Friday, September 21, 2012

~~Rasa Hati~~

Assalamualaikum dan hai. :)


Kadang-kadang aku rasa aku macam hipokrit. Hipokrit dengan diri sendiri. Aku pernah janji dengan diri sendiri akan berubah menjadi yang terbaik dimataNYA. Tapi sampai sekarang aku masih lagi belum betul-betul istiqamah. Macamana nak betul-betul istiqamah bila lakukan sesuatu yea?? aku pun masih tertanya-tanya.Ya ALLAH, bantulah aku menjadi hamba yang mulia diamatamu, aku ada satu perasaan hendak berubah. Aku teringin nak memakai pakaian seperti muslimah. Aku nak pakai jubah secara berterusan, tapi bila tetapkan niat cemitu, secara xlangsung terus rasa ada satu suara akan cakap "alaaa kalau kadang-kadang pakai seluar pun xsalah" tue suara hati aku ke?? aku pernah bergurau dengan kawan-kawan yang aku nak berubah, nak jaga aurat, teringin sangat nak pakai setokin kalau keluar. Tapi tue laaa..hatiiiii!!! kenapa hati aku xrasa nak buat semua tue dengan ikhlas?? aku nak berubah. aku nak berubah. aku nak berubah. Bila aku nampak perempuan berjubah dan berniqab aku teringin nak jadi macam dia, tapi aku belum kuat. Aku cakap dengan kawan aku, kalau aku kurus, aku nak pakai jubah. Aku nak tutup semua. tapi dia ketawa je. hmph~~ aku suka tengok imej dena bahrin dia cantik kan. :D moga satu hari nanti aku dapat jadi macam dia.



Wednesday, September 12, 2012

~~Aku Dah Benti~~


Assalamualaikum dan hai. :)

Dari sehari-sehari tangan ni nak menaip tapi hajat xkesampaian, tapi harini aku nak jugak taip sebab aku rasa ni tarikh keramat kot! =P oke malas nak mengomel tulis panjang-panjang, meh nak bagitau cerita sebenar. heeee


Harini aku menaip surat perletakan jawatan, nak ulang lagi sekali, surat perletakan jawatan yea. Aku rasa dah masanya aku mengudurkan diri dari pejabat neyh, kalau ikutkan aku dah bekerja dengan p.cik aku selama 5tahun. 5 tahun yea korang, bukan lah satu jangkamasa yang singkat. Aku buat keputusan ni pun sebab aku rasa tahap kesabaran aku yang makin menipis dan aku nak elakkan perkara buruk yang boleh menjejaskan ikatan kekeluargaan. Jadi adalah lebih baik aku mengudurkan diri sebelum terjadi. Aku berserah segalanya kepada ALLAH SWT sebab bagi aku rezeki ada dimana-mana. Cukuplah aku menahan rasa selama tempoh aku bekerja neyh. Mula-mula salah faham antara rakan sepejabat, tue aku boleh tahan lagi, dah setahun pun perkara tue terjadi, untuk rapat macam dulu xkan dah kot, aku xsuka dengan hipokrit. Sekarang ni pun aku berhenti sebab aku dah xtahan dengan perkara yang diungkit oleh m.cik aku. tue penyebab utama. Oke dah lah, aku xnak cerita benda lama, bagi aku..aku dah memaafkan perkara tersebut, tapi untuk aku melupakannya tidak sama sekali. NEVER!






Monday, July 2, 2012

~~Geng Terawih Dah Kawen~~

~~semua single lagi, pilihlah nak yang mana. ha ha!!~~



##suatu masa dulu awal tahun 2000##
(bulan ramadhan)

:: assalamualaikummmm..alinnnn~alinnnn~
:: waalaikumsalam, woit dayah, nape?? :)
:: weyh jom gi terawih
:: tunggu jap, aku gi amik telekung, syatun nak gi x??
:: tahhh~

ni la antara perbualan aku dengan kawan aku kalau permulaan bulan puasa dulu-dulu waktu sekolah, dan perkara ini jugak yang aku teringat bila dia cakap, dia akan kawen. =')
Kalau dulu dia selalu datang kat rumah aku, terjerit-jerit kat luar rumah panggil nak ajak gi terawih sama-sama, usha pakwe taman perumahan lepas siap moreh..upsss!! tapi lepas aku pindah duduk pahang, semua ni dah xde..hanya memori yang terpahat dalam hati tentang kenakalan waktu sekolah dulu-dulu. i really miss that moment.


