Tuesday, November 29, 2011

~~Selamat Tahun Baru Hijrah, AKu XKURUS Lagi~~



Assalamualaikum, heeeeeee..


Lebar kan sengih aku..ha ha!! owh sebelum terlambat, selamat tahun baru hijrah kepada semua muslim seantero dunia. :) aku rasa xterlambat lagi kot nak mengucapkannya. xkan?? xkan?? ish dah..dah, jom setat dengan azam tahun baru neyh, tapi azam aku yang tahun lepas pun xtercapai lagi, semangat turun naik je, xde masa nak memikir mendalam sebab apa sampai impian xtercapai..adoi, nafsu la neyh. =P (nak salahkan nafsu la pulak kan?? )


Oke azam tahun lepas, dan tahun-tahun terdahulu, impian nak jadi kurus tue memang sentiasa menggebu-gebu ibarat kek yang diisi baking powder.. :)) asal dah mula nekad nak diet, semua benda aku xsentuh..tapi bila berat dah mula turun slow-slow aku akan memikir pula makanan yang sedap-sedap terutamanya kek..waaaaa~kenapa ada benda sedap macam kek neyh?? aku xboleh tahan kalau tengok kek & aiskrim juga. neyh adalah musuh ketat badan aku, sebab apa aku cakap musuh ketat?? sebabnya disebabkan dua benda neyh, buat baju aku nampak ketat..selalu je kena shopping baju baru. dah membazir duit..aku dah la nak simpan duit untuk kawen. Upppsss~kawen?? ni pun masalah jugak, calon belum hadooo..ha ha ha!!

~~pic kenangan, darjah 3 neyh, cuba cari mana aku?? :)) ~~

Tapi nasib baik lah perbezaan agak ketara la jugak masa aku zaman sekolah dengan zaman kerja neyh, sekarang berat aku dah kurang kilogramnya dari zaman sekolah dulu..masa sekolah dulu badan aku memang gebu.ha ha ha!! masa sekolah dulu keje aku makan je, unit beruniform pun aku amik persatuan paling lembap sebab aku malas nak gi sekolah tiap-tiap minggu kokurikulum ekeke~tapi tue semua terjadi masa aku sekolah kat Taman Selayang, bila aku dah pindah ke Pahang masa form 5, aku masih dalam unit beruniform yang sama sebab aku rasa mesti xaktif jugak kot..rupa-rupanya aku masuk unit beruniform paling femes, dan paling banyak aktiviti..nak tukar dah xboleh, nak xnak tempoh jugak..masa tue aku rasa aku dah mula membuang lemak-lemak degil yang menempel kat badan, tambahan lagi, aku duduk kat asrama, semua kena buat sendiri, basuh baju, lipat baju, selalu kena jemaah..masa tue la berat aku mula menyusut.. kalau orang yang dah lama xjumpa aku mesti cakap
"alinnnnnnnnnnnn..lainnya kau, makin comel aku tengok, dah kurus sikit" <-- ni la antara ayat kawan aku yang dah lama aku xjumpa. Aku bukan angkat bakul, tapi kenyataannya memang dia akan cakap cemitu, aku xnak amik pandangan diorang kat aku dari sudut negatif, aku amik dari sudut positifnya..makin bersemangat aku nak kuruskan badan. Ayat 'SIKIT' tue yang buat aku nak suruh jadi 'BANYAK'..he he he~



Kesimpulannya setiap tahun aku azam benda yang sama, jadi setiap tahun mungkin turun 1kg je kot..ha ha ha!! orang lain berkilo-kilo, aku punya purata boleh dikira 1kg je / year..wakaka..xpe lah kan, janji sihat..sebenarnya kurus atau gemok sama je, janji kita pandai mengambil kuantiti makanan yang kita teringin sangat nak makan..aku takut nak jumpa doktor so kawal je la pengambilan kalori, lemak, minyak dan lain-lain. :) cuma pandangan orang sekeliling terhadap orang yang kategori berisi neyh sedikit menjengkelkan. Biarlah..janji kita tau kita sihat dah la kan. Kita boleh tutup mulut tempayan, tapi mulut orang kita xboleh tutup..buat je apa yang kita rasa baik untuk diri kita oke. ^^V

Wednesday, November 23, 2011

~~Sejuk~~


~~pakai helmet pun dah rasa macam aura kapal soyuz..ha ha ha!!~~


Sekarang musim tengkujuh dah setat..aku yang kini menaiki motosikal untuk ke tempat kerja berasa sangat resah tatkala hujan membasahi bumi. cewah ayat xtahan. ha ha ha!! setiap kali hujan aku akan rasa aku adalah seorang angkasawan negara, sebabnya aku pakai baju hujan ada feeling2 angkasawan gitu~ ekeke.

Pagi tadi baru aku rasa perasaan sebenar penungang motosikal kalau berdepan hujan lebat. Sakit tangan macam kena gigit dengan kerengga..nak cakap semut xboleh sebab semut gigit xberapa sakit. ha ha ha!! sakitnya macam kerengga yang gigit..aku neyh pulak yang baru merasa keadaan camitu terpaksalah menabahkan diri, bersyukur dengan apa yang ada.

Semenjak menunggang motosikal jugak, mengajar aku erti hidup sebenarnya. huhu~ realiti hidup yang menunjukkkan xsemuanya senang..aku nak belajar berdikari. Family aku bantah, xbagi aku menunggang moto masa gi kerja, sanggup bagi duit untuk bayar duit muka kereta, tapi aku cakap, aku nak bayar dengan duit sendiri..eksyen kan!! he he he!! aku dah banyak berhutang dengan family aku, tapi tulah pengorbanan mak ayah kita untuk kita, tapi kita pun xtau boleh atau x jaga dia bila mereka dah tua..aku sayang family aku. SERIYES. *terharu*


Jadi, hargailah pengorbanan mak ayah yang membesarkan kita, even masa kecik dulu selalu kena rotan, tapi sebab rotan lah kita jadi manusia kan..dah boleh pegang duit sendiri. eh dah lari tajuk pulak. Apa yang boleh aku kata, waktu hujan neyh ajar aku supaya terus tabah..DIA maha mengetahui segalanya, mungkin dia nak bagi yang terbaik untuk aku lepas neyh kan..aminnn (angan-angan nak pakai VIOS kaler purple tue) =p


~~oke, angkasawan yang ke???? nak berlepas sudah!! =P ~~

Monday, November 21, 2011

~~Seni Berkawan, Berkawan Rapat & Bersahabat~~

Tajuk entri kali ini sangat luas dan begitu subjektif....saya akan cuba mengolah mengikut perspektif saya...Kita biasa dengar kawan ketawa ramai dan kawan masa susah nak cari satu pun susah

Saya percaya ramai yang berkawan, berkawan rapat dan bersahabat. Saya juga pasti ramai yang dah hilang kawan, hilang kawan/sahabat mungkin akibat berpindah rumah, pindah kerja, akibat bergaduh, akibat tidak membayar hutang, meninggalkan dunia ini dan macam2 lagi.

Orang tua-tua selalu pesan cari kawan yang ikhlas dan kawan boleh bantu masa kita susah....ada lagi ke kawan sebegitu sekarang ?

Ada orang berkawan sebab nak tumpang senang dan ada jugak kes nak tumpang glamour dan ada jugak berkawan sebab nak senang pinjam duit dan beribu lagi sebab...Kita jugak biasa dengar berkawan biar seribu dan berkasih biar satu.....ada kes hilang kawan sebab girlfriend atau boyfriend....puncanya berebut kasih....


Kawan tepi jalan memang banyak.....saya panggil ni kawan 'Chow Kit Road' maknanya ini bukan kawan tetapi orang yang tak boleh dibuat kawan dan memang tidak tau erti berkawan


Paling susah adalah nak cari kawan yang boleh simpan rahsia dan sentiasa memberikan teguran yang membina kepada kita....ini kita katakan sahabat dunia akhirat


Di luar sana termasuk saya sendiri, jika kita pernah hilang kawan....jangan meratap atau sedih....semua Allah dah tentukan.....Allah nak bagi kawan yang lebih baik dan dalam masa yang sama...kita kena menilai diri kita sendiri adakah kita kawan yang baik atau kawan kita yang mempunyai kelemahan yang kita tidak boleh terima....

Saya sendiri dah hilang ramai kawan samada sebab salah faham, kawan tak bayar hutang atau ditikam dari belakang...paling melukakan hati bila hilang kawan sepejabat yang saya pernah kenal selama 11 tahun.akibat dari sikap yang sama2 ego dan tidak mahu mengalah atau mengaku salah...dulu saya sedih dan risau tapi sekarang saya banyak melihat ini semua dengan mata hati dan redho.....malah ingin berterima kasih kerana menyedarkan diri yang serba kekurangan ini...
Link



~~PART 2~~

Biasanya bila kita bercerita atau menulis tentang kawan atau sahabat ianya mesti berkait dengan diri sendiri, kawan2 sekeliling kita terutama di pejabat di sekolah atau sedara mara kita.

Memang seronok berkawan kalau semua berjalan lancar dan berkawan disulam dengan gelak ketawa dan gurau senda, tetapi kita akan mula terasa hati bila kawan2 menjauhkan diri, mengata kita dari belakang atau menikam kita dari belakang.......pedih rasa hati bila mengenangkan beberapa batang 'pisau' masih tercacak di belakang kita.....anda semua pernah rasa ? Kalau dah rasa........tepuk dada tanya selera...........

Ada orang sanggup berhenti kerja atau tukar tempat kerja sebab dah penat berkawan dan tak sangka ditikam kawan rapat atau kawan sepejabat.....ada orang masih boleh stay kerja dan buat macam tak ada apa2.....kalau kita boleh begitu bermakna kita kuat dan sangat tabah....Tahniah.

Entah kenapa....idea susah benar bila nak menulis pasal kawan2.....

Buat masa ini saya selesa berkawan dengan grup PDKM.....dengan harapan kita kekal begini dan share cerita pasal Makkah, Madinah dan Jeddah.....anda semua adalah rakan2 saya di alam maya....yang sekali sekala berjumpa dan berkongsi rasa dan cerita pasal haji dan umrah.


*************************************************



Selingan yang panjang kan..memang aku setuju la sikit dengan penulisan blogger neyh, sebabnya bukan senang kita nak cari kawan yang betul-betul kena dengan jiwa kita, memahami dan bersedia membantu..bercakap memang mudah, tapi bila diminta lakukannya mesti ada sikit rasa "susah".

Mungkin dia mengalami masalah yang sama macam aku..mula-mula memang rasa down gila sebab kehilangan kawan, kat opis duduk sensorang xbercakap, makan sensorang, lepastue dipinggirkan dari kerja-kerja yang selama neyh melibatkan aku..bila bos tanya aku akan jawab XTAHU..macam orang dungu kat opis, serba serbi xtau..tapi aku sabarkan hati, ikutkan rasa memang aku nak sangat berhenti kerja tempat aku keje sekarang, tapi mengenangkan komitmen yang bakal aku lalui, bersabar ajelah.

Sekarang aku rasa mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian..walaupun semua kawan opis pulaukan aku, tapi aku tetap rasa bahagia..aku masih dalam mood yang baik masa melangkahkan kaki ke opis. Pemikiran yang positif meransang mood yang positif. Aku lupakan perkara yang melibatkan fefeeling neyh, yang penting aku kerja kerana LILAHITAALA.

Tuesday, November 15, 2011

~Aku dah Malas nak Facebook~~





Dah deactive akaun facebook..buat aku xde mood dan rasa nak muntah. bluekkk!! nape la facebook jugak..kalau dia wujud masa zaman friendster kan bagus. aku menyampahhhhhh..wuwuwu~malas kawan dah. menyesal. menyesal.menyesal.!!


Dear brain ,
sorry for overloading u with thoughts of him =/
Dear heart ,
sorry for all the damage =/
Dear pillow ,
sorry for all the tears =/

Last sekali kena bukak semula..banyak maklumat tersimpan dalam neyh, blueghhhh!!

Friday, November 11, 2011

~~11.11.11~~


Mensebelas..mensebelas..mensebelas..ha ha ha!! pelik aje bunyinya, harini abis semua post kat FB cerita pasal tarikh neyh, tah apa yang bes pun aku xtau la, yang menarik pada pandangan aku hanya nombor tue je, yang lain xde pape pun, lain la kalau sebut tarikh neyh tetiba hujan duit kan..kalau macam tue memang aku post la kat status fb aku..ha ha ha!! dah la berangannya alin oiiii~


~~tempat aku letak keronsang, senang sikit nak amik dari kena cari dalam box..lambat~~



Oke, bersempena tarikh lawa neyh aku nak bagi tau, aku dah pakai pencuci muka baru uols..ha ha ha!! hampeh je, macam la orang lain xde pakai pencuci muka kan..tapi bagi aku neyh benda baru, sebabnya aku neyh bukan jenis pemakai pencuci muka atau lebih dikenali facial cleanser..mak xboleh pakai noksss sebab kulit mak neyh sensetip..biasanya aku akan pakai scrub cap bunga tanjung yang mudah didapati di pasaraya mydin..tue pun seminggu sekali aku akan sental kat muka kalau time rajin, kalau time xrajin, sebulan sekali pun aku payah nak sental sebab aku takut akan buat muka aku lagi kering.


Malam semalam lepas balik kerja sempat merayau gi watson, tujuannya nak temankan budak bilik aku beli eye liner, dah alang-alang masuk watson aku terjah tempat facial foam, sekarang aku pakai mekap..(bleghhh! baru pakai nak kecoh!) sebab tue la nak cari pencuci yang boleh men'remove' semua bahan asing neyh masa aku nak berwuduk. heeee~ aku terai beli ZA cleansing foaming gel, tengok pada apa yang dia tulih tue macam merangsang otak aku supaya memilikinya. ha ha ha!! so beli la 1. :D :D so sama-samalah menunggu apa hasilnya, betul x kata seindah rupa..eh dia xkata, tapi dia tulih. he he he!!

Wednesday, November 9, 2011

~~Selamat Hari Raya Korban~~








Alhamdulillah tahun neyh aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk melakukan ibadah korban satu bahagian lagi..yang besnya tahun neyh aku pegang lembu, macam tahun sebelum neyh selalu xsempat nak pegang, tapi tahun neyh aku sempat pegang..musukkkk!! he he he!!





Bila raya korban mesti kenyang dengan daging. Macam family aku ramai yang buat korban jadi ada buat tahlil ringkas sikit masa malam tue, makan sup gear box sampai terbuntang perut.ekekke~ aku xmakan sup pun sebab dah kenyang sesangat..masa siang aku banyak melantak nasi dagang yang mak aku buat. I love mummy cook-cook. ha ha ha!!

~~orang kuat untuk sembelihan~~

Oke lah, rasanya xde ape sangat nak berceloteh panjang tentang raya korban neyh, tapi sebenarnya kita patut raikan raya korban lebih meriah dari raya aidilfitri, kalau la raya korban neyh ada puasa sebulan macam raya aidilfitri, mesti meriah jugak kan, pape pun raya korban pun ada puasa jugak masa 9Zulhijjah tue. Alhamdulillah aku sempurna laksanakannya. ^^V