Monday, October 31, 2011

~~Gi Kawen Midah~~



~~geng sekelas yang dah ada beg tambahan. yang lain belum hadooo, heeee~~

~~sori la terpaksa letak watermark aku, bukan sebab aku suka dia, tapi nak lindung perempuan tue, hi hi hi~~

Semalam walimah member aku kat batu caves, aku memang xmenjangka akan jumpa mamat tue. bleghh..dia toleh sipi2 je, aku pandang sekilas dan terus bla..sebelum sampai ke kereta tue dia ada call aku dia cakap aku sombong. oke fine. memang aku menyombong sekarang..kalau fikir logik pun xkan lah aku yang kena terhegeh2 gi kat dia, sebab tue aku bla..dia pun xde la pulak nak panggil aku,yang dia tau call aku dan cakap..hoitt sombong gile!! biarlah kau nak cakap ape pun, sebab aku pun dah tawar hati sangat-sangat dengan perhubungan kawan cemini..hu hu hu!!


Oke..sementelah (gila la ayat! ha ha ha!!) aku dah lama xdatang ke batu caves, seriyes banyak gila perubahan, aku rasa, jalan ke sekolah aku pun makin sempit..sesak napas mak noksss~ha ha ha!! Aku jumpa kawan lama, sama-sama geng terawih masa kecik..melepak kat kedai mamak, berborak sambil menikmati pau ayam dan teh panas..alahai rindu sangat-sangat..wu wu wu~

Aku ingat nak naik tempat yang biasa aku berjoggingan dulu, tapi bila gi tempat tue, pintu pagar kunci la pulak, lagipun tempat dia dah xterjaga dengan rapi, lalang meliar je merata-rata. sayangnyaaaa~ tempat tue cantik sangat dulu, nyaman je..boleh hilangkan stress, tapi sekarang dah terbiar.







Bila aku sampai kat taman perumahan aku, aku rasa sesak..sempitnya jalann...pergh, berlagak je sebab aku tinggal kat tempat luas kan. bleghhh!! makin lama aku rasa makin sempit tempat tue, mungkin sebab aku dah lama xgi sana..dah lebih 5tahun kot, macam-macam perubahan yang aku rasa. Jalan pun kecik, kalau dulu aku rasa nak lintas jalan pun takut sebab jalan tue besar, amik masa yang lama untuk sampai ke seberang jalan..ha ha ha!! ke masa tue aku kecik, so ruang melangkah pun kecik lagi. weh merapu ape neyh!! upssss~~


Aku meronda taman perumahan aku dulu, aku tengok orang-orang kat situ, semua dah tua dah..ha ha ha!! golongan p.cik-p.cik masjid yang dulu selalu gi masjid musim terawih, semua aku tengok dah ada janggut putih..owhh sangat memori..cepatnya masa berlalu, kalau dulu aku main sekitar rumah p.cik-p.cik neyh, sekarang giliran cucu diorang pulak mewarisi permainan aku. he he he!!

~~geng sembahyang terawih kat surau, rindu masa dorang tjerit-jerit kat luar panggil nama aku ajak gi surau sama-sama, usha admire sekali..ha ha ha!!~~

Tuesday, October 25, 2011

~~Dulu nak comel macam dia, tapi sekarang korean fever, layan ajelah~~




Siapa ingat?? siapa ingat?? angkat ibu jari kaki sekarang..Ahaha!! aku ingat lagi, cerita neyh keluar masa aku sekolah menengah form3 kot kalau xsalah..malam-malam mengadap tv, cakap kat mak, xde keje sekolah sebab nak layan cite neyh kat NTV7..ekekeke~~pukul 9.00pm weyh, kadang-kadang mak aku bising sebab aku xstudy, tapi pengaruh cite neyh lagi kuat..aku ingat aku je yang layan cite neyh, tapi 1 family aku layan..Ahahahaha!! gila lucu, diorang pun terpengaruh. adoi laahh~




Masa sekolah menengah lagi, aku ada sorang kawan cina, nama dia Chai Sek Ting (kalau xsilap lah ejaannya) muka dia memang macam pelakon neyh, aku suka kawan dengan dia sebab dia cantik..LOL!! xlah, dia baik..aku dulu bendahari kelas, hari-hari jadi ceti mintak duit seposen sorang, untuk duit kelas. Dia neyh selalu bagi alasan xde duit kecik sebab dia cakap dia kaya, seposen sehari jumlah kecik untuk dia bayar..bleghh berlagak pulak amoi neyh kan. Tapi aku suka cara dia sebab dia seorang yang berdikari, lepas sekolah dia kerja kat kedai bakery, amik part time, yang besnya aku selalu dapat roti free..ha ha ha!! budak-budak kelas semua cakap aku makan roti xhalal sebab dia yang bagi..cetek betul pemikiran korang kan. Dia neyh bekerja je, bukan pemilik kedai. Dengki la tue..Aduhhhh!! dan aku selalu dapat limau free jugak masa raya cina. ha ha ha!! ayat dia bila dia bagi limau kat aku. dia akan cakap..


"amanina..makan la limau neyh, neyh bukan yang sembahyang punya." ha ha ha!! sebab aku selalu tanya dia, awak amik limau sembahyang ke neyh??" :D :D :D

dia memang xboleh sebut nama sebenar aku (amalina) =p


http://shadowlesslight.wordpress.com/2010/07/12/remake-of-huan-zhu-ge-ge-aka-my-fair-princess-reveals-its-main-cast/

Sunday, October 16, 2011

~~Rindu nak Jadi Kecik, Boleh Tak??~~

~~Patung neyh la yang aku main masa kecik, sekeping 2posen, beli banyak-banyak jadi baju pun boleh tukar banyak kali..siap tampal selotip kat tempat sangkut bagi kukuh..ha ha ha!! memang nostalgia.~~


Tadi aku gi merayap rumah m.cik aku, main pondok-pondok..ekeke~bes yoo~besnya budak-budak sekarang, manja-manja..aku masa kecik-kecik dulu jangan harap la dapat mainan cemini, harapkan patung kertas je la permainan ala-ala gurlish. :) Aku ingat lagi, dulu aku pernah mintak mak aku belikan patung barbie, selalu tengok iklan dalam tv, bila gi supemarket nampak barbie tarik-tarik tangan mak aku untuk bawak dia gi tempat barbie tue, tapi mak aku buat dunno je, wuwuwu~ nangis la jugak sebab xdapat, tapi mak aku pandai la pulak pujuk, dia belikan aiskrim 1bekas besar tue. Mak aku pun cakap, xbaik main patung sebab nanti malaikat xmasuk dalam rumah, nak xnak aku tetap xdapat dan mak aku pun xakan belikan untuk aku benda cemitu. Sedih kan kalau permintaan kita dihampakan, tapi nak buat cemana, terpaksa akur sebab ayah aku garang, nanti kena marah dah xpasal-pasal kan. he he he



Jadi tadi aku join lah anak m.cik aku main patung rumah neyh, berangan jadi suri rumah sepenuh masa yang hidup mewah, rumah 2 tingkat, ada suami kacak, anak-anak comel dan aktiviti waktu lapang ialah berkebun.. ha ha ha!! seriyes betul angan-angan aku, memang xboleh blah, nak sempurna je hidup kan..haihhh~ Kan bes kalau aku kecik tahun millenium neyh, boleh main barbie dengan anak m.cik aku neyh kan..ba ha ha!! tapi syukur jugak aku dah besar sekarang neyh sebab aku boleh kawen betul-betul, xpayah dah nak main kawen-kawen tipu macam masa kecik-kecik dulu. (auhhh miang!! =p)



Thursday, October 13, 2011

~~1st Time Buat Header~~


Setelah berminggu-minggu bergoogle cara untuk buat header blog akhirnya siap pun, perasaan puas tue ada walaupun xlawa..ha ha ha!! semangat aku try buat header guna photoshop..mengigil-gigil tangan aku masa nak 'select' gambar satu persatu. payah beno kalau tangan jenis kayu neyh kan?? ^^V almaklumlah tangan aku xbiasa buat kerja edit-editor neyh..heee, xpe janji dah jadi dengan hasil usaha sendiri (tangan kesat peluh meleleh kat dahi)..walaupun xsempurna. upsss! :D

Sememangnya aku dah lama tau pasal adobe photoshop, tapi aku rasa benda tue payah sebab aku ada penyakit M..tau M tue ape, ia adalah M.A.L.A.S..sekiannnnn~penyakit neyh kalau ada sure 1kerja pun xjadi..melingkar atas tilam macam kucing gemuk lah jawabnya..ha ha ha!!

Sebenarnya xtau nak stori ape, oke lah bai bai~ ^^V

Sunday, October 9, 2011

~~Ada Langau!!~~


Pernah x korang ada kawan berperangai duri dalam lipatan. selama neyh berkawan xpernah la pulak buat hal, tetibe boleh pulak dia jadi batu api memecah belahkan orang. memang aku xsangka sangat-sangat selama neyh aku berkawan dengan orang cemitu..dan selama aku berkawan, inilah sahabat depan mata yang terang terangan menghianati aku. sumpah aku benci ada kawan cemini..oke lupa, semua orang xsempurna tapi jangan sampai menghianati boleh x. Moga dia akan dapat pengajaran apa yang telah dia buat kat aku. Tengoklah satu hari nanti, kalau dia boleh buat kat aku cemini, xmustahil akan ada orang yang terdekat dengan dia akan lakukan perkara yang sama. Masa tue kau renung lah sedalam-dalam apa yang kau buat kat orang dah dapat kat kau semula. Sebab kau, aku dah malas nak publish blog aku..dah kena pilih siapa yang layak jenguk blog aku. Xpeeeee lah! ingat kita kat dunia neyh sementara je.