Minggu baru ni aku menghadiri walimah beliau, seronok tengok kawan bahagia, dan aku seronok dapat berkumpul semula geng-geng jiran taman perumahan yang lama. Semua cakap aku nampak lain?? ape yang lain pun aku xtau tapi diorang kata, aku xkata ehh, mereka kata aku nampak cun. bahahhaha!! muntah??? =P


Jiran-jiran semua xkenal aku, ye la kot mungkin sebab aku jarang dah gi rumah aku tue, lepastu kalau gi pun cuma jumpa kawan-kawan aku tue je, mana gi jumpa jiran lama, memang sahih la mereka lupa kat aku ni. hi hi hi!! tapi ape yang boleh aku cakap..aku seronok. walaupun sedih sebab sorang kawan dah kena ikat, tapi aku seronok untuk meraikan hari bahagia dia. Congrats Nurul Hidayah Hamdan & Suami, semoga kalian diberkati sepanjang hidup berkeluarga dan berjaya menjadi isteri yang solehah. Aminnnn
**walaupun korang xboleh baca blog aku, tapi aku percaya kau rasa apa yang aku rasa ni untuk kau.** ^^V

Monday, May 28, 2012

~~Boleh Jadi Cermin. =P~~




Jumaat lepas, m.cik aku baru balik dari obersi..dapat bag macam cermin..uhhh!! aku nak coach, coach pelis..tapi apekan daya, orang dah beli..amik je la..huhuhu, dia cakap sekarang ni kat malaysia brand ni baru bukak kat Pavilion, kat klcc pun xde lagi. Aku terima ajelah walaupun aku xpernah dengar nama micheal kors neyh. ha ha ha!! tapi aku xberminat 1perkara tentang beg neyh, nak tau sebab ape, beg ni xde zip. Xde ciri-ciri keselamatan langsung. Kalau aku la yang beli beg, mesti aku xkan beli beg yang xde zip ni, sebabnya aku ni biasa la, kalau letak barang dalam beg sure penuh sampai dah nak melimpah isi dah perasaannya. Tapi beg ni xde zip, terpaksa la aku hadkan barang-barang yang perlu diisi di dalamnya. Beg ni besar dan panjang sikit, sesuai la bawak gi kelas, letak buku banyak-banyak. ha ha ha!!


Masa m.cik aku bagi beg ni aku ingat ape kejadah la benda berkilat-kilat sampai ada pantulan cahaya, rupanya beg ni berkilat weyh..memang sesuai la buat cermin kalau kebetulan xsempat nak betulkan tudung. ki ki ki!! aku panggil beg ni beg cermin. Oke la kan..ada jugak dapat nama, nak sebut nama micheal kors tue rasa panjang bebeno. hihihi. Sempat la menggoogle rege beg ni. he he!! :)

Wednesday, April 25, 2012

~~Dapat Hadiah????~~



~~peserta wajib amik gambar bersama sumbangan!~~

Semalam cutii..sebab nak amik hadiah. aku berangan dapat yg kecik. rupenya dapat yg besar...hampa!! macam xlogik je dapat yang besar kau rasa hampa kan..kiki, bukan ape, aku nak yang sederhana je, xnak la yang besar melampau. Kalau besar ni faham-faham je la, maintainance tinggi. Tau x ape hadiah yang aku dapat??aku dapat mesin 1 azam. Mesin nak membakery, aku mintak mixer dan oven. Sekali sampai je aku tengok kotak kayu gedabak besar. Aku xtau la nak letak kat mana bila dah sampai rumah nanti. Adoi laaa..aku baru bayangkan aku dapat barang yang aku idamkan, sekali jadi cemini terus otak aku xboleh nak fikir panjang-panjang. Nak je aku jual semula peralatan neyh tapi mengenangkan benda ni free jadi terpaksa la amik..nak mengangkut dah sekian, nak turun letak kat umah pun sekian la susahnya jugak. Las-las sekarang benda ni tersadai tepi dinding sudut rumah. Aku xtau nak guna cemana. huk huk! ingatkan boleh jadi tauke bakery, tapiii hampeh, kek pun xbancuh-bancuh lagi. wu wu wu~

