Wednesday, December 29, 2010

~~Bola~~

Bola tue ape?? ha ha ha!! gila xkenal bola tue ape kan. Dari kecik kalau belajar mula mengenal huruf, perkataan BOLA memang dah tersenarai dalam semua buku untuk menunjukkan contoh. Kalau buku bahasa inggeris bermula 'B' for BALL...buku bahasa melayu pulak 'B' untuk BOLA..eh tiba-tiba terjadi guru pulak. har har har!!



Aku pun pelik tetiba terniat pulak nak buat entri tentang bola. Oke aku mengaku, aku memang xberminat dengan BOLA. Bukan benci tapi xsuka. :) Aku nak tengok perlawanan bola?? OMG..OMG..memang xkan selera menonton. Sukan bola bukan sukan yang diminati, *apa korang kesah kan aku xminat bola* hi hi hi..masing-masing ada citarasa masing-masing kan. Kira aci je lah tue. :D


Haaa..dah terpeleset pulak nak cerita. Pukul 8.00pm kat tv1 nanti ada live perlawanan bola Piala Suzuki AFF. Aku sure la xtengok, tapi aku harap pasukan Malaysia la yang menang..SAYA ORANG MALAYSIA OKE. sebenarnya aku berharap kalau MALAYSIA menang, bole dapat cuti free.. ha ha ha!! uppsss~



~~ada guna laser lagi x?? Keh Keh Keh~~

Tuesday, December 28, 2010

~~Pemalas~~

Sekarang neyh mood memang malas nak mampus. ha ha! memang aku jadi malas..mungkin sebab keadaan cuaca yang xmenentu sekarang neyh. Musim shejuk-shejuk, dingin-dingin, hembusan angin sepoi-sepoi bahasa yang membuatkan aku MALAS. Biasa lah kalau dah hujung tahun, kat pantai timur neyh bole buat otak beku. Hujan memanjang..jarang sangat nak tengok matahari menyinar terus dalam masa seminggu, mesti ada je hujan. ZzZzZzZz..


Aku rasa kali neyh memang sifat malas yang luar biasa..ha ha! sebab ape aku kategorikan macam tue sekali ialah kerana banyak benda yang mak aku suruh buat, aku buat donno je..pehhh~ memang kategori pemalas tahap dewa. Nak reply masej kat henpon pun malas. Dah lah henpon punya keypad keras semacam..memang buat aku malas nak menaip la jawapnya.


Tapi ada benda yang aku xjadi malas time musim hujan cemini..korang tau ape??? AKU XMALAS UNTUK TIDURRR..ba ha ha!! (Tidurkan perbuatan!) =))


Friday, December 24, 2010

~~Construction ke Bakery??~~






Kat opis kau ada banyak masa buat kek x?? Aku nak bagi tau, kat opis aku ada..Tadi aku buat kelas untuk rakan-rakan secara percuma..ba ha ha!! memang xboleh blah~ walaupun hakikat sebenar kat pantry opis aku tue belum cukup kelengkapan, tapi boleh hasilkan sebijik kek yang sedap. Wah berlagak seperti iron chef la kan. fuhhh~

Okelah xnak bercerita panjang, sebab harini mood menjadi guru yang sedikit sombong.. ha ha ha!! layan gambar ajelah. Selamat melayannn~ :D :D

Monday, December 20, 2010

~~Besday Abah & Cake Ice-Cream~~




.Versi KOrea.

saeng-il chukhahamnida
saeng-il chukhahamnida
sarang-haneun Abah ui
saeng-il chukhahamnida



.Versi SepanyOl.

happī bāsudē tū yū
happī bāsudē tū yū
happī bāsudē dia Abah
happī bāsudē tū yū


Haha..lucu je rasa nak menyanyi epi besday versi 'Orang Luar' xpadan dengan suara garau..keh keh keh!! upss bukan ayah aku yang nyanyi oke. Aku cakap untuk diri seniri je. :D
Oke, umur abah dah genap 55tahun. Lambat kan sebab lahir bulan 12..memang penghabis tahun. Nasib baik adik-adik aku semua xde lahir bulan 12. Kalau x, memang jenuh la nak tunggu makan kek. =))


Yeayy..aku dah pandai buat ice-cream cake. Mesra rakyat je kek yang aku buat, sbb men tabur je bunga-bunga tue. Niat sebenar nak tabur choclate rice tapi dah habis, xperasan masa buat cupcakes aritu benda tue dah habis. Nasib baik ada bunga-bunga keras tue, kira aci ajelah untuk hiasan anak beranak nak makan..bukan nak jual pun.. ha ha!!

Psss..nak belajar buat ice-cream kek??? text i thru henpon oke. (ceh berlagak!) =)



~~pic sengaja diBLUR kan untuk mengelakkan lelehan air liur :D ~~



Friday, December 17, 2010

~~Semalam Gi Dating~~

~~Cantik kan kawan baru saya. :) ~~

Lalalala..besnya dating..uppsss~ 1st time dating..boleh x korang bayangkan dating dengan orang yang xkenal..kenal dalam facebook je... FACEBOOk oke. sebelum neyh dah biasa chatting tanya-tanya khabar, xsangka jugak persahabatan kami jadi berpanjangan cemini. Aku rasa macam neves..wa ha ha, neves macam jumpa menteri. Hakiktnya perkenalan neyh berpanjangan. Buat pengetahuan, kawan baru aku neyh PEREMPUAN lah. bukan lelaki..aku takut jugak jumpa lelaki yang kenal kat laman sosial neyh..kalau ajak jumpa sure banyak la alasan yang aku bagi..aku takut..takut lah sebab zaman sekarang neyh perangai manusia bukan boleh dijangka. Baik aku mengelak dari terjebak. :D :D Hati-hati yea perempuan di luar sana. :)

Kawan baru aku tue nama dia Hanis Ahmad. Aku panggil dia kak hanis je..seorang doktor hospital kerajaan. Dari masa mula-mula kita orang chatting lagi rasa macam ada 'Kimia' antara satu sama lain..ha ha ha!! Aku cepat je serasi macam jumpa kawan lama. Sebab tue la jadi rapat. Bes lah ramai kawan. Buat k.hanis, semoga persahabatan kita kekal selamanya. InsyaAllah ^__^

Saturday, December 4, 2010

~~Selamat Tahun Baru~~

Hari selasa neyh 07hb dis 2010 dah masuk tahun baru hijrah dalam kalender islam. Azam aku pulak setiap kali tahun baru mesti sama. Ha ha ha!! adehhh~ Bila la nak tercapai neyh?? Oke la kawan-kawan, aku harap somoga hari mendatang lebih baik dari hari sebelum-sebelumnya. Tinggalkan amalan yang xberapa nak elok tue, berubahlah untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya. Amin.


Doa akhir tahun. Dibaca 3kali pada penghujung waktu asar, sebelum masuk waktu maghrib.



Doa awal tahun, baca 3kali selepas solat maghrib.

Wednesday, December 1, 2010

~~Doctor Champ~~




Doctor Champ Episode 2
Uploaded by savemymac. - Discover videos of people, family and friends.


neyh sinopsis cite neyh serba sedikit :-
  • Title: 닥터 챔프 / Dr. Champ
  • Also known as: Doctor Champ
  • Genre: Romance, sports, medical
Kim Yeon Woo is an orthopedic doctor who takes up a new post at Taereung National Village, the training center for national Olympic athletes, after she is fired from her previous job. She becomes romantically involved with Park Ji Heon, a young judo athlete, and Lee Do Wook, the short-tempered, crippled director of the facility who is still haunted by the injury that had cut short his speed-skating career. This is further complicated by the presence of the swimming coach, Hee Young, who becomes her rival for the attentions of Do Wook.


Sekarang tengah melayan drama neyh, bes..keh keh keh!! Masa episod O1, doktor perempuan tue kena buang keje sebab dia jujur. Huh! Apakah?? Besarnya pengaruh senior doktor kat hospital yea. Kesalahan yang dia buat, tapi xmengaku. Pastu cakap kat keluarga pesakit yang harapan untuk warisnya sembuh xde..arghh~ xadil.


Bila tengok drama neyh, aku rasa takut la pulak nak gi operate tangan aku neyh..serammm!!

Nota Kaki Ke-1 : Benda bulat kat tangan aku tue nanti yang doktor nak belah. Scary betul memikir..haihh~~

Thursday, November 25, 2010

~~Melucu~~




Ketawa je seharian kat ofis arini. Nak cakap bos xde kat ofis, ada je beliau kat meja depan. Tapi arini kami buat macam ofis milik kami semua. Semua pekerja ada pegang saham dalam syarikat..bahaha!! Mood sporting kot harini, lagipun semua keje dah setel.



Kan kami semangat nak mengkurus, jadi masing-masing neyh cakap kena ada benda peransang supaya kita lebih bersemangat nak mendiet ketat-ketat. Aku punya kain untuk buat baju kebaya belum hantar taylor lagi. Jadi aku tulih kata-kata peransang yang boleh buat aku bersemangat waja untuk mengkurus.



SAYA MAU KURUS SAMPAI MUAT KEBAYA NEYH
DADA + PINGGANG + PINGGUL =
NAK MACAM SALOMA.
Kah kah Kah..BOLEHKAH??? =))

Sunday, November 21, 2010

~~Terengganu Punya Hal~~


situasi d sebuah kedai jual keropok (terengganu)

aku : letak dalam plastik yea..

penjual 1 : oke....

penjual 2 : td mintak isi dalam 'supik' yea??

aku : pandang muka penjual tue, fikir supik tue ape?? **blurr**

penjual 2 : 'supik' (sambil angkat beg plastik)

aku : haaa..yea laa, plastik..cehh PLASTIK ropenya!! ha ha ha~ =p



Nota Kaki ke-1 : Baru tau, nasi kunyit tue rupanya pulut kuning, aku ingatkan nasi goreng yang bewarna kuning..ha ha ha!!

Friday, November 19, 2010

~~Raya Korban Yang Best~~


Masa nak gi tengok lembu kena sembelih pagi raya tue aku terdengar perbualan m.cik aku dengan anaknya. Terasa lucu betul perbualan mereka neyh : -


Anak : Mama, nanti kat akhirat kita naik lembu ke??

Mama : Haihhh~bukan lah! lembu ni macam simbolik kenderaan masa kita kat alam akhirat nanti.

Anak : Owhh..abes tue kenapa kita sembelih lembu kalau kita xnaik dia??

Mama : Sebab kita ada kenderaan yang lagi istimewa kat sana nanti (m.cik aku pun xpandai nak terangkan cemana bagi anak dia faham.) hi hi hi.


**dulu pun aku fikir macam sepupu aku neyh jugak.. ha ha ha!!




Tuesday, November 16, 2010

~~Salam Aidiladha~~



Salam Aidiladha geng..Semoga beroleh keberkatan pada bulan zulhijjah neyh, pada yang berpuasa sunat, selamat berbuka diucapkan. Raya korban neyh banyak la daging, jadi sape-sape yang ada penyakit darah tinggi tue dinasihatkan agar kawal la sikit pemakanan anda di waktu perayaan nanti. Sekarang kan dah ada peti ais, simpan je dalam tue buat bekalan seminggu..cewahhh~ ha ha ha!! ^__^V pesanan yang sama ditujukan pada orang yang sedang berdiet ketat-ketat macam aku jugak (ketat la sangat!!), tapiiii aku rasa masa hari raya neyh xpe kot diberi peluang makan..nikmat tue, jangan ditolak, iye dakk?? keh keh keh!!


Lagi satu nak ingatkan, berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung halaman. Jangan tau nak sampai cepat nanti nyawa melayang sape yang merana?? Aduhai~~ Pastu masa nak tengok lembu kena semelih jangan pakai baju merah nanti kena kejar..ha ha ha!! memandai sungguh~

Oke la, akhir kata sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Xsabar nak tunggu daging buat masak kicap.. kah kah kah!! Aku cuti sampai hari isnin 22hb. Sila la berdengki..*wink**



Nota kaki ke-1 : Lukisan lembu tue amat berseni..kah kah kah!!
Nota kaki ke-2 : Aku dah dapat buku diari dari insurans..saje nak eksyen. :D :D

Wednesday, November 10, 2010

~~Milik Siapa Kuning Itew~~

Alahai tajuk yang xbole bla! Petang tadi, eh! tengahari tadi gi menggedik jalan-jalan cari makan kat Beserah mencari mee calong..ha ha~ macam xboleh nak ke bandar je membeli, nak jugak jelajah tempat jauh kan..xpe, nama pun menggedik..bukan tuan yang gedik tapi tekak tuan empunya diri yang gedik..layankan ajolaa~

Upppsssss!!..membebel pasal mee calong je kejenya! biarlaa~ mee calong bes..ha ha! MEE kan kaler kuning..tadi pun beli ABC jagung, kaler kuning..soooo no wonderlaaaa aku jumpa kereta KUNING~~macam xpernah jumpa benda-benda kaler kuning je kan?? tapi kereta kuning yang sangat menarik perhatian aku tadi, mula-mula masa bersebelahan buat xheran je, tapi bila kereta neyh dah bergerak kedepan baru aku rasa HAIRANNN!! =)

Apa kaitan KERETA KUNING itew?? apakah?? Apakah?? APAKAH?? owh malas nak mengulas panjang..mungkinKAH??? gerangannyaKAH???






Apa?? gambar kecik..alaa~klik kat gambo tue..nanti kuar la jin ajaib yang tolong buat penglihatan korang jadi terang..keh keh keh!!



*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*




nota kaki ke-1 : inikah TUAN empunya KUNING??? uppsss!!
nota kaki ke-2 : pinjam gambar dari Beautiful Nara

Thursday, November 4, 2010

~~TNB Drive Thru~~

Pagi tadi buat kerja luar sebab ada urgent nak kena gi bank. Aku gi dengan kawan seofis. Lagipun dia nak keluar buat urusan juga, jadi menumpang ajolaa~ :D senior admin kat opis tue pun mintak tolong singgah gi bayar bil kat TNB. Masa kat ofis lagi kakak tue cakap aku xpayah masuk dalam sebab kaunter TNB dah ada kat luar, keadaan blur-blur lagi sebelum keluar, tapi bila dah tiba kat TNB aku rasa JAKUN..har har har!!



JAKUN sebab aku ingatkan kakak kat opis tue maksudkan lain, rupanya pemahaman aku yang lain..keh keh keh! sungguh luar biasa sebab TNB dah ada drive-thru..aku terkekeh-kekeh ketawa sebab baru tau wujud kaunter cemini kat TNB. bahahaha!! aiseyyy nampak sangat xpernah gi bayar bil kat TNB. Biasanya aku bayar kat pos office je. cehhh! ketinggalan sungguh.



Tapi, pape pun aku suka la kalau semua jabatan pembayaran ada kaunter cemini, xpayah bersesak nak cari parking, tapiiiii kena bersesak beratur dalam kereta pula. Adoyaii~~bersyukur je la dengan apa yang ada, ye dakk?? :D


Wednesday, November 3, 2010

~~Sikit -Sikit, Lelama Membukit~~

Kling-kling..duit-duit..alahai, kan bes kalau dapat offer cemitu. Bukan nak puji diri sendiri, tapi aku memang disiplinkan diri supaya menabung jugak walaupun jarang-jarang mengisinya..ekekeke.. :D :D
Belum habis tahun, tabung RM2.00 aku neyh da FULL..wo ho ho!! walaupun tabung neyh murah tapi aku sangat sayang sebab isi dalam tabung neyh yang MAHAL..ha ha ha! aku rasa faktor penyumbang tabung neyh jadi penuh sebab m.cik aku yang selalu outstation kot. Bila dia xde kat rumah, dia bagi duit belanja, aku pulak ada duit seniri, jadi duit dia buat belanja jarang-jarang, balancenya la yang aku masukkan dalam neyh..he he he~ patutla aku rasa kaya. :))



nota kaki ke-1 : Nasib baik tabung neyh xpanjang, kalau panjang mesti sampai harini pn aku belum tentu boleh semelih lagi.. =))

Monday, November 1, 2010

~~Farmville Rozel~~

Zaman kegilaan main Farmville dalam fesbuk dah tamat. Aku dah pencen dari main game tersebut. Cukuplah berangan sampai awal tahun dulu..kebun anganan aku tue pun dah penuh dah. Kalau betul-betul jadi realiti sure sekarang aku jadi jutawan..pastu mesti nama aku tersenarai dalam carta top 10 jutawan malaysia, aku ditempat ke 5 teratas..kah kah kah!! tinggi menggunung impian bergelar jutawan ladang. :D :D tapi tue semua berangan..BERANGAN OKE!

Tapi yang nyata sekarang neyh aku jadi pekebun kecil kat sekeliling rumah. ha ha ha!! musim kebun aku sekarang neyh ialah menanam buah rozel. Mesti korang penah dengar kannn..aku panggil buah rozel neyh REBINA Malaysia. Rasa buah neyh masam-manis memang sebijik rasa rebina. Nak minum rebina masa raya?? boleeee..sila la datang beraya rumah ai oke. :) nanti xde la budak-budang yang datang beraya tue merungut macam dalam iklan rebina tue.."air sirap lagiii"... =)) alaa, selama neyh pun jarang hidangkan air sirap tau..kalau sirap pun mesti ada campo oren kee..limau nipis kee..yang nyata membuatkan sirap tue berubah dari rasa sirap sebenar.. hi hi hi~

Untuk makluman, pokok rozel neyh bukan aku yang tanam, tapi mak aku yang menanam. har har har!. Aku rajen mengutip hasil je. Ingatkan kalau tanam xmenjadi, rupa-rupanya jadi..bijik benih neyh mak aku amik kat rompin..m.cik aku yang bagi masa kami beraya aritu. Lepas neyh dengar cerita nak tanam blueberry pulak..ada ke pokok blueberry kat malaysia neyh??..aku pun xtau rupanya cemana. Tah-tah mak aku saje je nk mengusik aku. Dia ingat aku caye la tue..ha ha ha..mak memang lucu, suka berdongeng tapi aku sayang mak aku..xoxo






nota kaki ke-1 : wajib mandi lepas amik buah neyh..pokok dia miang wooo~

nota kaki ke-2 : Buat jus bes. Rasa air yoget. Sape yang xsuka yoget memang la cakap xsedap. =p

Thursday, October 28, 2010

~~MengUBI~~

Hidup ubi..ba ha ha! gila je kan..balik keje tadi lepas amik kakak aku balik dari hospital, m.cik aku bersama maidnya sedang menggoreng kerepek ubi. Semangatnya mereka. Bagus!! he he..aku bole puji je, nak mengadap menda-menda neyh malas, dah la seharian sibuk kat luar. Berkejar kesana kemari..ahh, xbole nak join menolong. Harusnya aku tido..hihi :D tapi xlama pun diorang buat sebab dari petang lagi dah..mintak maaf yea xdapat nak tolong. Harini agak keletihan. Terima kaseyyyy~ =)





~~yg kiri neyh mesin penapis minyak & kanan neyh mesin pemotong~~
**rasa nak try potong keropok je** ha ha!!

Monday, October 25, 2010

~~DirgahayuTuanku~~

Oke malas taip penuh dramatik, mood malas nak gi keje sebenarnya..hihi, lewat sehari n3 neyh, al-maklumla cuti 3hari.. :) jadi amik point-point penting ajola..(penting la sangat. ha ha!!)
  • 22hb ialah masa aku balik ke Pekan. Kg Halaman yang memang xboleh dilupakan. Home suwit homes.. :))
  • 23hb hari sabtu, aku ikut member opis gi Istana Pekan. Sebabnya hari ahad 24hb tue hari Keputeraan Sultan Pahang, Jadi ramai la bakal-bakal Dato yang nak amik pingat darjah kebesaran. Masa neyh diorang buat raptai dulu sebelum terima pingat bebetul.
  • Aku menyibuk kat sana sebab nak cari "ayah gula" sorang dua. ha ha ha!! xde niat langsung weyh..yeyekkk!! Oke tujuan aku masuk istana tue sebab open table serahkan borang bakal-bakal Dato neyh masuk Persatuan. Persatuan Dato-Dato Malaysia. Cewahhh~
  • Suka la tengok gelagat para Dato neyh. Ada yang lucu, seriyes, yang bes muka xpercaya pun ada jugak..ha ha ha!!
  • Biduan/Biduanita yang ada masa neyh Datin Rosnani Jalil, yang penerbit filem tue, pastu yang lelakinya pulak Mustafa Maarof, yang pelakon klasik emsem-emsem tue. :))
  • Tue ajola yang aku kenal, yang lain hmphhh haramm. he he
  • Disebabkan Hari Keputeraan Sultan Pahang kan, bandar Pekan pun berubah wajah..aku rasa macam ada kat Shah Alam je. Ada Pokok Lampu-lampu macam kat ICT tue..ha ha!! kalau aku tau kat pekan pun ada, xyah aku amik gambar dgn pokok tue masa gi ict dulu. Oh lupa, dulu jakun sangat..ngeh ngeh ngeh!!

  • 25hb cuti lagi.. :) masa neyh hari aku patut balik ke kuantan. Tapi sebelah pagi tue aku gi melawat ladang ubi kayu pulak. Neyh m.cik aku punya kerja la neyh. Dia cakap untuk buat industri kecil kat kampung aku. Nak suruh suri rumah ada side income, katanya laa..
  • Ingatkan dekat je tempatnya, ropenya jauh gile, lalu ladang kelapa sawit, ladang pisang, ladang betik, perkampungan orang asli, las sekali baru jumpa kebun ubi. Haihh.. menyesal ikut sekali. Neyh sebab percaya cakap nenek aku la neyh, dia cakap dekat je. hmphh..