Monday, June 20, 2011

~~Bako Aje~~

~~ dalam proses memBAKO.. :)) ~~


Teeeeeeeth..semalam mak aku buat lauk nenas campur ikan masin..aku xboleh makan..wuwuwuwu~pastu aku menggodek rak, tetiba teringin nak makan makaroni, bahan-bahan semua dah ada, tapi yang xbesnya kena taruk telur..aku pantang makan telur lagi sekarang, mak aku belum bagi lampu hijau lagi, tapi semalam mood nak makan makaroni bakar menggebu sangat, jadi balun ajelah. Aku siapkan bahan-bahan, xboleh makan banyak, sikit pun jadi la kan, jadi buat jugak..he he he!!

Aku dapat resepi dari MR.Google~ jom cekidaut resepinya (masih derhaka dengan resepi..heee)

3biji bawang besar ( aku pakai yang sedang-sedang je, aku isi lebih sbb suka bawang banyak)
3 ulas bawang putih
daging hancur (aku guna ayam)
1tin susu cair
mozarella cheese (neyh pun aku taruk banyak)
3sudu rempah kari ( tekak melayu mmg suka spicy2 sikit.)
sos cili & tomato
1cawan air
300gram makaroni ( rebus sampai empuk)
rempah oregano sikit.

Semua bahan-bahan neyh ditumis dulu, pastu baru masukkan dalam loyang untuk dibakar, tabur cheese banyak siket, panaskan oven 180deg bakar selama 45minit. :)

~~sebelum masuk oven, patut pakai cheese parut, tp aku pakai slice..ha ha ha~~

Ayah aku cakap muak, tapi aku rasa oke aje, sebab aku makan sikit je, lepaskan mengidam..hi hi hi..dia cakap aku taruk banyak sangat cheese, mungkin kot, tapi adik-adik aku cakap oke je, kalau guna daging lagi sedap.

Friday, June 17, 2011

~~Lepas Seksa Mengidam~~

~~ aku dah kacau nasi neyh, lupa nak snap pic masa dia dalam bentuk sempurna.. he he ~~

Yuhuuuu~air liur meleleh dah boleh lap sampai kering dah..tadi gi giant makan clay pot. Lepas operate aku xdibenarkan makan sebarangan yang xtentu hala, mesti makan nasi putih dengan ikan dan sayur goreng je, yang lain diLARANG sentuh. Seksa sebenarnya berpantang neyh, tapi sebab nak cepat baik nak xnak kena berpantang, tapi bagus jugak, untuk diri sendiri jugak kan, kalau sakit sendiri jugak yang kena tanggung.

~~tinggal kerak nasi yang keras-keras je~~

Kalau aku gi giant hypermarket aku suka sangat singgah makan kat kedai clay pot, dah kena mandrem agaknya!! ha ha ha~ erkk..xlahhh, aku cuma suka makan nasi dalam mangkuk tanah liat tue, ada aroma walaupun nasi dia tambah kicap je..he he he!! Sebelum neyh aku xboleh makan kicap, tapi mak aku dah bagi green light terus aku ajak kenkawan opis gi melantak kat sana, kebetulan pulak tadi gi beli barang-barang untuk pantry opis. Sedapnyaa~aku makan nasi ayam dengan ikan masin tadi...manyak syiokk~ ^__^V

~~ licinnnn~alhamdulillah kenyang :D :D ~~

Thursday, June 16, 2011

~~Xnak Tunjuk..Xnak Tunjuk~~

Heeeeeee..niat memang xnak tunjuk, tapi tulah kan! nak tunjuk jugak. Hari neyh dapat duit..wuwuwu~alhamdulillah, rezeki anak-anak, cewahhh~ maksudnya ANAK TEKAK sebenarnya.. keh keh keh!! Petang tadi agen insurans nak jumpa aku, dia nak bagi cek. Aku dapat cek elaun duduk hospital, kan baru-baru neyh aku kena admit, jadi hari neyh dah dapat la elaunnya, tue lah untungnya ada insurans. Aku tau, ramai orang beranggapan insurans neyh xpenting, tapi bagi aku ianya sangat-sangat penting. Ulang semula, sangat-sangat penting. Sebab apa aku cakap cemitu?? sebabnya mudah je, insurans ialah perlindungan..menjadi pelindung jika kita mengalami kesusahan..Memang waktu kita xsakit, xterlintas langsung nak amik insurans, bila dah sakit baru lah mencari-cari sumber yang boleh menampung perbelanjaan perubatan, baru lah nak mencari insurans yang terbaik untuk diri sendiri. Bagi aku, insurans neyh salah satu kesenangan maksudnya kesenangan semasa kita berada dalam kesusahan. Ibarat kata orang, kita nak cari kawan untuk bersuka ria memang senang, tapi mencari rakan yang nak turut merasa derita, memang xde..biasalah lumrah manusia, yang bahagia je diorang nak, part derita xnak. Siapalah nak derita kan, betul x?? bagi free pun xnak..jadi beringatlah, hidup kita neyh janganlah bertongkatkan langit, fikirkanlah nasib sendiri, kita juga ada ujian/cabaran hidup tersendiri.

~~ Ada dua medical card, 1 insurans ofis & 1 lagi yg personal. :D ~~

Macam aku sendiri pun, timbul kesedaran amik insurans sebab aku fikir, insurans neyh macam simpanan jugak, so disiplinkan diri aje untuk menyimpan, memang lah dia xmenguntungkan, tapi bila kita sakit dan tiba-tiba perlukan satu jumlah wang yang sangat besar, dalam simpanan pun xsampai lagi ke angka yang kita perlukan, siapa yang akan tolong kita masa neyh?? saudara-mara?? nak mintak-mintak?? aku yakin, kalau bab nak pinjam duit, kadang-kadang saudara-mara pun "lari-lari" aje, jadi eloklah kalau kita beringat sebelum terkena..amik masa umur muda neyh xbanyak sangat kena bayar premium bulanan, memang mampu lah, cuma nak xnak aje. :) Tengok situasi sekarang, aku sendiri pun xjangka akan kena appendiks, tau pun bila sakit je..Owh dah banyak membebel, akhir kata..tepuk dada tanya selera. \(^__^)/ peace!!

Wednesday, June 8, 2011

~~Kedai Datin Wannabe~~




Baru balik dari makan malam..ho ho ho!! Dinner steamboat tadi, m.cik aku ajak keluar merasa steamboat arang, kawan datinnya baru buka kedai. Hujan sangat-sangat lebat masa makan tadi, jadi situasi nyaman lah sebab sejuk, kalau x, mesti peluh turun macam air terjun, al maklumlah makan mengadap dapur arang neyh tadi. Mengikut cakap m.cik aku, kedai kawannya neyh buat steamboat ala-ala kat bangkok. Aku neyh xpernah lagi gi Bangkok, jadi macam jakun la sikit tengok cara steamboat kedai dia neyh. ha ha ha!!





Sekarang tengah promosi, RM18.OO seorang, bagi aku steamboat cemini xberapa bes..ha ha ha!! sorry, tekak aku xboleh nak terima, mungkin sebab aku dalam proses berpantang lagi kot, xboleh makan sos, jadi meloya-loya..bleghhh!! tadi pun aku makan nasi goreng halia je, pastu amik la isi ayam sikit..xboleh nak layan dah, dan dalam hidangan dia tue pulak ada daging kambing, lagi lah aku xmakan..nasib baik xmakan banyak, bagus jugak kan,malam-malam kena diet sebenarnya, tapi sebab m.cik aku dah beria ajak keluar, layan je lah. he he he

Monday, June 6, 2011

~~Glamor macam Korea!!~~

~~ Beli 2 barang, dapat free gif pn 2barang, kan seronok membeli belah kalau banyak yg free.. keh keh keh!! ~~

Kauuu..dah lama aku nak menda neyh, dulu xlayan mekap sangat kan.. sekarang neyh terlampau melayan la pulak..kekekehhh =p tadi aku kena tinggal sensorang kat opis sebab pekerja lain semua gi alamanda eh silap..gi putrajaya lalu singgah gi alamanda..hahaha!! tujuan diorang semua sebab nak gi hantar tender, kan aku kena tunda mc sebab siapkan tender sebelum neyh, semua sebab neyh laa.. =p Tau x ape yang aku nak sangat tue, ia adalah BB cream dari etude house. Kalau ikutkan banyak je produk kosmetik lain yang keluarkan BB cream, tapi aku tetap nak etude house punya, sebab apa aku nak sangat?? sebabnya ialah kecomelan produk dan duta produk tersebut yang memukau..wink wink** bekas BB cream etude house neyh comel, pastu model korea pun comel jugakkk..tergugat nafsu~bleghhh =)

~~ Nak bibir orennn..tapi pipi yg jd oren..ha ha ha!! Aku edit yea, xsanggup pakai blusher glamer-glamer sangat. :)) ~~

Sebelum neyh dah lama aku tau pasal BB cream, tapi abaikan aje, tapi bila mengoogle maklumat BB cream neyh terus aku teruja nak cuba, rasanya kalau etude house ada jual kat kuantan neyh dah lama aku berlari gi sana..hua hua hua!! aku teruja bila dapat tau respon positip dari semua orang yang pakai produk neyh..dari segi jenis kulit, aku rasa aku xbermasalah nak cuba. BB cream neyh produk dia 8 in 1..wowww~kalau pakai cream neyh, dah xpayah aply pelembap + sunblock sebab dah ada kat dalam tue, beg aku pun dah xbersepah dengan cream dan pelembap lagi.. he he he!!


~~Ada orang cakap seiras..ha ha ha!!~~