~~muka je happy, tapi hati xsuka! sob...sob~~

~~Mak dengan m.cik aku suka sangat dapat mesin jahit. Ni memang idaman dorg~~

Tuesday, April 17, 2012

~~Adakah Erti Rindu Cemini??~~



Tadi bukak blog si datin, kawan fatin liyana..owh btw, sebelum tue nak bagi tau cemana aku boleh jelajah blog kawan si fatin liyana neyh, aku memang minat penulisan fatin liyana bukan sebab dia comel walaupun hakikat sebenar dia memang seorang mahluk Allah yang dicipta seindah kejadian dan kebesaran Allah S.W.T tapi aku suka idea dia. :) eh tersasar cerita pulak..heee. Aku dapat link blog dari fatin liyana dari private mesej yang aku hantar melalui fesbuk, ingatkan xdapat perhatian, tp alhamdulillah fatin reply. Big thank you fatin. yeayyyy. :D :D oke, cerita pasal kawan dia neyh pulak kebetulan jugak sebab aku tengok safiya tv 9 minggu lepas, ada story pasal keyakinan org plus size pada pandangan mata masyarakat luar. Dia sangat berkeyakinan dan xamik peduli kritikan orang. cemini la aku sukaaa..he he he!!




Oke tujuan sebenar bukanla nak mengulas pasal mereka berdua neyh, aku cuma nak bersetuju dengan pandangan si datin najah neyh tentang rindu..mood jiwang tetiba kan?? xpedulik laa, janji aku rasa pendapat neyh betul..hahaha!! kalau nak tengok cuba korang tekan sini. kalau setuju sila angkat tangan tinggi-tinggi.. :D :D



nak highlight sikit entry datin : -
Have fun with it, rindu itu datang tanpa kita duga . Kita tak boleh elak pon kan kalau rindu tu datang. Rindu tu jugak yang buat kita rasa nak nangis, pilu..sayu je kan (: Kerap kali najah rasa mcm ni, tapi Najah cuba buat teknik ni, Najah tenang sangat walaupun biarlah najah sorang yang rasa :) Maksud Najah, kawan2 najah yang Najah lama tak jumpa and terlalu rapat zaman belajar dulu kan . . You guys kalau rindu family yang jauh sangat sangat, cuba la . .Rindu yang ikhlas dari hati, kita sampaikan padanya, InsyaAllah. .Cuba la ye (:

nota kaki : psstttt..aku xbuat lagi, nanti aku try yea. ha ha ha!!

Wednesday, April 4, 2012

~~Buat PuFFFF, tapi daddy xdE! haha~~

~~siap piping, bersedia nak masuk dalam oven~~

1st time nak buat..semalam dah cari bahan-bahan, kali neyh yang kurang manis punya version..budak umah aku yang mula-mula buat, biasanya aku beli je puff neyh, tapi tau je la kann benda yang beli neyh kekadang sedap, kekadang xsedap langsung..aku tau budak umah aku reti buat puff neyh pun bila ofis dia ada nak buat majlis penyerahan projek, dia kena buat kuih, jadi dia buat kuih neyh..pastu dia buat pun sedappppp, jadi aku request dia buat lagi sebab aku nak makan puas-puas. :P


~~Dalam oven neyh, nampak x buih-buih tue??~~


~~Dah siap, panas lagi neyh!!~~

~~masa neyh dah masukkan kastard, inti la kiranya neyh :) ~~

Jadi dengan harapan yang tinggi menggunung aku sediakan bahan-bahan untuk siapkan puff neyh dengan harapan dia boleh buat..jadi dia buatkan..yeayyyy. :) nasib baik semua peralatan nak buat bancuhan adunan lengkap, jadi mudah la nak sediakan..heeeee. Oke lah, jom layan gambar, recipe pun ada kat dalam gambar neyh, nanti aku terangkan cara-cara nak buat oke. layannnn~

~~neyh la recipenya~~

Cara buat puff : mula-mula masukkan planta dan air, letak atas dapur dan masak sampai air dengan planta tue mendidih, bila dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung, kacau laju-laju yea untuk elakkan tepung tue berketul. Bila bahan neyh dah dikacau sebati, tuang bancuhan dalam mangkuk mixer untuk memudahkan proses menggaul dengan telur. Telur tue masukkan sebiji-sebiji atau sekaligus pun xpe. Pukul adunan sampai kembang. Bila adunan dah sebati dan kembang, masukkan dalam piping bag dan picit adunan dalam loyang pembakar. Boleh bakar dengan suhu 170deg sekama 20minit, tapi kalau oven korang jenis cepat panas, korang tengok je permukaan puff tue keperang-perangan pun dah boleh angkat.

Cara buat kastard : masukkan susu cair/segar, dan gula dalam periuk dan masak sehingga gula tue larut dalam susu, kemudian masukkan tepung kastard, gaul sampai pekat, bila adunan dah pekat boleh tutup api dan ketepikan, kalau puff dah siap boleh la dibelah permukaan puff untuk masukkan krim kastard neyh dalam perut puff tersebut, dan sedia untuk dihidangkan. yimmieeee!



~~makan puff sambil minum soya homemade, memang osem!! ~~

Tuesday, April 3, 2012

~~Akibat Degil, Akhirnya Memerut~~



Assalamualaikum..fuhhhhhhhh (tiup habuk! ha ha)

Semalam aku merajinkan diri lagi..tekak neyh terasa nak sangat makan ikan bilis goreng kering dengan taucu masin. yimmieeee. Kalau dapat makan dengan nasi panas lagi lah sedapnya tapi apakan daya, sekarang neyh aku tengah mendiet jadi menu nasi memang amat-amat xdigalakkan pengambilannya. Jadi aku makan dengan roti ajelah, tapi nak dijadikan kebetulannya, masa aku gi beli barang-barang neyh semalam, roti wholemeal gardenia dah abis, amik roti biasa je lah..janji kenyang. he he he!!


Semalam masa tengah sediakan bahan-bahan masakan neyh, aku terlebih masukkan cili api, dekat 25tangkai kot..wohooo~dah macam orang nogori je, housemate aku dah peringatkan tapi degil jugak, nak jugak masukkan banyak-banyak sebab lauk neyh, kalau lagi berapi lagi sedap..dan akhirnya aku terima padahnya..pagi-pagi kat opis neyh, toilet memang aku tempah awal-awal. Sekarang neyh pun duduk menahan lagi sampai hujung kaki pun sejuk-sejuk. Kalau mak aku tau neyh sure kena marah, xde membebel dah sebab aku pernah kena operate sebab apendiks. Takut la pulak bila fikir penyakit, kalau fikir sedap semua neyh pun dah xingat kan.. ha ha ha!!


Nak recipe x?? Amik neyh kalau agak-agak terliur. Tapi aku buat simple je. Selamat mencuba. :)

  • Ikan Bilis Halus **
  • Kacang Tanah **
  • Bawang Besar ##
  • Bawang Putih ##
  • Cili Padi ##
  • Taucu Masin
  • Minyak Jagung
  • Sedikit Kicap Manis
  • Sedikit Gula Pasir

~~ oh sebelum tue, sorry aku masak banyak semalam, jadi kalau korang nak nak buat, pandai-pandai la agak, aku buat dalam kuantiti banyak untuk stok dalam es box, kank kalau aku bagi kuantiti recipe yang aku masak semalam, korang yang pengsan, tp macam la banyak sangat sampai boleh buat kenduri je kan??? ki ki ki ^__^V

