Monday, November 21, 2011

~~Seni Berkawan, Berkawan Rapat & Bersahabat~~

Tajuk entri kali ini sangat luas dan begitu subjektif....saya akan cuba mengolah mengikut perspektif saya...Kita biasa dengar kawan ketawa ramai dan kawan masa susah nak cari satu pun susah

Saya percaya ramai yang berkawan, berkawan rapat dan bersahabat. Saya juga pasti ramai yang dah hilang kawan, hilang kawan/sahabat mungkin akibat berpindah rumah, pindah kerja, akibat bergaduh, akibat tidak membayar hutang, meninggalkan dunia ini dan macam2 lagi.

Orang tua-tua selalu pesan cari kawan yang ikhlas dan kawan boleh bantu masa kita susah....ada lagi ke kawan sebegitu sekarang ?

Ada orang berkawan sebab nak tumpang senang dan ada jugak kes nak tumpang glamour dan ada jugak berkawan sebab nak senang pinjam duit dan beribu lagi sebab...Kita jugak biasa dengar berkawan biar seribu dan berkasih biar satu.....ada kes hilang kawan sebab girlfriend atau boyfriend....puncanya berebut kasih....


Kawan tepi jalan memang banyak.....saya panggil ni kawan 'Chow Kit Road' maknanya ini bukan kawan tetapi orang yang tak boleh dibuat kawan dan memang tidak tau erti berkawan


Paling susah adalah nak cari kawan yang boleh simpan rahsia dan sentiasa memberikan teguran yang membina kepada kita....ini kita katakan sahabat dunia akhirat


Di luar sana termasuk saya sendiri, jika kita pernah hilang kawan....jangan meratap atau sedih....semua Allah dah tentukan.....Allah nak bagi kawan yang lebih baik dan dalam masa yang sama...kita kena menilai diri kita sendiri adakah kita kawan yang baik atau kawan kita yang mempunyai kelemahan yang kita tidak boleh terima....

Saya sendiri dah hilang ramai kawan samada sebab salah faham, kawan tak bayar hutang atau ditikam dari belakang...paling melukakan hati bila hilang kawan sepejabat yang saya pernah kenal selama 11 tahun.akibat dari sikap yang sama2 ego dan tidak mahu mengalah atau mengaku salah...dulu saya sedih dan risau tapi sekarang saya banyak melihat ini semua dengan mata hati dan redho.....malah ingin berterima kasih kerana menyedarkan diri yang serba kekurangan ini...
Link



~~PART 2~~

Biasanya bila kita bercerita atau menulis tentang kawan atau sahabat ianya mesti berkait dengan diri sendiri, kawan2 sekeliling kita terutama di pejabat di sekolah atau sedara mara kita.

Memang seronok berkawan kalau semua berjalan lancar dan berkawan disulam dengan gelak ketawa dan gurau senda, tetapi kita akan mula terasa hati bila kawan2 menjauhkan diri, mengata kita dari belakang atau menikam kita dari belakang.......pedih rasa hati bila mengenangkan beberapa batang 'pisau' masih tercacak di belakang kita.....anda semua pernah rasa ? Kalau dah rasa........tepuk dada tanya selera...........

Ada orang sanggup berhenti kerja atau tukar tempat kerja sebab dah penat berkawan dan tak sangka ditikam kawan rapat atau kawan sepejabat.....ada orang masih boleh stay kerja dan buat macam tak ada apa2.....kalau kita boleh begitu bermakna kita kuat dan sangat tabah....Tahniah.

Entah kenapa....idea susah benar bila nak menulis pasal kawan2.....

Buat masa ini saya selesa berkawan dengan grup PDKM.....dengan harapan kita kekal begini dan share cerita pasal Makkah, Madinah dan Jeddah.....anda semua adalah rakan2 saya di alam maya....yang sekali sekala berjumpa dan berkongsi rasa dan cerita pasal haji dan umrah.


*************************************************



Selingan yang panjang kan..memang aku setuju la sikit dengan penulisan blogger neyh, sebabnya bukan senang kita nak cari kawan yang betul-betul kena dengan jiwa kita, memahami dan bersedia membantu..bercakap memang mudah, tapi bila diminta lakukannya mesti ada sikit rasa "susah".

Mungkin dia mengalami masalah yang sama macam aku..mula-mula memang rasa down gila sebab kehilangan kawan, kat opis duduk sensorang xbercakap, makan sensorang, lepastue dipinggirkan dari kerja-kerja yang selama neyh melibatkan aku..bila bos tanya aku akan jawab XTAHU..macam orang dungu kat opis, serba serbi xtau..tapi aku sabarkan hati, ikutkan rasa memang aku nak sangat berhenti kerja tempat aku keje sekarang, tapi mengenangkan komitmen yang bakal aku lalui, bersabar ajelah.

Sekarang aku rasa mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian..walaupun semua kawan opis pulaukan aku, tapi aku tetap rasa bahagia..aku masih dalam mood yang baik masa melangkahkan kaki ke opis. Pemikiran yang positif meransang mood yang positif. Aku lupakan perkara yang melibatkan fefeeling neyh, yang penting aku kerja kerana LILAHITAALA.

No comments: