Monday, March 26, 2012

~~Cubaan Apakah Ini??? Sampai bilakah???~~

Ya Allah, sesungguhnya aku sangat-sangat xmampu lagi untuk berhadapan dengan permasalahan cemini..susahnya hidup kalau tahap kebergantungan sangat tinggi..bukan aku xnak belajar bertatih dari mula, cuma keberanian berhadapan dengan risiko yang mungkin akan memakan diri sendiri yang buat aku takut untuk tempuhi ujian cemini..sumpah aku sangat-sangat stress dengan kerja dan orang disekeliling semasa waktu bekerja. Nak nangis rasanya...waaaaaa :'(

Setiap hari, kalau nak bangun pagi dan teringatkan pejabat, automatik!! automatik aku akan rasa mood terus down..fail terus rasanya nak berdepan dengan orang pejabat. Aku nak keje tempat lain pelisssss..sedih!! sedih!! dan sedih!!

Thursday, March 22, 2012

~~Burger stall style Aku~~


Assalamualaikum dan hai! :)


Wohooo!! super diet kembali..aku makan burger pulak oke..kiranya untuk elakkan muak terhadap makanan..hihihi, senang je nak buat..ringkas dan mengenyangkan. :D Aku cuma beli daging burger ramli tue je, nak buat sendiri guna daging hancur amik masa sebab lately aku agak kebizian dengan jadual yang xmenentu, ada je keje yang tergendala. biasa la tue kan..heeee ^^V


walaupun senang, aku tetap jugak nak letak recipe, mana la tau bukak blog tetiba teringin nak makan burger yang ringkas dan senang nak buat kan. :) Oke jom terjah recipe..


  • Sekeping Daging Burger Ayam (optional/ pape pun boleh macam daging kuda ke??) haha!
  • 4 helai daun salad romance
  • 2 Keping Roti Wholemeal (gardenia)
  • Sos Cili
  • Serbuk Lada Sulah
  • Bawang
  • Mayonis **aku xletak sebab dah stok dlm es box dah habis!
Cara-caranya : Goreng daging sampai masak, kemudian susun atas roti ikut kreativiti masing-masing. haha!! buat burger ala-ala mekDi pun boleh. selamat menTRYTEST. :)

~~dah siap pun bekal nak bawak gi ofis..aku bawak bekal sekarang, selain jimat belanja, jumlah pengambilan lemak aku sendiri yang kawal. :D :D ~~

Monday, March 5, 2012

~~Oat lagiiii..Jangan Boring! :) ~~

~~Bawang tue hiasan bidan terjun, sebab tema bawang kan..ki ki ki~~

He he he!! Assalamualaikum, Oke kali neyh aku nak share 1 lagi recipe yang boleh dikira sedap jugak la untuk tekak aku.. :) harini aku bawak bekal lempeng oat berbawang dan taucu ayam. Hari-hari oat kan, he he he, bukan ape, oat neyh tinggi serat jadi buatkan perut lambat lapar, aku bawak bekal 3 keping lempeng harini, stok sampai tengahari laa, biasanya cemitu lah. :D :D

Nah recipe, kalau nak try boleh la yea. :)

untuk lempeng oat seperti biasa aku akan buat lempeng biasa cuma tambah bawang je, pastikan bawang tue cincang halus-halus dulu yea, tapi kalau nak guna bawang kisar pun xkisah, tertakluk kepada tekak masing-masing. :)

Taucu ayam berfucuk.

1 keping fucuk goreng (biasanya ada jual kat kedai steamboat)
3 keping isi dada ayam*
1 sudu kecik taucu*
1 biji bawang besar*
3 ulas cili api (kalau nak pedas boleh tambah)*
Sedikit kicap manis
Minyak jagung untuk menumis (optional)
Sedikit garam (optional)


Cara-caranya : Hiriskan halus-halus fucuk goreng tue kemudian ketepikan. Kisar semua bahan yang bertanda * kemudian panaskan kuali, masukkan kesemua bahan tadi dan tumis sehingga naik bau, masukkan sedikit air dan perlahankan api..kalau boleh biarkan bahan-bahan neyh tadi masak dengan api perlahan supaya semua bahan dapat masak dengan sempurna. Masukkan fucuk goreng tadi dan biarkan. Bila dah hampir kering, masukkan sedikit kicap manis supaya ada warna sikit pada masakan. :) siapppp dan sedia untuk dinikmati. Aku xmasukkan garam sebab taucu dah sedia masin. Aku guna minyak jagung untuk kurangkan kolestrol, xpayah guna minyak yang banyak sebab aku masukkan air, bukan yang macam versi sambal nasi lemak tue. :))) selamat mencuba.

Friday, March 2, 2012

~~Menu Diet Yang Dimakan Dan Menjadi Amalan.~~




Sekarang aku masak seniri je, sebab aku nak kurangkan serba- serbi kekurangan pengambilan kolestrol, minyak, lemak, karbohidrat dan lain-lain makanan yang boleh menyebabkan kegemukan. Wahhh!! insaf rasanya kan..ki ki ki, tapi bila makan benda sedap mesti xingat dunia..oke harini nak share cara-cara untuk buat lempeng oat. Hanya guna oat 100% yea, owh sebelum tue, aku nak cite, sebelum neyh aku bukanlah seorang penggemar oat sejati sebab aku jadi cepat loya kalau makan oat. M.cik aku pun cakap oat tue sedap, aku akan tentang habis-habis, aku cakap oat tue meloyakan. Tapi bila dah setat diet neyh buat aku fikir panjang untuk pelbagaikan oat neyh, xkan oat neyh sesuai untuk isi dalam susu je kot..kan ada oat yang masak tue, so ada baiknya aku buat oat neyh ala-ala roti tue..kalau makan tortilla hari-hari pun boleh muak jugak kan..he he he..jadi ada baiknya aku pelbagaikan hidangan demi kesejahteraan perut aku. Oke neyh recipenya.

Lempeng Oat.

1 cawan oat ( kisar guna blender kering sampai jadi tepung)
Air Panas ( sukatan aku agak-agak je untuk diuli jadi doh)
Sedikit garam.

Caranya : lepas dah kisar oat tue sampai jadi serbuk macam tepung, masukkan dalam mangkuk dan masukkan garam sikit, pastu isi air panas dan kacau guna sudu dulu sebab air panas..pastu bila dah agak oat tue dah boleh jadi doh, korang uli-uli la dulu sebelum nak leperkan yea..oke selamat mencuba. Lepas dah leperkan guna kayu penggiling tue, panaskan kuali non stick dan masak macam korang masak roti canai segera tue. ha ha ha!! aku xpandai nak bagi tau cemana. Xpayah guna minyak yea masa masak lempeng neyh..biarkan dia garing. Hidangan neyh sesuai dimakan dengan butter jugak. Sedap oke. Yang dalam gambar neyh, aku guna inti seafood yang aku buat masa makan dengan tortilla tue.


~~Sedia untuk dibawa bekal ke ofis. walaupun kurang dari segi rupa, tapi rasa dia mengancam :) ~~