Cara-caranya : Panaskan kuali dengan minyak jagung (optional - guna minyak biasa pun boleh) dan goreng bahan-bahan yang bertanda ** sampai garing, angkat dan ketepikan dulu. Bahan-bahan yang bertanda ## tue di blenderkann sampai hancur. Bila dah hancur, tumiskan bahan yang diblender sampai naik bau dan garing kemudian masukkan sedikit kicap manis, gula dan taucu, tapi taucu jangan letak banyak sebab nanti masin..biasanya kalau aku masak sikit, aku masukkan 1sudu besar je..garam xpayah letak dah, tapi bagi mereka yang kuat tahan masin, masukkan la garam sikit. Bila bahan tumisan dah agak kering dan garing, masukkan bilis dan kacang tanah tue tadi, kacau-kacau sikit bagi sebati dan dah boleh angkat serta hidangkan dengan nasi panas, pasti terangkat. Mak mertua lalu pun xperasan. ha ha!!



Monday, March 26, 2012

~~Cubaan Apakah Ini??? Sampai bilakah???~~

Ya Allah, sesungguhnya aku sangat-sangat xmampu lagi untuk berhadapan dengan permasalahan cemini..susahnya hidup kalau tahap kebergantungan sangat tinggi..bukan aku xnak belajar bertatih dari mula, cuma keberanian berhadapan dengan risiko yang mungkin akan memakan diri sendiri yang buat aku takut untuk tempuhi ujian cemini..sumpah aku sangat-sangat stress dengan kerja dan orang disekeliling semasa waktu bekerja. Nak nangis rasanya...waaaaaa :'(

Setiap hari, kalau nak bangun pagi dan teringatkan pejabat, automatik!! automatik aku akan rasa mood terus down..fail terus rasanya nak berdepan dengan orang pejabat. Aku nak keje tempat lain pelisssss..sedih!! sedih!! dan sedih!!

Thursday, March 22, 2012

~~Burger stall style Aku~~


Assalamualaikum dan hai! :)


Wohooo!! super diet kembali..aku makan burger pulak oke..kiranya untuk elakkan muak terhadap makanan..hihihi, senang je nak buat..ringkas dan mengenyangkan. :D Aku cuma beli daging burger ramli tue je, nak buat sendiri guna daging hancur amik masa sebab lately aku agak kebizian dengan jadual yang xmenentu, ada je keje yang tergendala. biasa la tue kan..heeee ^^V


walaupun senang, aku tetap jugak nak letak recipe, mana la tau bukak blog tetiba teringin nak makan burger yang ringkas dan senang nak buat kan. :) Oke jom terjah recipe..


  • Sekeping Daging Burger Ayam (optional/ pape pun boleh macam daging kuda ke??) haha!
  • 4 helai daun salad romance
  • 2 Keping Roti Wholemeal (gardenia)
  • Sos Cili
  • Serbuk Lada Sulah
  • Bawang
  • Mayonis **aku xletak sebab dah stok dlm es box dah habis!
Cara-caranya : Goreng daging sampai masak, kemudian susun atas roti ikut kreativiti masing-masing. haha!! buat burger ala-ala mekDi pun boleh. selamat menTRYTEST. :)

~~dah siap pun bekal nak bawak gi ofis..aku bawak bekal sekarang, selain jimat belanja, jumlah pengambilan lemak aku sendiri yang kawal. :D :D ~~

Monday, March 5, 2012

~~Oat lagiiii..Jangan Boring! :) ~~

~~Bawang tue hiasan bidan terjun, sebab tema bawang kan..ki ki ki~~

He he he!! Assalamualaikum, Oke kali neyh aku nak share 1 lagi recipe yang boleh dikira sedap jugak la untuk tekak aku.. :) harini aku bawak bekal lempeng oat berbawang dan taucu ayam. Hari-hari oat kan, he he he, bukan ape, oat neyh tinggi serat jadi buatkan perut lambat lapar, aku bawak bekal 3 keping lempeng harini, stok sampai tengahari laa, biasanya cemitu lah. :D :D

Nah recipe, kalau nak try boleh la yea. :)

untuk lempeng oat seperti biasa aku akan buat lempeng biasa cuma tambah bawang je, pastikan bawang tue cincang halus-halus dulu yea, tapi kalau nak guna bawang kisar pun xkisah, tertakluk kepada tekak masing-masing. :)

Taucu ayam berfucuk.

