Thursday, May 12, 2011

~~Jalinan Persaudaraan?? ~~

Aku xtau lah kebelakangan neyh mood aku memang xde langsung. Kes terasa hati dengan m.cik aku semalam bagi kesan yang nyata harini. Kat opis pulak kena sound dengan bos, pasal report, salah datang dari dia tapi aku yang kena. Adil ke cemitu?? kadang-kadang aku sendiri xfaham kerenah orang berjawatan neyh. Sememangnya mereka neyh xtetap pendirian ke?? sentiasa nak menang ke walaupun kesalahan tue memang sahih dari kesilapan dia?? tetap nak menang kerana mempertahankan maruah diri?? habis orang yang kena marah neyh xde maruah la cemitu?? boleh dipijak sesuka hati. Tolonglahhh..tolonglah umat, aku memang dah fedup nak menjaga hati orang lain. Aku rasa selama neyh aku ada rasa hormat lagi, tapi bila makin lama diuji, tahap kesabaran diri aku makin menipis. Aku bukan wira yang tahan segala ujian..kadang-kadang aku sendiri tertewas dengan perasaan sendiri.


Nasihat orang terdekat semua mintak aku bersabar, tapi sampai bila?? Aku kena tahan perasaan, kawal perasaan demi menjaga hati orang lain. Ya Allah, sesungguhnya aku rasa ujian yang kau berikan ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku. Aku memohon kepadamu agar menggantikan keperitan dan kepedihan ini sebagai satu ketenangan dan kesenangan yang hakiki. Aku xsanggup lagi menghadapi ujian yang maha berat ini..sesungguhnya aku xmampu Ya Allah..Aku memohon kepadamu agar derita ini akan terus lenyap dalam hidup aku. Aminnn..Pada mereka yang menganiya aku, kau berkatilah mereka, semoga mereka diberikan hidayah olehMU..Amin ya rabbal alaminn..

Nota Kaki Ke- 1 : Maaf aku bermonolog, derita di hati xsiapa yang tahu.

1 comment:

Homemade by Milla said...

buah hatiku...byk2 sabo okeh..slow2 la wat bisnes tu..t leh la gerak sendiri dah..:)