Monday, August 1, 2011

~~Ke Kuala Krai Pulak~~





Jumaat lepas aku ikut kawan aku gi Kuala Krai Kelantan. Ehem..ehem, kelantan lagi yo! sebenarnya sangat xmeminati untuk gi kesana, sebab ape?? perjalanan yang makan masa yang sangat lama. Tapi mengenangkan kawan aku neyh yang sanggup dari Kuala Lumpur dia datang semata-mata nak amik aku, jadi PaksaRelakan diri untuk sama-sama ikut. Tujuannya nak menghadiri walimah kawanya je, dan aku jadi peneman. Baik kan aku?? ha ha ha!! Angkat bakul time puasa pulak~ ERK!! Owh sebelum terlambat, selamat menyambut ramadhan al-mubarak semua, rebut peluang untuk beramal banyak-banyak yea. :D :D



Seperti biasa, kalau gi ke Kelantan memang aku xselesa dengan keadaan hotel, atau rumah tumpangan mungkin. Kali neyh aku xnak salahkan kawan aku sebab carikan tempat, cuma aku pelik dengan keadaan cemini. Kat Kuala Lumpur tue rasanya banyak sangat hotel-hotel bajet atau rumah tumpangan, tapi xde la pulak sampai keadaannya xterurus..kat kelantan neyh, mintak maaf la nak cakap, aku memang xboleh nak lelapkan mata..kalau dah tidur tue mesti ada sedar-sedar banyak kali. Ngeri wooo~~



Dah lama xupdate belog neyh buatkan idea aku xmencurah-curah untuk turun, ha ha!! oke, layan gambar jom. :) Akhir kata, selamat beramal di bulan puasa neyh, jangan ikut nafsu semasa berbuka oke. Assalamualaikum. :D :D