Monday, August 23, 2010

~~Kepenatan Tahap Total~~

~~banner majlis~~


Fulamak tajuk, aku pun xtau nak huraikan cemana, tapi itula keadaan yang aku rasa sekarang. Weekend baru-baru neyh sangat-sangat membuatkan aku penat. Majlis m.cik aku lagi yang sedang berjalan, pastu program dia untuk angkatan tentera lagik..fuhh, kiranya sepanjang minggu neyh aku akan berada dalam keadaan yang sangat-sangat sibuk sehinggala tarikh 28hb Ogos 2010, sebab masa tue nanti penyerahan sumbangan kuih raya untuk angkatan Tentera yang kena bertugas semasa lebaran nanti.


~~lambakan kuih untuk angkatan tentera~~

~~kerja-kerja pembungkusan yang memenatkan!~~

~~posing lepaskan lelah..haha~~

~~1malaysia konon2nya~~


Oh bercerita pasal minggu lalu, masa hari sabtu aritu aku gi majlis m.cik aku kat Pekan. Majlis bubur lambuk perdana. Bukan ape kan, aku datang untuk bagi semangat kat mereka-meraka neyh untuk masak bubur lambuk yang berkawah-kawah tue, hehe.. Pastu nak tengok askar-askar sekali, sebab m.cik aku cakap yang mengacau bubur tersebut nanti ialah askar-askar tue..haha~semangat gile, tapi las-las bila sampai ke tempat kejadian bubur da siap pun.

~~nak menyambut PM~~


~~depa dah mai dah~~

~~sedang berjalan..haha, xtau nak bg tajuk ape!~~


~~keratan surat khabar, aku malas nak gi depan2 berebut dgn wartawan~~







Masa majlis tue ada rawatan akupuntur free, aku semangat nak cuba. Mula-mula agak ngeri, pastu bila tengok sepupu-sepupu aku,jiran-jiran aku buat jadi ada la sedikit keberanian untuk menTRY cucuk kat tangan aku yang disuspek ada menda seketul yang menghalang. Tangan aku neyh macam baby siket perangainya, xbole nak angkat menda berat-berat nanti sakit. Jadimasa ada rawatan akupuntur neyh aku suruh doktor tue cucuk kat tempat yang selalu sakit. Pertama kali masa doktor tue cucuk aku tengah on the line, kawan aku tengah call tapi terjerit sikit la..masuk jarum yang ke-2 tiba-tiba air mata aku rasa dah nak meleleh, hidung pun dah start nak berair jugak. Ya Rabbii..sakit ropenya. Bila dah mula buat tue kena la buat sampai abis, aku memang menyesal cucuk akupuntur neyh..serik dah, lenkali memang xmo buat dah. Nasib baik 4jarum je yang dia cucuk. Kalau lebih tadi memang aku mintak doktor tue benti je. hehe~

~~kaki sepupu aku yang byk bulu..upss!!~~

~~para dokter rupenya, mula-mula aku hengat orang biasa..kekekehh~~

~~tangan aku masa kena cucuk~~


~~beberapa hari kemudian, LEBAM!!~~

No comments: