Wednesday, April 25, 2012

~~Dapat Hadiah????~~



~~peserta wajib amik gambar bersama sumbangan!~~

Semalam cutii..sebab nak amik hadiah. aku berangan dapat yg kecik. rupenya dapat yg besar...hampa!! macam xlogik je dapat yang besar kau rasa hampa kan..kiki, bukan ape, aku nak yang sederhana je, xnak la yang besar melampau. Kalau besar ni faham-faham je la, maintainance tinggi. Tau x ape hadiah yang aku dapat??aku dapat mesin 1 azam. Mesin nak membakery, aku mintak mixer dan oven. Sekali sampai je aku tengok kotak kayu gedabak besar. Aku xtau la nak letak kat mana bila dah sampai rumah nanti. Adoi laaa..aku baru bayangkan aku dapat barang yang aku idamkan, sekali jadi cemini terus otak aku xboleh nak fikir panjang-panjang. Nak je aku jual semula peralatan neyh tapi mengenangkan benda ni free jadi terpaksa la amik..nak mengangkut dah sekian, nak turun letak kat umah pun sekian la susahnya jugak. Las-las sekarang benda ni tersadai tepi dinding sudut rumah. Aku xtau nak guna cemana. huk huk! ingatkan boleh jadi tauke bakery, tapiii hampeh, kek pun xbancuh-bancuh lagi. wu wu wu~

~~muka je happy, tapi hati xsuka! sob...sob~~

~~Mak dengan m.cik aku suka sangat dapat mesin jahit. Ni memang idaman dorg~~

Tuesday, April 17, 2012

~~Adakah Erti Rindu Cemini??~~



Tadi bukak blog si datin, kawan fatin liyana..owh btw, sebelum tue nak bagi tau cemana aku boleh jelajah blog kawan si fatin liyana neyh, aku memang minat penulisan fatin liyana bukan sebab dia comel walaupun hakikat sebenar dia memang seorang mahluk Allah yang dicipta seindah kejadian dan kebesaran Allah S.W.T tapi aku suka idea dia. :) eh tersasar cerita pulak..heee. Aku dapat link blog dari fatin liyana dari private mesej yang aku hantar melalui fesbuk, ingatkan xdapat perhatian, tp alhamdulillah fatin reply. Big thank you fatin. yeayyyy. :D :D oke, cerita pasal kawan dia neyh pulak kebetulan jugak sebab aku tengok safiya tv 9 minggu lepas, ada story pasal keyakinan org plus size pada pandangan mata masyarakat luar. Dia sangat berkeyakinan dan xamik peduli kritikan orang. cemini la aku sukaaa..he he he!!




Oke tujuan sebenar bukanla nak mengulas pasal mereka berdua neyh, aku cuma nak bersetuju dengan pandangan si datin najah neyh tentang rindu..mood jiwang tetiba kan?? xpedulik laa, janji aku rasa pendapat neyh betul..hahaha!! kalau nak tengok cuba korang tekan sini. kalau setuju sila angkat tangan tinggi-tinggi.. :D :D



nak highlight sikit entry datin : -
Have fun with it, rindu itu datang tanpa kita duga . Kita tak boleh elak pon kan kalau rindu tu datang. Rindu tu jugak yang buat kita rasa nak nangis, pilu..sayu je kan (: Kerap kali najah rasa mcm ni, tapi Najah cuba buat teknik ni, Najah tenang sangat walaupun biarlah najah sorang yang rasa :) Maksud Najah, kawan2 najah yang Najah lama tak jumpa and terlalu rapat zaman belajar dulu kan . . You guys kalau rindu family yang jauh sangat sangat, cuba la . .Rindu yang ikhlas dari hati, kita sampaikan padanya, InsyaAllah. .Cuba la ye (:

nota kaki : psstttt..aku xbuat lagi, nanti aku try yea. ha ha ha!!

Wednesday, April 4, 2012

~~Buat PuFFFF, tapi daddy xdE! haha~~

~~siap piping, bersedia nak masuk dalam oven~~

1st time nak buat..semalam dah cari bahan-bahan, kali neyh yang kurang manis punya version..budak umah aku yang mula-mula buat, biasanya aku beli je puff neyh, tapi tau je la kann benda yang beli neyh kekadang sedap, kekadang xsedap langsung..aku tau budak umah aku reti buat puff neyh pun bila ofis dia ada nak buat majlis penyerahan projek, dia kena buat kuih, jadi dia buat kuih neyh..pastu dia buat pun sedappppp, jadi aku request dia buat lagi sebab aku nak makan puas-puas. :P


~~Dalam oven neyh, nampak x buih-buih tue??~~


~~Dah siap, panas lagi neyh!!~~

~~masa neyh dah masukkan kastard, inti la kiranya neyh :) ~~

Jadi dengan harapan yang tinggi menggunung aku sediakan bahan-bahan untuk siapkan puff neyh dengan harapan dia boleh buat..jadi dia buatkan..yeayyyy. :) nasib baik semua peralatan nak buat bancuhan adunan lengkap, jadi mudah la nak sediakan..heeeee. Oke lah, jom layan gambar, recipe pun ada kat dalam gambar neyh, nanti aku terangkan cara-cara nak buat oke. layannnn~

~~neyh la recipenya~~

Cara buat puff : mula-mula masukkan planta dan air, letak atas dapur dan masak sampai air dengan planta tue mendidih, bila dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung, kacau laju-laju yea untuk elakkan tepung tue berketul. Bila bahan neyh dah dikacau sebati, tuang bancuhan dalam mangkuk mixer untuk memudahkan proses menggaul dengan telur. Telur tue masukkan sebiji-sebiji atau sekaligus pun xpe. Pukul adunan sampai kembang. Bila adunan dah sebati dan kembang, masukkan dalam piping bag dan picit adunan dalam loyang pembakar. Boleh bakar dengan suhu 170deg sekama 20minit, tapi kalau oven korang jenis cepat panas, korang tengok je permukaan puff tue keperang-perangan pun dah boleh angkat.

Cara buat kastard : masukkan susu cair/segar, dan gula dalam periuk dan masak sehingga gula tue larut dalam susu, kemudian masukkan tepung kastard, gaul sampai pekat, bila adunan dah pekat boleh tutup api dan ketepikan, kalau puff dah siap boleh la dibelah permukaan puff untuk masukkan krim kastard neyh dalam perut puff tersebut, dan sedia untuk dihidangkan. yimmieeee!



~~makan puff sambil minum soya homemade, memang osem!! ~~

Tuesday, April 3, 2012

~~Akibat Degil, Akhirnya Memerut~~



Assalamualaikum..fuhhhhhhhh (tiup habuk! ha ha)

Semalam aku merajinkan diri lagi..tekak neyh terasa nak sangat makan ikan bilis goreng kering dengan taucu masin. yimmieeee. Kalau dapat makan dengan nasi panas lagi lah sedapnya tapi apakan daya, sekarang neyh aku tengah mendiet jadi menu nasi memang amat-amat xdigalakkan pengambilannya. Jadi aku makan dengan roti ajelah, tapi nak dijadikan kebetulannya, masa aku gi beli barang-barang neyh semalam, roti wholemeal gardenia dah abis, amik roti biasa je lah..janji kenyang. he he he!!


Semalam masa tengah sediakan bahan-bahan masakan neyh, aku terlebih masukkan cili api, dekat 25tangkai kot..wohooo~dah macam orang nogori je, housemate aku dah peringatkan tapi degil jugak, nak jugak masukkan banyak-banyak sebab lauk neyh, kalau lagi berapi lagi sedap..dan akhirnya aku terima padahnya..pagi-pagi kat opis neyh, toilet memang aku tempah awal-awal. Sekarang neyh pun duduk menahan lagi sampai hujung kaki pun sejuk-sejuk. Kalau mak aku tau neyh sure kena marah, xde membebel dah sebab aku pernah kena operate sebab apendiks. Takut la pulak bila fikir penyakit, kalau fikir sedap semua neyh pun dah xingat kan.. ha ha ha!!


Nak recipe x?? Amik neyh kalau agak-agak terliur. Tapi aku buat simple je. Selamat mencuba. :)

  • Ikan Bilis Halus **
  • Kacang Tanah **
  • Bawang Besar ##
  • Bawang Putih ##
  • Cili Padi ##
  • Taucu Masin
  • Minyak Jagung
  • Sedikit Kicap Manis
  • Sedikit Gula Pasir

~~ oh sebelum tue, sorry aku masak banyak semalam, jadi kalau korang nak nak buat, pandai-pandai la agak, aku buat dalam kuantiti banyak untuk stok dalam es box, kank kalau aku bagi kuantiti recipe yang aku masak semalam, korang yang pengsan, tp macam la banyak sangat sampai boleh buat kenduri je kan??? ki ki ki ^__^V

Cara-caranya : Panaskan kuali dengan minyak jagung (optional - guna minyak biasa pun boleh) dan goreng bahan-bahan yang bertanda ** sampai garing, angkat dan ketepikan dulu. Bahan-bahan yang bertanda ## tue di blenderkann sampai hancur. Bila dah hancur, tumiskan bahan yang diblender sampai naik bau dan garing kemudian masukkan sedikit kicap manis, gula dan taucu, tapi taucu jangan letak banyak sebab nanti masin..biasanya kalau aku masak sikit, aku masukkan 1sudu besar je..garam xpayah letak dah, tapi bagi mereka yang kuat tahan masin, masukkan la garam sikit. Bila bahan tumisan dah agak kering dan garing, masukkan bilis dan kacang tanah tue tadi, kacau-kacau sikit bagi sebati dan dah boleh angkat serta hidangkan dengan nasi panas, pasti terangkat. Mak mertua lalu pun xperasan. ha ha!!