Sunday, August 1, 2010

~~Riang-Riang Weekend~~

Hari jumaat petang bertolak ke Kuala Lumpur. Area pukul 6.30 petang aku bertolak dengan kawan-kawan seofis. Empat orang semuanya. Kali neyh bukan aku yang bawa kereta tapi kawan aku iaitu k.su. Memang menjadi sangat la program yang dah dirancang minggu lalu. Gembira..suka..riang hahaha~ :)



Sampai ke Kuala Lumpur terus tuju ke Kg Baru KL, rumah m.cik aku. Sebelum balik rumah singgah kedai makan dulu, masing-masing lapar, maklumla hujan. Aku pun makan jugak, xingat diet da waktu neyh. Makan kat kedai orang siam rasanya. Nasi bubur hidangan malam tue, bole la tahan rasanya, sekadar mengalas perut je mula-mula, tapi bila hidangan sampai je atas meja..terus pelahap..haha~ :)


~~muka bila dah kenyang.. :))~~


~~semua pinggan da kosong.. (",)~~


Selesai makan semuanya, jam menunjukkan pukul 11.00pm. M.cik aku dah call 2x tanya aku ada kat mana, risau betul dia..hehe :) sampai rumah je da tersengih macam kerang busuk. Sorry m.cik, buat tertunggu-tunggu. Bercakap sikit-sikit, kenalkan kawan-kawan kat m.cik aku, mata da mengantuk. Seterusnya tido..ZZZZzzZzZ


Rancangan hari Sabtu nak gi Jalan Kenanga kat Jalan Hang Tuah. Hajatnya sebab nak beli baju Muslimah atau Jubah..hahhh!! JUBAH. Mak aku pun xpercaya aku nak beli Jubah. Mak aku cakap, "bagusla dah nak pakai Jubah". Haha~ Kat Jalan Kenanga neyh memang semua baju-baju kena beli banyak-banyak. Pakai kodi woo~ siapa nak pakai, kalau baju patern sama yang berubah warna je..waaa~ nasib baik kawan-kawan seopis bersepakat nak kongsi-kongsi, terlepas la sikit beban. :)

~~banyak kedai kat sini, dekat 100buah kedai rasanya~~



Kat Jalan Kenanga neyh aku dan kawan-kawan merewang dari pukul 10.00am sampai 3.00pm..masa tue baru ingat nak balik rumah, solat pun belum lagi, duit pun dah banyak abes..hihi, xpe la..sekurang-kurangnya berbaloi-baloi <-- pujuk diri sendiri.. :D Sampai je kat rumah, bergegas semua-semua untuk solat, pastu time untuk landingkan badan la..hilangkan lenguh-lenguh sendi masa tawaf Jalan Kenanga tadi.. :) sebabnya lepas neyh kami semua merancang untuk melawat Shah Alam pulak. I-CITY time..suka~~suka~~ :D sebelum gi i-city tue sempat lagi meredah pasar malam Jalan Tar. haha~lucu rasanya ikut idea gila-gila neyh..masa tue dah la langit warna gelap, memang pasti akan hujan, tapi semangat punya pasal, redah tetap redah.



Dinner malam tue dalam kereta je, makan makanan yang dah siap ditapau masa kat pasar malam tadi. hahaha :) Buat cemini semua sebab nak jimatkan masa, target nak sampai awal kat Shah Alam...lagipun hari hujan, kena memandu hati-hati, takut tersesat sekali..walaupun ada GPS sebagai penunjuk jalan, tapi GPS aku xde lokasi I-CITY, jadi aku setting untuk ke UITM je, untuk pastikan kami betul ke dah sampai Shah Alam..hihi~ Nak dijadikan cerita, disebabkan tadi setting GPS ke UITM, jadi memang la dia bawa kami neyh ke UITM. hahaha~adoii, patutnya dah sampai sana ikut signboard lagi better, tapi boleh pulak tersilap ikut lorong..gara-gara GPS la puncanya. Bila dah sesat barat tue, kena la jadi seorang yang mengikut pepatah melayu "malu bertanya sesat jalan" amik keputusan untuk tanya orang-orang kawasan sekitar UITM tue. Jumpa seorang pakcik dalam lingkungan 40-an, rupa macam baru balik dari masjid/surau sebab dia pakai kopiah, bagi salam pastu terus tanya ke mana arah jalan untuk pergi i-city. Bersungguh-sungguh pakcik tue bagi penerangan, yang bes tue, dia ulang 2x...waaa cayala, 2x tue, rasa macam sesi kaunseling kejap..haha, papepun, xde pakcik maka xde la i-city malam tue..tenkiu pakcik seksyen 17, jasamu dikenang. :D




~~bila nampak je lampu colourful neyh, rasa macam nak meloncat dalam kereta..hahaha~~





~~selamber rock je aku peluk pokok tue, nasib baik ada penebat..haha~~





~~masa neyh aku perasan macam ada kat korea jew..bahaha!!~~




~~neyh aku bajet comei la kunun-kunun..haha~~

No comments: