Friday, May 28, 2010

~~Picnic Kat Cherating~~

Cuti ari Wesak arini, jadi kesempatan neyh diambil bagi memenuhi waktu riadah kami..hehe,Bes woo..Agenda arini ialah berkelah bersama rakan-rakan opis excluding BOS. Bos mana bole ikut geng-geng kepala masuk air, walaupun aku adalah anak saudara bos, segan weyh nak hua hua lelebih. Nanti aku terpaksa berlakon hipokrit depan dia walaupon dia tau perangai aku kat rumah macam mana. :)


Program telah disetup petang semalam. Kami-kami neyh bercadang nak gi berkelah kat Pantai Cherating. Aku janji dengan mereka akan buat dadih. (suka buat benda-benda senang je sebenarnya!) pastu k.su bawak ayam mentah yang dah diperap untuk bakar masa kat sana nanti, dan senior opis selaku ibu di opis aku akan buat nasi kerabu. (atas request aku sebenarnya, tq k.nab)


Pagi tadi k.su amik aku kat rumah. Berkongsi kenderaan adalah lebih baik..cewahhh!! sebenarnya aku xtau jalan, biasa la selalu terperap kat rumah, pastu kalau bagi tau mak mesti dia xbagi aku drive jauh-jauh, sebab tue aku xpernah sampai kesana. Aku dan k.su sampai ke lokasi pukul 11am, pagi tue, sebab semangat nak mandi, tapi tetap terasa awal sangat sampainya, jadi gi jenjalan dulu kat santuary penyu.

~~model tunjuk papan kenyataan~~

Bila sampai je kat sana aku tengok tutup rupanya, adehh~ melepas nak tengok anak-anak penyu bersama ibunya, mungkin sebab cuti am kot. Jadi aku jenjalan je kawasan sekitar yang mana kawasan dia terbuka untuk orang awam masuk. Nasib baik kawasan tempat penetasan telur penyu boleh masuk, cuma pintu masuk ke tempat tue je yang berkunci, dapat tengok dari luar pagar pun kira orite la tue kan. hehe :D

~~tangkap gambar dari luar pagar jew.. :( (pusat penetasan)~~

~~sangkar dawai~~

Dah puas jenjalan kat kawasan sekitar santuari penyu neyh , kami bertolak balik ke kawasan picnic la semula. Tapak berteduh belum cari lagi. Barang-barang pun penuh bonet lagi. :)
Bila dah sampai di lokasi, aku turunkan barang-barang untuk buat BBQ, baru aku tau, senang je rupanya nak hidupkan arang bila kita ada kat tepi pantai, sebabnya xyah kipas beria-ria sangat. cukup dengan angin pantai je yang bertiup..haha! terselit rasa bangga sebab arang berjaya dihidupkan. Walaupun pengalaman buat BBQ dah banyak kali, tapi kalau time hidupkan arang aku memang agak culas siket. malas nak mengipas~~:D jadi kerja-kerja macam tue biarkan orang lelaki je yang buat.

~~model sedang buat-buat rajin membakar ayam~~

Kakak senior datang agak lewat, kebetulan arang dah hidup, aku dengan k.su jadi gatal tangan nak membakar. Maka dengan itu terhasilah sosej rentung..hihi, tapi tetap boleh makan noo~~ :)

~~Rentung xbermakna xsedap..haha~~

Dah selesai semua agenda, mandi-mandi, makan-makan, ketawa-ketawa riang, dalam pukul 5.30pm kita orang bertolak balik, tapi bukan balik ke kuantan, stereng kereta dipusing menghala ke kemaman..na na na na na tganu kita!! haha~~alang-alang dah berjalan sebenarnya, bukan senang nak kumpul cemini selalu. Tujuan kesana pulak sebab nak beli keropok lekor, alaa kan kemaman a.k.a terengganu femes dengan keropok, bukan la jauh sangat pun jarak antara Cherating dengan Kemaman, amik masa dalam 10min perjalanan je kalau naik kereta dengan jarak kelajuan sederhana..ecececehh~~ (tue pun jarak antara tempat picnic kita orang tadi laa.. :) )

Sampai kat Kemaman, bukan terus gi beli keropok, gi jalan-jalan tengok bandar dulu, pusing-pusing perabis minyak kete..pusing-pusing pantai sekitar Kemaman :)) pastu jumpa pulak orang main wau dan layang-layang, tengok pulak mereka main..ngheee :D

~~lepas aku snap pic neyh, wau hitam tue terus jatuh menjunam..sebabnya aku pun xtau, Tulah agaknya, haha~~


~~kapal besar berlabuh~~

Bila dah puas semuanya baru bertolak balik ke kuantan semula, kali neyh betul-betul singgah beli keropok lekor. Buah tangan dari Kemaman. :))


~~kusyuk aku tengok m.cik neyh menggentel keropok~~


~~ohh baru perasan, adres dia jalan kemaman tapi kuantan, adesss!! tetap beli kat kuantan la jugak cemitu, hahaha!! (sempadan laa)~~

~~Bertukar~~

Aku ada tengok satu gambar yang telah ditag dalam facebook petang semalam. Malas nak taip panjang-panjang la, nanti tau sendiri..hehe :)


~~ni la gambar tersebut..~~

Dan petang lepas abis waktu keje, aku bergegas gi giant dengan tujuan untuk menukar status selipar harian aku. Dari CROCS kepada ASADI..haha :) senang sebenarnya pakai selipar ringan neyh. Kat dalam kereta mesti ada sebab senang nak berjalan kalau dibandingkan dengan heels. Aku gi opis pun kadang-kadang pakai selipar je. Mudah, fleksibel dan yang paling penting ringan. :D Bos xbising pun, tapi kadang-kadang kalau waktu formal kena la pakai kasut bertumit. Sebab tue dalam kereta aku penuh dengan kasut. ngheeee :)) PERLUKAH AKU SEDIAKAN RAK DALAM KERETA??


~~selipar sedap yang baru, haha~~

Ohh..hampir terlupa satu perkara, petang semalam aku gi pejabat pos KOMTUR (pejabat-pejabat pelbagai jabatan kerajaan ada kat sini) untuk membeli wang pos bagi tujuan membeli tender. Servis kat sana 'bapak lembapnya' ya rabii, seyes! sejam aku menunggu giliran yang jarak orang berurusan dengan no giliran aku cuma ada 5orang. Puasss menunggu sebab p.cik yang jaga kaunter tue tersangat la peramah, habih semua orang dia tanya tinggal kat mana? kalau orang yang dari luar pulak dia tanya, kenapa/ada hal apa datang ke kuantan neyh?? bla..bla..bla..!! haihhhh~ kalau la aku buat xde adab semalam, mau je aku menjerit, P.CIK..SAYA NEYH NAK BELI WANG POS, SEBAB NAK BELI TENDER, BOLEH X P.CIK PERCEPATKAN SIKET KERJA SEBAB TENDER TUTUP PUKUL 5pm NEYH..buat pengetahuan, aku berada dalam pejabat pos tue dari pukul 4pm, p.cik tue buat OT kot semalam sebab tiba giliran aku pukul 5.20pm..disaat keboringan menunggu tue aku sempat la snap pic..hehe :)

~~hehe, aku xberniat pape pun amik pic orang itew, pejabat pos neyh nampak daif..~~


~~papan kenyataan~~

Wednesday, May 26, 2010

~~Kerja Cepat~~

Huu..kesempatan! Kesempatan yang sangat aku hargai. Syukur sangat-sangat, kerja aku makin ringan, terima kasih kawan-kawan :) jasamu dihargai selalu. Arini kat ofis aku bawak barang-barang door gift untuk kawen kakak aku, yang selama neyh mendiami bilik aku, buat serabut mata..dah xde yang special la bagi dorang sebab dah tau ape yang dorang dapat masa gi kenduri kawen nanti..hehe!

~~benci tengok sepah-sepah~~

Sebab ape arini? sebab arini semua orang xbizi dengan kerja. Bos gi outstation, jadi anak buah naik tocang la kan..hehe, gaji pun dah masuk tengah hari tadi, lagi la sengih lebar semacam. Diorang neyh kesian kat aku sebab kena buat barang-barang kakak aku tue sorang-sorang, kadang-kadang je maid neyh menolong sebab mereka pun banyak kerja jugak..jadi aku malas la nak memaksa mereka, kesian pulak kan..huhu :D


~~keadaan atas meja aku..xde space untuk menulih..hehe~~

Nasib baik ada kawan-kawan yang suka menolong, terima kasih yea semua, aku betul-betul terharu, perlukah aku belanja kalian nanti?? hehe..aku belanja makan nasi minyak masa 12hb je la nanti, bole?? :)) aci kan??


~~nie terjadi akibat terlalu kreatif..haha! (pembaziran songsang)~~ :))



*p/s : aku lupa amik rubber stamp yang ditempah tengah hari tadi, site visit hari esok pukul 9.30am kat bentong, aku dari kuantan..so?? harap bole dirunding..aminn

Sunday, May 23, 2010

~~Antara Syok & Penat~~

Bermula dari detik neyh, lebih kurang lagi 2minggu kakak aku bakal jadi pengantin baru. Kakak aku xbalik minggu neyh, orang bergotong royong buat pangkin + tapak memasak untuk kenduri kawen beliau nanti, penat. Masih banyak kerja yang perlu dibuat, aku agak stress akibat daripada perkahwinan beliau, macam aku je yang akan kawen, sebab?? sebab?? sebab semua benda berkaitan dengannya aku yang buat, kakak aku pulak bole singkirkan semua masalah dengan alasan bekerja jauh. Arghhh! kan bole stress tue! (mak cakap xbaik dengki-dengki) tapi alin penat la mak. Seyes, dari hal barang hantaran, kad kawen, buat hiasan tambahan bagi door giff semua bermula dengan aku yang buat. (saya xmengungkit! membebel je, tapi masih buat perkara yang sama :D )

~~anak sepupu aku, pic gotong royong xamik sbb aku bizi dgn keje dlm rumah~~


~~pic comot sbb dia kidnap buah dragon fruit depan rumah :)~~

~~buah yang selamat disembelih..heee~~


Habis cerita pasal kakak. Aku gi tanah kebun mak aku, tujuan?? kutip buah kuini. Tapi ada sesetengah orang panggil bacang, tapi aku panggil kuini. teethhh~ Bagi aku rupa dia lebih kurang macam buah mangga tue, cuma buah ni ada bau siket, kalau letak dalam kereta mau la 3-4 hari perfume dia masih kekal. :) bagi aku bau buah ni bes, bau manis, tapi bila dah bau lama-lama dalam kereta bole pening la pulak. Buah ni biasa orang buat sambal belacan, kalau musim kenduri kawen kat kampung yang kebetulan musim buah neyh, memang tersedia la sambal belacan + kuini neyh, sure kalau makan xperasan mak mertua lalu sebelah. :D


~~model buah kuini. :)) *p/s: buah sebelah kiri tue xburuk, tapi bergetah hitam~~


Aku gi kebun tersebut dengan adik aku, hari dah petang pun masa tue, kebetulan hujan, jadi kena la tunggu hujan berhenti, lagi satu risiko masuk hutan lepas hujan neyh banyak la ulat-ulat yang xdiingini muncul disebalik daun-daun lembap a.k.a PACAT!! aku benci beliau, persediaan telah dibuat, masa dah sampai kat kebun tue aku sembur ridsect..haha, selipar aku basah sebab racun serangga tersebut. (perlindungan okey) nasib baik gi dengan adik aku yang ke-3, dia pun sembur jugak. :) jadi sama-sama simpan rahsia kalau sebotol ridsect abis kami kerjakan..haha! Aku suka gi kutip lepas hujan, dapat banyak buat kuini tue. Balik rumah masa untuk santap habis-habisan. \(^__^)/

~~hasil kutipan yang xsia-sia, walaupun ridsect abes sebotol~~ :D

Friday, May 21, 2010

~~Akulah Wira~~

Yahoooooooo..!! seyes aku suka dengan diri seniri ari neyh..sebab?? sebab?? aku dah berjaya menawan Bukit Pelindung, aritu kn aku bole sampai ke c.point ke2 je, sebab semput, tapi arini berjaya abiskan perjalanan..7 c.point sumenya, masa yang diambil untuk mendaki 1jam untuk naik & turun bukit itew..aku sangat berbanggaaaaa..suka!! suka!! sukaaaaaaa.. \(^__^)/..hihihi aku suka sangatttt~~ tx k.su, temankan alin naik, nanti naik lagik.. :)


~~papan tanda neyh aku rasa masa c.point ke5~~

~~rupa aku yg sangat hodoh time neyh, tapi kena senyummmm :) ~~


~~c.point ke 7 (akhirrrr)~~


~~neyh, kalau dalam laut mesti dah jumpa atuk nemo, haha~~


~~pic kami bila dah sampai puncak, pasni dagu spare xkan masuk gambar dah, hahaha~~

Thursday, May 20, 2010

~~Jambu Golok~~

Tau tak jambu golok tu ape?? neyh panggilan orang belah timur je, (setau aku laa) jambu gajus sebenarnya..hehe :) aku teruja tengok pokok buah neyh masa aku balik kampung belah ayah kat pekan aritu..sebelum neyh kalau aku gi kesana bukan musimnya, jadi aku xpernah berpeluang nak tengok yang realiti..hihi


Sekali dah berpeluang neyh aku gi betul kat bawah pokok, banyak lebah berterbangan, aku hengat buah neyh manis, tapiiii kelat-kelat bergetah..bleghhhhh!! xsedap pnnn~~tapi mak aku cakap ada sesetengah yang manis, tapi bila aku makan sume kelat bergetah. Xde yang sedap ponn..macam m.cik aku pulak cakap, dia buat lauk buah tersebut. Aku dah makan lauknya, ermmm rasa pon ok la, tapi aku xberapa nak gemar sangat macam aku suka lauk ayam..hahahaha!

Friday, May 14, 2010

~~Aku Rindu Pokok Neyh~~

~~buah atas pokok~~

Minggu lepas aku gi Rompin, umah m.cik aku sebelah ayah, gi sana sebab nak hantar barang-barang hantaran kakak aku untuk digubah, jauh betul rasanya, 1st time mak aku bagi kepercayaan penuh untuk drive ke sana, tapi dia ikut laaa..hihi, mak kan sayang alin.. :) ayah aku pulak tinggal kat umah dengan adik aku yang ke empat & kakak aku, ayah aku xikut sebab susah nanti nak cuci buah pinggang, leceh siket sebab setiap 4jam kena tukar air. (dialisis) jadi aku bertiga ajela yang gi kesana. :)


~~senget! malas nak rotate..ngehh~~

Dah sampai kat sana aku singgah kat perpustakaan Leban Chondong, m.cik aku keje kat sana, tengok kejap dia buat ape..haha! pastu aku tertarik dengan pokok ceri yang ade kat situ, terimbau kenangan masa kecik-kecik, time tadika aku suka sangat makan buah tersebut..kalau dapat mesti berebut ngan kawan-kawan..adehhhh kangen bangat sih!!

~~banyak kan! siyes buah ceri neyh la yang aku suka sangat duluu~~

Saturday, May 8, 2010

~~Kesibukan Bakal Melanda~~

Wuhuuuu..xlama lagi kakak aku bakal menamatkan zaman bujangnya..bakal jadi puan..bakal jadi ibu..(cewahhhh~) bizi..bizi..minggu depan dah setat panggil sanak sedara untuk meeting buat kerja. Pengagihan tugas akan bermula..Tugas-tugas yang bakal dilaksanakan pulak ialah membersihkan kawasan sekitar rumah, mana barang-barang yang bukan jadi keperluan kena tolak tepi.


~~ni la kadnya, sedang menaruk riben kaler pink~~

Skank ni tugas utama aku ialah mengedarkan kad kawen beliau kepada sahabat handai aku..haha! dan dia laa..sanak saudara yang mana duk jauh-jauh tu, tapi bukan la edarkan nak pos sorang2 tapi tag kat fesbuk je..hehe, pastu mintak la alamat mereka, yang mana bagi alamat tue je la yang akan aku pos..bukan ape, kakak aku kebelakangan neyh bizi bebeno, biasa la macam-macam persiapan yang nak kena buat. Keje yang senang-senang tue bia la aku dulu tolong setelkan. :D




Thursday, May 6, 2010

~~Surat Khabar Yang Surprise~~

Pagi tadi duduk kat opis, waktu nak gi bancuh air, kakak seopis menjerit, astaqfirullahal'azim..aku pon tercengang-cengang kejap, gaya luar biasa jeritan tue..haha! gi kat tempat dia rupenya dia tengah baca Utusan Malaysia. Ape kes?? bukan main beso lagik anak tekak pepagi neyh..dia suruh aku datang dekat siket, aku pun baca ape yang dia tunjuk kat skrin pc sini, hmmmmm, sangat comel, sedihh, hampa, kezaliman arghh sume ade laa..Kakak seopis cakap, kalau la orang tu bagi baby kat dia kan bagus, dia akan jaga elok-elok, tapi tu pun KALAU..Makin menjadik la pulak kes neyh, kat paper dah selalu keluar, kat facebook pun da siap ada fans klik neyh..tapi~~ !!





Kes kedua pulak..(cewahh macam aku pengulas berita jew. =p) yang neyh betul-betul buat aku jadi hangin, mula la mulut neyh nak mengomel macam mak nenek, siyes berita neyh buat aku takut nak kawen dalam erti kata lain mendirikan rumah tangga :). Ikutkan hukum memang sangat dituntut tapi keadaan alam rumah tangga yang banyak cabaran tu lah yang buat aku takut, siyess aku takut lagi-lagi kalau jadi kes macam neyh. Aku memang Emoooo sangat-sangat kalau ade kes-kes macam neyh, tu la pasal, akibat taksub sangat dengan anasir-anasir luar, jadi camtu la..haihh iman mana bang???? xguna aku nak marah-marah sebab orang lain kan, tapi as a Perempuan, aku xsokong isteri dia boleh redha jew..bleghhh (mungkin aku belum memahami jiwa orang yang dah berkahwin!)

Monday, May 3, 2010

~~Bukit Pelindung~~

BUKIT PELINDUNG..haihhh nama jew duduk kuantan, tapi baru arini aku tau wujudnya tempat berjoging-joggingan kat sana..haha, bukan ape selama aku duduk sini besenya xde teman nak ajak gi jogging, mereka semua xmo amalkan hidup sihat, memasing sibuk & memasing ada komitmen lain lepas balik keje, sebab tu lah aku jugak berjoggingan sensorang..ngeh~~


Biasanya gi jogging area taman bandar jew, dekat dengan UIA kolej, ramai jugak student-student neyh berjogging, sambil-sambil tu aku bole cuci mata jugak..haha!! okeh lupakan kisah taman bandar, aku nak cite pasal BUKIT PELINDUNG..

~~check point 1st~~

Petang tadi aku gi ke lokasi dengan kawan seopis..K.SU namanya, disebabkan aku xtau lokasi tersebut jadi aku dipelawa naik kete bersama dengannya..senang siket berkongsi kenderaan, tenkiu k.su.. :) Mula-mula sampai, aku tanya neyh ke tempatnya?? banyak jugak kereta kat tepi-tepi jalan tue, maksudnya ramai orang la kan, untuk permulaan nampak la orang-orang, makin lama naik ke atas,makin siket..sebab?? sebab aku ditinggalkan oleh mereka-mereka yang dah biasa mendaki, nama pun BUKIT PELINDUNG kan, sure la kena mendaki...woooooooooo fulamakkk katakk!! tingginya bukit tueeee, memang mencabar sesangat rasanya, se'eh pewot aku masa mendaki..fuhhhh~


Masa mendaki untuk check point 1st (k.su yang tetapkan check point!) aku dah termengah-mengah, nak cakap pon slow2 jew..masa bernapas pulak kena hembus napas ikut mulot dan hidung, aku perlukan oksigen lebey okeh..hahahhaha, orang yang gebu-gebu neyh memang kena udara banyak siket.. =p Selesai misi yang pertama, rehat 10saat dan teruskan perjalanan untuk mendaki lagikk...

~~selamba jew aku snap pic mereka! haha~~ (tengah mendaki okeh)


Mendaki...mendaki...mendaki...sampai kuar daki...sampai pon ke check point 2nd..perghhhhh, udara~~oksigen~~aku perlukan kau..bleghh, seyes aku dah xlarat nak gi ke peringkat seterusnya.."k.su, alin dah xlarat la nak mendaki lagi, jom kita turun nak??" "okeh..awak turun slow2 ehh, nti xde la mengah sangat" "oo..okeh"...masa turun memang sangat lancar, masa naik badan condong ke depan, masa turun badan condong ke belakang..hahahaa! rasa macam siket je aku mendaki rupanya...adehh~~ xpe la, esok nak mendaki sampai ke check point ke 2, semua ada 7 check point, baru la bole tengok view SELURUH BANDAR KUANTAN~ (tercapaikah??) ekekeke...

~~turunnn, hoorey!! gatal2 kaki aku masa neyh, nyamuk pun mengiringi aku masa turun =p ~~