Heeeeeee..niat memang xnak tunjuk, tapi tulah kan! nak tunjuk jugak. Hari neyh dapat duit..wuwuwu~alhamdulillah, rezeki anak-anak, cewahhh~ maksudnya ANAK TEKAK sebenarnya.. keh keh keh!! Petang tadi agen insurans nak jumpa aku, dia nak bagi cek. Aku dapat cek elaun duduk hospital, kan baru-baru neyh aku kena admit, jadi hari neyh dah dapat la elaunnya, tue lah untungnya ada insurans. Aku tau, ramai orang beranggapan insurans neyh xpenting, tapi bagi aku ianya sangat-sangat penting. Ulang semula, sangat-sangat penting. Sebab apa aku cakap cemitu?? sebabnya mudah je, insurans ialah perlindungan..menjadi pelindung jika kita mengalami kesusahan..Memang waktu kita xsakit, xterlintas langsung nak amik insurans, bila dah sakit baru lah mencari-cari sumber yang boleh menampung perbelanjaan perubatan, baru lah nak mencari insurans yang terbaik untuk diri sendiri. Bagi aku, insurans neyh salah satu kesenangan maksudnya kesenangan semasa kita berada dalam kesusahan. Ibarat kata orang, kita nak cari kawan untuk bersuka ria memang senang, tapi mencari rakan yang nak turut merasa derita, memang xde..biasalah lumrah manusia, yang bahagia je diorang nak, part derita xnak. Siapalah nak derita kan, betul x?? bagi free pun xnak..jadi beringatlah, hidup kita neyh janganlah bertongkatkan langit, fikirkanlah nasib sendiri, kita juga ada ujian/cabaran hidup tersendiri.
Macam aku sendiri pun, timbul kesedaran amik insurans sebab aku fikir, insurans neyh macam simpanan jugak, so disiplinkan diri aje untuk menyimpan, memang lah dia xmenguntungkan, tapi bila kita sakit dan tiba-tiba perlukan satu jumlah wang yang sangat besar, dalam simpanan pun xsampai lagi ke angka yang kita perlukan, siapa yang akan tolong kita masa neyh?? saudara-mara?? nak mintak-mintak?? aku yakin, kalau bab nak pinjam duit, kadang-kadang saudara-mara pun "lari-lari" aje, jadi eloklah kalau kita beringat sebelum terkena..amik masa umur muda neyh xbanyak sangat kena bayar premium bulanan, memang mampu lah, cuma nak xnak aje. :) Tengok situasi sekarang, aku sendiri pun xjangka akan kena appendiks, tau pun bila sakit je..Owh dah banyak membebel, akhir kata..tepuk dada tanya selera. \(^__^)/ peace!!
No comments:
Post a Comment