Sunday, August 29, 2010

~~Keberangkatan Pulang~~



Neyh ialah sepupu aku, Belajar kat NY. Dah nak berangkat pulang ke negara untuk menyambung sesi pembelajaran pun. Balik bercuti da sebulan lebih, harus la pulang ke sana pula kan. Lagi seminggu nak syawal, tapi..nak buat cemana, terpaksa la ikut jadual. Tadi ramai-ramai turun gi airport menghantar beliau..okey amir, selamat belaja rajen-rajen. :)


Saturday, August 28, 2010

~~Akhirnya Tiba ke Kemuncak~~





Selesai jugak kerja-kerja pengagihan kuih raya kepada angkatan-angkatan tentera malaysia. Semuanya selesai pagi tadi, 28hb kan arini?? penyeksaan dah tamat..haha! sebab ape aku taip cemitu?? sebabnya lepas terawih xpayah dah aku nak gi opis buat kerja-kerja pembungkusan. Otak pun dah boleh rehat. Badan pun dah xbau serunding lagi dah, bukan macam sebelum neyh, aku dikelilingi oleh serunding ikan, dah macam bau pasar Siti Khadijah dah rasanya. Sangat-sangat la xselesanya. Pagi tadi askar-askar TUDM dan NAVY datang mengangkut barang-barang neyh, aku pandang ajela sebab mereka neyh dah ramai, lagipun lelaki..sure kudrat lagi besar..hehe



**P/S : kudrat kuat pun tapi xpose jugak..ishhh..ape la nak jadi~huhu (yg aku nampak navy je yg mengkidnap air mineral kat kedai cina)

Friday, August 27, 2010

~~17 Ramadhan. Nuzul Quran Arini~~



Mari bertadarus. wah macam la selama neyh aku rajen sangat mengajinya. Kalau nak dikira-kirakan malam jumaat je yang rajin bukak kitab. Aku suka dengar ahli-ahli sufi mengaji macam Abdul Rahman Sudais. Khusyuk abes, kadang-kadang rasa terharu dengar bacaan yang dia baca. Kan bes kalau aku faham bahasa arab a.k.a bahasa al-quran neyh. Kalam suci Allah. Mesti aku lagi seronok nak baca al-quran kalau aku memahami maksudnya, hilang terus minat baca novel sebaliknya aku lebih menghayati al-quran. Doakan aku yea. Amin.. :)



Dah keluar pasal mengaji neyh aku teringat pulak kisah aku masa kecik-kecik dulu, tapi bukan la kecik sangat tapi dah tau baca la..hihi, aku mula mengaji masa umur 5tahun. Sekolah tadika islam Pasti, mengaji kat sekolah je dulu-dulu, belum ada guru khusus yang mengajar, eh guru tadika tue bukan guru ke?? haha~ Mula-mula mengaji dengan muqaddam dulu, banyak muqaddam aku dulu-dulu, macam-macam kaler ada, hujau..merah..oren.. oh ya, nak tau sebab apa muqaddam aku banyak?? sebabnya dulu-dulu lepas balik sekolah mesti aku keluarkan muqaddam tue pastu tunjuk kat mak aku muka surat yang aku baca pada hari tue, pastu letak merata-rata pastu hilang, pastu nanges-nanges bila muqaddam aku hilang, pastu mak aku bosan dengar aku nanges, jadi dia beli muqaddam banyak-banyak simpan stok, sebenarnya xla banyak sangat mak aku beli, dia tukar-tukar ngan adik-adik aku punya muqaddam je..hahaha~banyaknya ayat pastu kat sini.. :D



Bila dah masuk ke sekolah rendah aku kena mengaji kat rumah jiran aku pulak, tambahan lagi masa aku darjah 1, mak aku hantar aku masuk sekolah agama. Penat woo, pagi pergi sekolah agama, balik pukul 11.30am, pastu besiap-siap nak gi sekolah kebangsaan pulak sebelah petang. Pukul doblas bas dah datang amik..kadang-kadang xsempat nak tido rehat-rehatkan badan..tapi nasib baik ada mak aku, dia yang uruskan semuanya. Berat sebenarnya tugas seorang ibu neyh. Terima kasih mak..ehh terlari tajuk dah. Okey bila dah sekolah dua sesi neyh, jadi masa untuk aku mengaji bersama jiran aku tue waktu petang la, bila dah balik dari sekolah kebangsaan. Jiran aku tue ialah seorang atuk. Aku sayang sangat atuk mengaji aku dulu. Dia sangat-sangat baik. Atuk mengaji aku dulu ikut je apa kehendak aku..haha, kalau aku penat sangat aku mintak dia ajar mengaji 2x je..dalam marah-marah dia cakap aku neyh malas tapi dia ikutkan jugak..hihi :)



Berkat dari hari-hari aku mengaji, aku tamatkan al-quran masa darjah 4..lama kan?? sebab aku dulu banyak sangat alasan malas nak gi mengaji..penat la, pastu balik lambat la, kiranya aku neyh memang pemalas la..nasib baik aku khatam jugak. Mak aku buat pulut kuning dengan rendang daging masa aku khatam mengaji dulu. Seronok betul, aku bagi atuk mengaji aku pulut kuning dengan rendang daging dia sengih je..nampak gusi licin dia je time dia senyum, atuk kan xde gigi..haha.. :)

Wednesday, August 25, 2010

~~Pertengahan Puasa Dah~~

Arini dah pertengahan puasa, dah masuk 16 ramadhan..kejap je rasanya, kejap lagi hari nuzul quran, pastu merdeka, pastu tujuh likur, pastu SYAWAL..syawal raya la kan? keh keh keh :) xsabar rasanya nak beraya. uppss puasa belum habis dah teringatkan raya kan..ish3..



Sekarang aku masih bizi dengan kerja-kerja pembungkusan kuih raya dan serunding untuk angkatan tentera. Banyak tue nak kena pakaging. Siang malam gi opis buat kerja. Siang waktu untuk buat kerja pejabat, malam pulak buat kerja sampingan. Semua neyh sebab aku kena tolong m.cik aku, kalau bukan aku sebagai anak saudara yang patut menolong siapa lagi kan, kesian m.cik aku kena buat semua, dia pun dah macam orang xberpijak atas bumi dah. Penat sebenarnya, tapi dah niatnya untuk membantu, kita pun kena berniat cemitu jugak la. :) Bulan puasa neyh kena perbanyakkan sedekah, biar berkat sikit rezeki yang kita terima. InsyaAllah.




Harini aku xberbuka kat rumah, time untuk beronggeng dengan kawan-kawan la pulak. Masing-masing dah setuju nak berbuka sama-sama jadi tugas mensetting tempat ialah k.sue, sebab ape suruh dia ialah dia dah biasa jalan-jalan cari makan kat kedai area kuantan neyh. Kami semua tukang setuju je. Menu berbuka ialah nasi goreng udang, sotong salut tepung, kerabu mangga, telur bungkus dan air tembikai laici 1jug. haha~ balun sampai perabih, alhamdulillah kenyang.. :)

~~habih!! :)~~

Monday, August 23, 2010

~~Kepenatan Tahap Total~~

~~banner majlis~~


Fulamak tajuk, aku pun xtau nak huraikan cemana, tapi itula keadaan yang aku rasa sekarang. Weekend baru-baru neyh sangat-sangat membuatkan aku penat. Majlis m.cik aku lagi yang sedang berjalan, pastu program dia untuk angkatan tentera lagik..fuhh, kiranya sepanjang minggu neyh aku akan berada dalam keadaan yang sangat-sangat sibuk sehinggala tarikh 28hb Ogos 2010, sebab masa tue nanti penyerahan sumbangan kuih raya untuk angkatan Tentera yang kena bertugas semasa lebaran nanti.


~~lambakan kuih untuk angkatan tentera~~

~~kerja-kerja pembungkusan yang memenatkan!~~

~~posing lepaskan lelah..haha~~

~~1malaysia konon2nya~~


Oh bercerita pasal minggu lalu, masa hari sabtu aritu aku gi majlis m.cik aku kat Pekan. Majlis bubur lambuk perdana. Bukan ape kan, aku datang untuk bagi semangat kat mereka-meraka neyh untuk masak bubur lambuk yang berkawah-kawah tue, hehe.. Pastu nak tengok askar-askar sekali, sebab m.cik aku cakap yang mengacau bubur tersebut nanti ialah askar-askar tue..haha~semangat gile, tapi las-las bila sampai ke tempat kejadian bubur da siap pun.

~~nak menyambut PM~~


~~depa dah mai dah~~

~~sedang berjalan..haha, xtau nak bg tajuk ape!~~


~~keratan surat khabar, aku malas nak gi depan2 berebut dgn wartawan~~







Masa majlis tue ada rawatan akupuntur free, aku semangat nak cuba. Mula-mula agak ngeri, pastu bila tengok sepupu-sepupu aku,jiran-jiran aku buat jadi ada la sedikit keberanian untuk menTRY cucuk kat tangan aku yang disuspek ada menda seketul yang menghalang. Tangan aku neyh macam baby siket perangainya, xbole nak angkat menda berat-berat nanti sakit. Jadimasa ada rawatan akupuntur neyh aku suruh doktor tue cucuk kat tempat yang selalu sakit. Pertama kali masa doktor tue cucuk aku tengah on the line, kawan aku tengah call tapi terjerit sikit la..masuk jarum yang ke-2 tiba-tiba air mata aku rasa dah nak meleleh, hidung pun dah start nak berair jugak. Ya Rabbii..sakit ropenya. Bila dah mula buat tue kena la buat sampai abis, aku memang menyesal cucuk akupuntur neyh..serik dah, lenkali memang xmo buat dah. Nasib baik 4jarum je yang dia cucuk. Kalau lebih tadi memang aku mintak doktor tue benti je. hehe~

~~kaki sepupu aku yang byk bulu..upss!!~~

~~para dokter rupenya, mula-mula aku hengat orang biasa..kekekehh~~

~~tangan aku masa kena cucuk~~


~~beberapa hari kemudian, LEBAM!!~~

Thursday, August 19, 2010

~~Bungkus Biskut Untuk ATM~~


Bizi..bizi...tuttttt..tutttt...serabut, penat, pening, loya..macam-macam perasaan la rasanya skank neyh. Sekarang musim sibuk membungkus-bungkus biskut-biskut raya untuk dibagi pada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). M.cik aku punya program la neyh, berulang alik ke Putrajaya semua sebab nak agihkan sumbangan biskut-biskut raya kepada angkatan tentera.

Harini kat opis, senior aku duk menelepon pegawai-pegawai besar je. Aku pun naik pening dengan pangkat-pangkat mereka neyh. Bayangkan ajela, m.cik aku suruh menjemput semua pegawai angkatan tentera untuk merasmikan majlis beliau kat Pekan nanti..owh lupa nak bagi tau, m.cik aku neyh aktif siket dalam hal-hal politik neyh, jadi dia pun dah menyandang jawatan Naib Ketua Wanita daerah Pekan. Pegawai-pegawai tentera yang nak kena jemput pulak semua nak ada, maksudnya dari tentera laut, tentera darat dan tentera udara..fulamak katakk!!




**P/S :gambar aku xde sebab aku yang tukang amik gambar..haha~

Wednesday, August 18, 2010

~~O7 Ramadhan,Best la kalau cemini~~




BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...





Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mah...kota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya


**sumber dari nota fesbuk member-member**

Monday, August 16, 2010

~~O6 Ramadhan, Kejadian Lepas Terawih~~





~~posing gedik sebelum gi solat..haha!~~

Baru balik solat terawih..Masa balik tadi kecoh pasal kereta tergelungsur dari tempat parking, akibat dari eksiden tepi jalan besar. Terfikirkan nasib pemilik kenderaan yang tergelungsur ke bawah tue, beliau xsedar pun kereta terhumban, tau pun mungkin lepas abis solat terawih kot..nampak tow truck tengah berusaha menarik kereta tue. Pemandu yang langgar kereta terbabit pun xtau la nasib dia cemana..aku jadi takut nak park kereta tepi jalan beso..ishh malang xberbau..hati-hatila pengguna jalan raya sekalian. Nasib baik aku gi terawih dengan pak cik aku, dia yang drive..hehe :)





~~bila tengok video neyh lagi ngeri, Subahanallah~~

Friday, August 13, 2010

~~O3 Ramadhan, Muntah Kuih Raya~~

Semerbak bau Butter opis aku arini. Semua stok sampai harini..terjelir lidah nak mengangkut kuih tue tadi. Semput weyh, pening-pening kepala disebabkan bau butter..tah angin ape yang buat aku sakit kepala, rasa nak muntah pun ada, biasanya okey je..sabar~bulan puasa neyh.. :D Mak cik aku pun dah siap sedia bungkus-bungkus biskut dia buat hamper untuk bagi rakan-rakan seperjuangan..tapi kad raya belum siap lagi* uhh tetibe!! haha~

~~neyh baru separuh, cuba bayangkan 3000kg banyak mana ehh?? penuh sampai ke belakang rasanya..huuu~~

Thursday, August 12, 2010

~~O2 Ramadhan,,MoOd Mengprint Out~~

Hari yang lewat ke pejabat lagi..aiseyy~start ramadhan neyh selalu terlewat..masuk pukul 8.00am, sedar pagi tadi pun 8.00am, meloncat aku tengok jam pukul 8.00am, dalam hati neyh doa mintak-mintak pagi neyh xde sape-sape carik aku lagik..tindakan drastik masa tue sempat fikir nak masej k.sue, kalau ada orang cari aku, cakap aku masuk lewat siket sebab gi isi minyak kereta kejap..bohong sunat..haha *eh ada ke bohong sunat**??



Kat opis arini pun xbizi sangat sebab bos xde..dia gi Kuala Lumpur sebab nak beli tender. Jadi aku pun dari pagi duk layan mengantuk je..haha, malam semalam xperasan jam dah tunjuk pukul 3.00am baru terasa mengantuk. Mengoogle macam-macam malam tadi. Banyak benda la yang melekat..hihi :D



Disebabkan aku xde keje sangat masa kat opis tadi, terperasan jiran sebelah sedang mengoogle sesuatu yang agak menarik..hahaha..aku pun join sama jugak, iaitu aktiviti mengoogle resepi..kakaka~ lucu je rasa..menjelajah blog-blog resepi, tengok gambar-gambar makanan sampai terliur la pulak..adehhh, aku pun turut mengprint out resepi-resepi yang aku agak, aku pandai buat..cewahhhh~~aku bukan print resepi masakan untuk berbuka, tapi juadah yang bakal dihidangkan untuk hari raya..siap ada plan woo~~korang ada?? wahaha!!

~~koleksi resepi kek yang aku print tadi, gebu je aku tengok..nti aku try buat jadi gebu cemitu x..haha~~


~~haaa..neyh pen aku masa verangan nak jadi chef..haha!! muka dia dah comot sebab ada individu yang dengki tengok pen aku comei, tapi pen neyh da xde dakwat pun, simpan utk kenangan je..mahal neyh aku beli..kekekhh~~


~~pen stoberi tue kakak aku bagi masa gi cameron dulu..hihi~~

Wednesday, August 11, 2010

~~O1 Ramadhan Yang Mencabar~~

Alhamdulillah..selesai satu hari berpuasa hari neyh..Pagi tadi lewat ke opis, xsengaja tertidur..haha! tengok jam, lagi 15min pukul 8.00am..dalam ati neyh dah sah lambat dah neyh..huhu~ Biasa la, kalau hari pertama kena datang awal ke opis memang jadi cemini.. :D



~~jarang meja aku penuh cemini..~~



~~jiran sebelah tengah siapkan kerja amal.. :D ~~

Harini banyak betul keje kat opis..memang luar biasa la, walaupun sebelum neyh pun banyak keje jugak, tapi bole lagi buat lawak hilangkan mengantuk..kelam kabut sesangat rasanya..dengan nak mengcopy tender..siapkan ISO..kerja-kerja amal..perghhh, pendek kata memang penat la arini. Pastu waktu keje pulak terpaksa dilebih masakan..nasib laa!! buat kerja amal untuk orang lain. Sabar je la, kalau ikutkan hati memang malas nak buat, rasa macam nak jumpa orang tersebut & cakap kat dia, lain kali jangan suka tangguhkan kerja, nanti menyusahkan orang lain. Haihh..cemana la rezeki nak berkat?? Owhh..mood membebel pulak bulan puasa cemini. Kerja-kerja yang dilakukan tadi sebenarnya xseikhlas hati..hehe~ dah cuba ikhlaskan hati, tapi separuh je..yang lagi separuh tue..hmmm


~~neyh m.cik aku punya kerja, nak bagi biskut raya pada VVIP mana tah~~


~~dalam neyh ada stok aku juga..hehe~~


~~kawan m.cik aku, tengah kira stok keluar.. :) ~~


Haaa..petang tadi dah dapat kuih raya yang aku tempah..awal sangat la pulak rasanya..baru puasa 1hari, biskut raya dah tersedia..hahaha, rasanya neyh, kalau aku bawa balik kat rumah gerenti abes dulu, memang xsempat untuk raya..biarkan je la kat ofis, menggoda iman siket.. :D


~~akhirnya pokok yang banyak semut neyh tumbang jugak..pasni kete aku dah xde najis burung dengan semut lagi..haha!! nasib baik kete sepupu aku park depan siket, kalau x..mmg naya la..~~

Tuesday, August 10, 2010

~~Pot Luck Versi II~~


~~Hasil air tangan aku pagi tadi..pak cik aku a.k.a bos la kan, pun cakap lulus / sedap..waaa..kembang sat.. =p ~~



Giliran aku sorang bukak pot untuk harini, geng aku xde sebab dia terpaksa bekerja di luar daerah, jadi janji harus ditepati...arini hari akhir nak menjamu makan siang. Esok dah mula puasa..dah 1 ramadhan pun..Aku masak woo~~biasanya kalau aku masak neyh kat rumah sendiri je yang menjadi..kalau aku masak kat rumah mak cik aku neyh, mesti ada je menda yang xkena..termasin laa..terbanyak kicap laa..tertawar laa..terpucat laa..macam-macam 'TER' la yang boleh wujud. Seyes aku agak berdebar nak masak mee untuk bawa ke opis..bukan la selama neyh aku xreti masak..tapi aku takut memang xmenjadi kalau tanpa bantuan orang lain. Ngheee..maksud aku bantuan orang lain tue kan, kalau aku nak masak mesti aku suruh maid siapkan bahan-bahan untuk menumis..tue la part paling malas, eh bukan paling malas tapi ada sikit rasa malas..hehe~ untuk siapkannya.




~~Salam Ramadhan Al Mubarak~~

Selamat berpuasa semua. Semoga sempena tiba bulan mulia neyh kita dapat mempertingkankan amalan-amalan sunat yang dituntut untuk mendapat manfaat seperti yang telah dijanjikan olehNYA, InsyaAllah..kepada kawan-kawan semua, aku mintak maaf yea kalau ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan samada sengaja @ xsengaja. Maaf zahir dan batin. Happy Ramadhan & Happy Beribadah all~ Salam. :)

Monday, August 9, 2010

~~Pot Luck Versi 1~~

Rancangan nak buat pot luck masa hari jumaat lepas akhirnya berjaya. Harini giliran Ibu dan kak sue membawa pot masing-masing..ececceehhh melebar senyum masing-masing masa buka bekalan..wahaha~seronok depa dengar pujian noks~kekekehh =p

~~neyh la hidangan mereka berdua pagi tadi.~~


Ibu a.k.a senior kat opis aku tue, arini buat nasi hujan panas..terasa macam kendurik je, kak sue pulak buat puding kastard. Keje senang..hihi, xpe..janji ada kan kak sue kan?? :) esok turn aku pulak..tapiiiiii!! geng aku xde la pulak, arini kena dia kena gi ke Kelantan. Kak Adah, macam xaci je tinggalkan alin sorang-sorang kena buat. Nampak gayanya, pagi esok bising la dapur rumah m.cik aku nanti..ketuk-ketuk senduk time! janji buat dengan ikhlas kan..mesti sedap jugak la nanti..hihi..untuk desert aku dah siapkan malam neyh..pagi esok tinggal nak buat bekfes pagi je, xsusah mana pun. :)


~~persediaan untuk hari esok.. :) ~~


~~dadih yang dah dituang dalam tupperware..xde bekas kecik-kecik laa..~~






~~BALIK KEBUN.. GI KEBUN~~



Weekend aritu, sempat jugak aku gi kebun p.cik aku, kutip buah..hihi, lpe la pulak nak gi rumah dia sebelum neyh, kebizian agaknya..cewahh~~bukan! aku tipu, xbizi pun cuma lupa..pastu baru teringat kat rumah beliau banyak pokok buah. Biasanya kalau nak makan buah mesti gi rumah pak cik aku yang sorang neyh..boleh pulak tahun neyh lupa nak menjenguk. Mintak maaf alin kelupaan sekejap..hehe.

~~pakai tudung neyh rasa muka lebar macam pinggan..hahha! nasib laa, xde tudung lain yang nak dipakai~~


Kat rumah pak cik aku neyh kalau nak diikutkan, memang banyak pokok buah-buahan, macam dusun belakang rumah la nak dikira-kirakan. :) Masa aku datang neyh seronok jugak sebab ada orang tolong panjatkan pokok buah-buahan terbabit..hihi..xde la bersusah payah carik galah untuk kait buah rambutan atas pokok..wahai sepupu, jasamu dihargai.. :)


~~alamak!! hilang ciri-ciri gadis melayu.. =p ~~

Gila~ banyak buah aku kutip..ehh sori! sepupu aku tolong panjatkan.. :) tapi aku memang kutip pun, kutip kat bawah pokok la, sambil-sambil tue ngap la sampai rasa kenyang..haha~ terasa dasyat!!..disebabkan banyak pokok yang sepupu aku panjat, maka hasil yang dapat mesti la banyak jugak kan..penuh bonet kereta..mak aku cakap, "alin lepasni muntah rambutan la kat rumah" hahaha~mak aku pun bole cakap cemitu, aisehhh~~cakap la mak, alin memang suka..hahaha :D :D


~~berpeluh-peluh masa neyh, benci!! suka amik pic jelir lidah, ingat rock ke?? bleghhh~~

Lepas selesai kerja kat rumah pakcik aku tue, semua berangkat pulang, tapi aku xbalik rumah terus...matlamat pergi ke kebun kedua pulak..mak aku ajak gi menanam pokok getah!! adehhhh..apesal kami pulak yang kena, mak aku cakap aritu nak upah pekerja indon..nampak gayanya, aku ngan adik-adik aku la jadi indon kalau cemini..neyh sume sebab kes xpercaya la neyh..xpe la, jadi jugak sesi mengeluarkan peluh petang yang sejuk aritu...mak aku cakap, tanam la pokok neyh, nanti kalau dah tua..duduk kat kampung, getah dah ada orang toreh, cuma tunggu duit je..hahhh..tue la yang seronok nak dengar..kekkehh~~ perasan!


~~model anak pokok getah..hahaha :D :D ~~



~~model 1st dengan aksi menanam.. =p ~~

~~model 2nd..sampai terjelir lidah masa menanam..haha! sori ika =p ~~


~~pose cute dari model ke-3..bahaha, berkebun pakai jam! masa itu emas.. :)) ~~


~~peace pokok getah!!..ada pun kenangan masa pokok kecik..bila dah tua nti kena baca balik blog neyh..ekekeke ~~