! xpayah diet ketat-ketat pun, still makan nasi tapi berat badan turun, mn xgembira kan?? Jadi ada baiknya aku teruskn berpantang, boleh kuruskan badan..wahaha :D :D
~~Ubat yang aku kena habiskan bila balik rumah. ~~
No comments:
Post a Comment