Tuesday, October 29, 2013

~~Panuba Inn Tioman~~

Assalamualaikum dan hai. :)

Alin kembali. eceh. dah lama aku xmenaip kat sini, sebabnya xde story kot nak cite. Bila dah ada story baru aku boleh nak menaip semula dalam ni. hi hi hi. Oke let's start dude! baru-baru ni aku berpeluang berchuti-chuti malaysia kat tioman. Aku kan susah sikit nak berchuti sebab selalu merancang strategi untuk menabung sehingga kaya. bhahaha! oke acah je. Baru-baru ni aku gi tioman 25.10.2013 tarikh kami bertolak. Aku gi dengan p.cik dan kawan-kawan serta saudara mara sebelah m.cik aku. Semua sekali 17orang. gamat jugak la suasana sebab peel memasing. Ni pengalaman 1st aku gi pulau. Sebelum ni aku xpernah ada impian pun untuk bercuti kat pulau kira rezeki jugak la berpeluang gi pulau, ye dok??



 
Kami amik pakej percutian pulau tioman kat Panuba Inn. Pakej resort ni dia ada 3D2N dengan bayaran RM300 seorang. dalam pakej ni termasuk pengangkutan pergi balik dari pulau tu, bilik, makan breakfast, lunch dan dinner dan bot untuk aktiviti snorkeling masa hari kedua tu nanti. Aku rasa oke sangat-sangat sebab tempat ni cantik weyh. Pulau ni dia private jadi xramai orang sangat. Suasana dia tenangggggg sangat-sangat sebabnya kat sini xde pasang muzik kuat-kuat macam kebanyakan aktiviti pantai. View bilik pun semuanya mengadap pantai. gila xbes?? ha ha! yang penting air jernih pastu ikan berlambak-lambak kat bawah jeti tuh. Kalau korang datang sini wajib bawa roti expired tu banyak-banyak sebab ikan-ikan kat sini xpernah kenyang. Semua ikan jinak-jinak merpati gituwww. :)


Oke hari pertama aku bertolak dari kuantan pukul 6.00am sebabnya nak ke mersing. Kena tunggu bot sampai kat jeti pukul 11.00am sebab tu bertolak pagi. Untuk yang drive kereta tu jangan risau pasal parking sebab bila dah sampai dekat jeti mersing tu, ada lot parking yang ada guard, bayar rm10.00 je sehari untuk parking. Kalau 3hari jadi Rm30.00 la, eh termengajar kira-kira pulak dah. ki ki. oke masa korang nak tunggu bot sampai tu, sesiapa yang rasa diri tu jenis mabuk laut disyorkan sangat-sangat makan la ubat tahan muntah oke, bawa minyak angin ke sebab aku ni jenis xreti nak tau ragam badan sendiri. Sepanjang perjalan nak sampai kat pulau tu, keje aku ialah tidoooo memanjang sebab pening. Masa ni oke sikit sebab ombak xkuat sangat. lagi satu, perjalanan dari jeti mersing ke pulau panuba tu aku rasa amik masa dekat la 2jam setengah. Lama sangat duduk dalam speed ferry tu yang buat aku pening kepala rasa loya-loya. nasib baik xmuntah. kui kui kui


Dah sampai pulau panuba tu dekat la pukul 2.00pm, masa ni perut dah berirama ghazal untuk rabiah dah. lapo lapoo. Masa lunch ni xtermasuk dalam pakej jadi kami oder la ala carte dekat restaurant tu. Kami oder nasi paprik ayam je untuk semua sebab senang sikit orang tu serve hidangan, maklum la kan, bila dah 17orang yang pergi, kalau masing-masing oder menu berlainan alamat ada yang dapat makanan pukul 4.00 pm nanti. wa ka ka! jadi nak senangkan pekerja restaurant dan mengenyangkan perut yang keroncong jadi oder jela sejenis je. Air pun oder 2jug terus. ha ha ha! mudah kan??

 



Lepas makan semua, amik bilik, letak-letak barang so landing la sekejap ilangkan penat pening  mabuk laut masa nak datang situ tadi. Pukul 5.00pm dah start dah aktiviti nak menyelam. Menyelam tu xla sangat sebab semuaaaaaa yang perempuan-perempuan m.cik-m.cik dan adik kakak bukan reti berenang pun. ha ha ha! sewa jaket RM5.00, google pulak RM 15.00. Korang sewa benda alah ni semua sampai nak balik, sebab kalau pulangkan semula, nak pakai balik kena sewa semula, jadi simpanlah sendiri sepanjang berada kat sana. Kalau jenis kaya sangat, korang boleh la sewa setiap hari, aku ajar cara nak berjimat cash je bila ada kat sana. muahaha! hari pertama aktiviti kami ni ialah belajar berenang menggunakan jacket. ki ki ki, belajar sampai pandai weyh, pukul 7.00pm baru naik, tapi yang penting semua dah pandaiiiii..seriyes. ha ha ha! bila terkenang semula sebenarnya bapak la lawaknya! ha ha ha!! Owh sebelum aku masuk part lain, kalau korang nak bercuti kat pulau ni seeloknya bawa la bekal junk food tu banyak-banyak sikit sebabnya bila dah sampai sini, semua benda-benda tu mahal sebab dia dah merentasi laut, so faham-faham je la harganya. Bawak bekal biskut, roti, jem, chips, meggi kerana sesungguhnya lepas naik mandi laut tu diibaratkan phirana kelaparan atas darat. :p

Hari Kedua aktiviti aku kat sana ialah melawat pulau-pulau untuk aktiviti snorkeling. Masa ni naik bot laju, gila kau laju bebeno. Duduk dalam bot pun rasa terhempas-terpempas sebab layan ombak tinggi. Mula-mula naik bot memang seronok laaa, tapi ada cerita disebaliknya. bhahahaha! aku baru tau sebenarnya aku ni mabuk laut weyh, mula-mula bila sampai lokasi pertama, monkey bay kat sini aku duduk je dulu dalam bot, amik masa lambat sikit untuk aku turun menyelam, m.cik-m.cik aku dah jerit-jerit suruh turun, jadi aku turun la sekejap, lepastu naik semula atas bot sebab aku dah start rasa pening, loya nak muntah. last-last duduk diam-diam dalam bot, dikeliling aku ni, dengar diorang menjerit tengok coral lawa-lawa. Aku ni jeles dah dengar masa tu, tapi kank kalau turun lagi naya. Masuk lokasi kedua pulak, pulau salang, masa kat pulau ni seriyes dah penyakit aku ni, terus menyelam sampai gigi pantai, cari port baik last-last muntah. ha ha ha! lepas muntah tu oke sikit, jadi bersandar je kat batu pastu main pasir. :p  masuk pulau ketiga pulak, Pulau ABC. Masa kat sini diorang semua dah xnak berenang dah, jadi mana nak cari air minum, nak gi toilet semua kat sini la, aku masa ni berehat atas buaian je. bawah pokok kelapa. Xlarat dah nak main air. Kesimpulannya aku rasa pulau kat tempat aku jugak yang best nak berenang sebab xberombak sangat. wa ka ka.

Balik dari melawat pulau tu, dah masuk lunch hour jadi makan sampai kenyang pastu tido. gilaaaa syok. Aku tido sampai pukul 5.00pm bangun je dari tido, p.cik aku jerit suruh turun bawah menyelam tengok coral kat tempat yang orang cakap cantik disekitar kawasan resort kitaorang tu. Masa ni mabuk aku dah hilang, jadi rugi la kalau xmenyelam lagi.Waktu malam kat sini agak boring sikit sebab channel tv kat bilik aku ada siaran TV1 dengan TV2 je, lain-lain siaran xhado. Pastu xde astro pulak, jadi masa ni kegunaan gadget sangat diperlukan, Internet kat sini ada, sejam rm12.00 sehari rm100++ lupa dah aku sebab aku xguna internet pun, dah ada kat henpon jadi guna henpon jela. Kalau korang suka membaca bawa la novel, syok jugak. Aku layan orang memancing sotong malam-malam. hi hi hi, senang sangat nak dapat hasil sememangnya boleh pejam mata je masa memancig, xpayah tunggu lama-lama. syok weyh. Aku tengok je, nak memancing xgheti. :p

Oke, hari ketiga dah kat sini, tibalah waktu untuk pulang, kesimpulan yang aku dapat buat untuk perchutian kat sini, aku dapat ilangkan stress, makanan sedap, layanan pekerja baik dan semestinya balik dari pulau aku pandai berenang guna jacket & bersunburn walaupun xbanyak. ha ha ha. Lepas ni nak gi berchuti lagi. Duit xbanyak keluar pun kat sini sebab xde orang yang jual souvenir. Dah sampai jeti mersing baru banyak orang menjual, harga pun kira oke la untuk keychain-keychain selipar pantai tu. ha ha ha!