Tuesday, November 29, 2011
~~Selamat Tahun Baru Hijrah, AKu XKURUS Lagi~~
Assalamualaikum, heeeeeee..
Lebar kan sengih aku..ha ha!! owh sebelum terlambat, selamat tahun baru hijrah kepada semua muslim seantero dunia. :) aku rasa xterlambat lagi kot nak mengucapkannya. xkan?? xkan?? ish dah..dah, jom setat dengan azam tahun baru neyh, tapi azam aku yang tahun lepas pun xtercapai lagi, semangat turun naik je, xde masa nak memikir mendalam sebab apa sampai impian xtercapai..adoi, nafsu la neyh. =P (nak salahkan nafsu la pulak kan?? )
Oke azam tahun lepas, dan tahun-tahun terdahulu, impian nak jadi kurus tue memang sentiasa menggebu-gebu ibarat kek yang diisi baking powder.. :)) asal dah mula nekad nak diet, semua benda aku xsentuh..tapi bila berat dah mula turun slow-slow aku akan memikir pula makanan yang sedap-sedap terutamanya kek..waaaaa~kenapa ada benda sedap macam kek neyh?? aku xboleh tahan kalau tengok kek & aiskrim juga. neyh adalah musuh ketat badan aku, sebab apa aku cakap musuh ketat?? sebabnya disebabkan dua benda neyh, buat baju aku nampak ketat..selalu je kena shopping baju baru. dah membazir duit..aku dah la nak simpan duit untuk kawen. Upppsss~kawen?? ni pun masalah jugak, calon belum hadooo..ha ha ha!!
Tapi nasib baik lah perbezaan agak ketara la jugak masa aku zaman sekolah dengan zaman kerja neyh, sekarang berat aku dah kurang kilogramnya dari zaman sekolah dulu..masa sekolah dulu badan aku memang gebu.ha ha ha!! masa sekolah dulu keje aku makan je, unit beruniform pun aku amik persatuan paling lembap sebab aku malas nak gi sekolah tiap-tiap minggu kokurikulum ekeke~tapi tue semua terjadi masa aku sekolah kat Taman Selayang, bila aku dah pindah ke Pahang masa form 5, aku masih dalam unit beruniform yang sama sebab aku rasa mesti xaktif jugak kot..rupa-rupanya aku masuk unit beruniform paling femes, dan paling banyak aktiviti..nak tukar dah xboleh, nak xnak tempoh jugak..masa tue aku rasa aku dah mula membuang lemak-lemak degil yang menempel kat badan, tambahan lagi, aku duduk kat asrama, semua kena buat sendiri, basuh baju, lipat baju, selalu kena jemaah..masa tue la berat aku mula menyusut.. kalau orang yang dah lama xjumpa aku mesti cakap
"alinnnnnnnnnnnn..lainnya kau, makin comel aku tengok, dah kurus sikit" <-- ni la antara ayat kawan aku yang dah lama aku xjumpa. Aku bukan angkat bakul, tapi kenyataannya memang dia akan cakap cemitu, aku xnak amik pandangan diorang kat aku dari sudut negatif, aku amik dari sudut positifnya..makin bersemangat aku nak kuruskan badan. Ayat 'SIKIT' tue yang buat aku nak suruh jadi 'BANYAK'..he he he~
Kesimpulannya setiap tahun aku azam benda yang sama, jadi setiap tahun mungkin turun 1kg je kot..ha ha ha!! orang lain berkilo-kilo, aku punya purata boleh dikira 1kg je / year..wakaka..xpe lah kan, janji sihat..sebenarnya kurus atau gemok sama je, janji kita pandai mengambil kuantiti makanan yang kita teringin sangat nak makan..aku takut nak jumpa doktor so kawal je la pengambilan kalori, lemak, minyak dan lain-lain. :) cuma pandangan orang sekeliling terhadap orang yang kategori berisi neyh sedikit menjengkelkan. Biarlah..janji kita tau kita sihat dah la kan. Kita boleh tutup mulut tempayan, tapi mulut orang kita xboleh tutup..buat je apa yang kita rasa baik untuk diri kita oke. ^^V
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment