Thursday, October 28, 2010

~~MengUBI~~

Hidup ubi..ba ha ha! gila je kan..balik keje tadi lepas amik kakak aku balik dari hospital, m.cik aku bersama maidnya sedang menggoreng kerepek ubi. Semangatnya mereka. Bagus!! he he..aku bole puji je, nak mengadap menda-menda neyh malas, dah la seharian sibuk kat luar. Berkejar kesana kemari..ahh, xbole nak join menolong. Harusnya aku tido..hihi :D tapi xlama pun diorang buat sebab dari petang lagi dah..mintak maaf yea xdapat nak tolong. Harini agak keletihan. Terima kaseyyyy~ =)





~~yg kiri neyh mesin penapis minyak & kanan neyh mesin pemotong~~
**rasa nak try potong keropok je** ha ha!!

Monday, October 25, 2010

~~DirgahayuTuanku~~

Oke malas taip penuh dramatik, mood malas nak gi keje sebenarnya..hihi, lewat sehari n3 neyh, al-maklumla cuti 3hari.. :) jadi amik point-point penting ajola..(penting la sangat. ha ha!!)
  • 22hb ialah masa aku balik ke Pekan. Kg Halaman yang memang xboleh dilupakan. Home suwit homes.. :))
  • 23hb hari sabtu, aku ikut member opis gi Istana Pekan. Sebabnya hari ahad 24hb tue hari Keputeraan Sultan Pahang, Jadi ramai la bakal-bakal Dato yang nak amik pingat darjah kebesaran. Masa neyh diorang buat raptai dulu sebelum terima pingat bebetul.
  • Aku menyibuk kat sana sebab nak cari "ayah gula" sorang dua. ha ha ha!! xde niat langsung weyh..yeyekkk!! Oke tujuan aku masuk istana tue sebab open table serahkan borang bakal-bakal Dato neyh masuk Persatuan. Persatuan Dato-Dato Malaysia. Cewahhh~
  • Suka la tengok gelagat para Dato neyh. Ada yang lucu, seriyes, yang bes muka xpercaya pun ada jugak..ha ha ha!!
  • Biduan/Biduanita yang ada masa neyh Datin Rosnani Jalil, yang penerbit filem tue, pastu yang lelakinya pulak Mustafa Maarof, yang pelakon klasik emsem-emsem tue. :))
  • Tue ajola yang aku kenal, yang lain hmphhh haramm. he he
  • Disebabkan Hari Keputeraan Sultan Pahang kan, bandar Pekan pun berubah wajah..aku rasa macam ada kat Shah Alam je. Ada Pokok Lampu-lampu macam kat ICT tue..ha ha!! kalau aku tau kat pekan pun ada, xyah aku amik gambar dgn pokok tue masa gi ict dulu. Oh lupa, dulu jakun sangat..ngeh ngeh ngeh!!

  • 25hb cuti lagi.. :) masa neyh hari aku patut balik ke kuantan. Tapi sebelah pagi tue aku gi melawat ladang ubi kayu pulak. Neyh m.cik aku punya kerja la neyh. Dia cakap untuk buat industri kecil kat kampung aku. Nak suruh suri rumah ada side income, katanya laa..
  • Ingatkan dekat je tempatnya, ropenya jauh gile, lalu ladang kelapa sawit, ladang pisang, ladang betik, perkampungan orang asli, las sekali baru jumpa kebun ubi. Haihh.. menyesal ikut sekali. Neyh sebab percaya cakap nenek aku la neyh, dia cakap dekat je. hmphh..

Thursday, October 21, 2010

~~Puncak Dah Tertawan~~

Petang tadi mendaki bukit pelindung lagi, kali neyh gi lokasi puncak yg kedua pulak..aritu aku da tawan 1 tempat, tadi lagi 1 tempat..hihihi. Arini terasa kelewatannya sebab puncak yang kedua neyh agak jauh siket dari lokasi puncak yang pertama masa aku mula-mula gi dulu. Rasanya xde pape cerita dah nak tulih..jom layan gambar.. :)

~~neyh masa dah sampai tempat untuk tengok bandar kuantan. Keadaan bawah bukit.~~


~~Keadaan jalan berlorong sebelum sampai nak tengok pemandangan seluruh kuantan.~~







~~cuaca mendung, dah nak masuk maghrib da pun masa neyh. ~~


~~turun bukit pun da malam..~~

Wednesday, October 20, 2010

~~20.10.2010..Apa Ada Pada Nombor~~

Entri kali neyh memang xberkaitan langsung dengan tajuk..sebab letak tajuk cemitu ialah kerana tarikh arini unik. Sebab UNIK sahaja oke. :)



Permulaan mendiet..pagi-pagi dah ketuk-ketuk senduk kat dapur. Sangat la rajin aku arini masuk dapur pagi-pagi sebab nak buat sup sayur, untuk bawa bekal kat opis. Al maklum la sekarang neyh mood mendiet sedang giat. kah kah kah =))


Nak suruh maid buat macam ada rasa xkena je, nanti mula la rasa lain je..xsesuai ngan tekak. Lauk rebus-rebus neyh aku rasa ada baiknya aku buat sendiri, nanti bole la kurangkan kuantiti bahan perasa kat dalam sup tue nanti kan? hihihi




20102010 neyh juga buat aku rasa sangat-sangatttttt la happy, kereta yang aku biasa bawa gi opis tue dah siap baiki minggu lepas lagi, tapi aku xgi amik lagi, ongkos belum cukup dong!! pastue pagi tadi masa p.cik aku baru balik dari pasar dia sengih..sambil tue dia hulur kunci kereta wira yang jarang-jarang aku bawa gi opis sebab xbape bes..(memilih!) dia cakap cemini :

p.cik : nah alin..(sambil bagi kunci kereta wira) karang kat opis buat cek untuk amik kereta awak tue, pakai cek opis laa..siannnn~~ kat alin..(sambil sengih)


aku : hahhh?? (mood tengah terpinga-pinga) sambil amik kunci dari tangan p.cik aku, aku cakap, pakai cek opis???? terima kaseyyyyy!! sambil tue senyum aku dah melebar..har har har =)) dalam hati neyh rasa macam nak meloncat sebab aku xyah bayar..kekehhh, tp depan p.cik xbole meloncat, kena ayu gitewww~~ =))


p.cik : haaa..lain kali cakap kat babi tue lintas tengok kiri kanan sikit..


aku : hanya bermonolog dalaman : xpe ayah cik..kalau alin jumpa babi tue alin cakap kat dia suruh dia xpayah lalu langsung jalan tue..merbahaya kalau jumpa kereta iswara hitam..ngehhh..hakikatnya aku hanya senyum melebar je bila dah tau opis yang bayar bil kereta tue..kikikihh :D :D :D

Monday, October 18, 2010

~~Postpone Diet Ketat-ketat~~

Setelah bermeeting-meetingan minggu lepas, semua nekad nak setat berdiet ketat-ketat, siap siapkan slogan 'NO MORE MAKANAN SEDAP & LAZAT' tapi arini hampeh betul..nasikkkkkk?? memang xsentuh, tapi waktu tengahari macam anak ayam dapat makanan..kah kah kah! seyes lucu masing-masing, lupa janji taat setia~ cetttt



Tengahari tadi semua orang keluar sebab temankan kawan aku, k.su neyh nak gi asb. Jadi masa balik tue ada nampak gerai yang mengugat iman..lagipun perut masing-masing tengah mengaum hebat~ amik ko, sekali singgah!! inila jadinya..







~~semua da malas nak letak dalam pinggan~~

~~Lepas makan, naik penimbang..hebat kan, kat opis siap ada penimbang lagi..kakaka~~


Dah naik penimbang mula la terbayangkan aktiviti yang perlu dibuat kat rumah nanti menggunakan alat-alat neyh..tue angan-angan masa kat opis, tapi bila dah sampai rumah terus kuak lentang atas katil, hehehe..alahai susahnya nak buang lemak!! bila la agaknya seluar jeans lama aku dulu-dulu bole muat semula neyh???..haihh~~ =)

Sunday, October 17, 2010

~~Jadi Mama?? Ibu?? Mak?? Umi??~~


"alin, anak ko neyh berak"..alamak baby membuang pulak, kena panggil mak neyh, xpun hantar kat umah nenek..bia dia basuh..hehehe, anak aku noks~kakaka.. Anak xpress rakyat..comel kan baby neyh, aisyah insyirah nama dia. Seyes aku suka sangat ngan aisyah insyirah. Baik..pendiam..suka senyum..xsuka nanges..sume orang sayang. muahhhhxx comei sesangat, geram nak picit-picit. :))


Al kisah jaga baby neyh sebab kesiankan kat uminya, lepas balik sekolah kena berulang-alik gi KMC (Kuantan Medical Centre) sebab suaminya, a.k.a p.cik aku masuk hospital, da seminggu pun sebab denggi. Jadi kesiankan m.su aku neyh, aku mintak baby dia nak bawak balik rumah. Nasib baik baby insyirah neyh jenis xmeragam. Malam-malam pun kalau nanges sebab nak susu ataupun drypers dia basah. Senang sangat jaga anak rupanya..kekeke~ *tp xsemua baby xmeragam* haha!


Bila tengok muka baby neyh rasa bes sangat. Terbit rasa sayang, walaupun aku tau insyirah neyh bukan anak aku, tapi aku sayang sangat-sangat. Tiba-tiba terfikirkan cemana tergamak orang buang anak merata-rata, baby tue terbiar kat tepi jalan, dalam tong sampah, dalam tandas. Haihhh~manusia betopeng!





**baru main 2hari, da kena tinggalkan kat kg, mak aku jaga. Xbawak balik kuantan sebab aku kena gi kerja..lupa pulak isnin ialah hari bekerja..keh keh keh!

Thursday, October 14, 2010

~~Aku & Bunga~~



Mengemas bilik tadi baru aku perasan, semua benda-benda aku terutama yang kecik-kecik mesti ada bunga. Tengok getah rambut..bunga, tengok kipas dalam beg..bunga, amik pengetip kuku..bunga, hairband..bunga, lipstik..pun bunga..kakakakahh baru perasan semuanya bunga. Nama pun perempuan kan, mesti suka bunga..alahai~~


Alang-alang dah selongkar kan, hehe..jadi selongkar terus almari..tetiba teringat kat seluar kesayangan aku dulu-dulu, cettt~macam lama sangat je..tp memang lama da pun aku tinggalkan seluar jeans bunga-bunga. Mak aku siap cakap cemini lagi, "alin sudah-sudah la pakai seluar bunga-bunga, umur tue dah wajib jadi mak orang da pun" kakaka~ sadis gile aku dengar =)


Sekarang seluar jeans bunga hanya tinggal kenangan. Kadang-kadang disebabkan seluar jeans aku elok tersusun dalam lipatan, aku amik & sarung jugak, lepaskan gian..haha~tapi xde la sampai pakai gi jenjalan macam dulu-dulu..seyes, aku suka jeans bunga-bunga aku dulu, nampak coool beb! ha ha ha, xpe la, mungkin aku akan turunkan pusaka jeans aku untuk generasi adik-adik aku pulak, eh lupa! adik-adik aku xsuka jeans bunga-bunga, diorang cakap macam kanak-kanak riang je kalau pakai..kalau cemitu aku masih kanak-kanak kahhhh?? kurang asam je mereka semua..haihhh~~


Oke, abis cite pasal seluar jeans kapuk aku tue, dah semua bunga tadi kan..tempat tidur pun mesti semua bunga juga..kekekehh..kau hadooo?? :D :D