1 keping fucuk goreng (biasanya ada jual kat kedai steamboat)
3 keping isi dada ayam*
1 sudu kecik taucu*
1 biji bawang besar*
3 ulas cili api (kalau nak pedas boleh tambah)*
Sedikit kicap manis
Minyak jagung untuk menumis (optional)
Sedikit garam (optional)


Cara-caranya : Hiriskan halus-halus fucuk goreng tue kemudian ketepikan. Kisar semua bahan yang bertanda * kemudian panaskan kuali, masukkan kesemua bahan tadi dan tumis sehingga naik bau, masukkan sedikit air dan perlahankan api..kalau boleh biarkan bahan-bahan neyh tadi masak dengan api perlahan supaya semua bahan dapat masak dengan sempurna. Masukkan fucuk goreng tadi dan biarkan. Bila dah hampir kering, masukkan sedikit kicap manis supaya ada warna sikit pada masakan. :) siapppp dan sedia untuk dinikmati. Aku xmasukkan garam sebab taucu dah sedia masin. Aku guna minyak jagung untuk kurangkan kolestrol, xpayah guna minyak yang banyak sebab aku masukkan air, bukan yang macam versi sambal nasi lemak tue. :))) selamat mencuba.

Friday, March 2, 2012

~~Menu Diet Yang Dimakan Dan Menjadi Amalan.~~




Sekarang aku masak seniri je, sebab aku nak kurangkan serba- serbi kekurangan pengambilan kolestrol, minyak, lemak, karbohidrat dan lain-lain makanan yang boleh menyebabkan kegemukan. Wahhh!! insaf rasanya kan..ki ki ki, tapi bila makan benda sedap mesti xingat dunia..oke harini nak share cara-cara untuk buat lempeng oat. Hanya guna oat 100% yea, owh sebelum tue, aku nak cite, sebelum neyh aku bukanlah seorang penggemar oat sejati sebab aku jadi cepat loya kalau makan oat. M.cik aku pun cakap oat tue sedap, aku akan tentang habis-habis, aku cakap oat tue meloyakan. Tapi bila dah setat diet neyh buat aku fikir panjang untuk pelbagaikan oat neyh, xkan oat neyh sesuai untuk isi dalam susu je kot..kan ada oat yang masak tue, so ada baiknya aku buat oat neyh ala-ala roti tue..kalau makan tortilla hari-hari pun boleh muak jugak kan..he he he..jadi ada baiknya aku pelbagaikan hidangan demi kesejahteraan perut aku. Oke neyh recipenya.

Lempeng Oat.

1 cawan oat ( kisar guna blender kering sampai jadi tepung)
Air Panas ( sukatan aku agak-agak je untuk diuli jadi doh)
Sedikit garam.

Caranya : lepas dah kisar oat tue sampai jadi serbuk macam tepung, masukkan dalam mangkuk dan masukkan garam sikit, pastu isi air panas dan kacau guna sudu dulu sebab air panas..pastu bila dah agak oat tue dah boleh jadi doh, korang uli-uli la dulu sebelum nak leperkan yea..oke selamat mencuba. Lepas dah leperkan guna kayu penggiling tue, panaskan kuali non stick dan masak macam korang masak roti canai segera tue. ha ha ha!! aku xpandai nak bagi tau cemana. Xpayah guna minyak yea masa masak lempeng neyh..biarkan dia garing. Hidangan neyh sesuai dimakan dengan butter jugak. Sedap oke. Yang dalam gambar neyh, aku guna inti seafood yang aku buat masa makan dengan tortilla tue.


~~Sedia untuk dibawa bekal ke ofis. walaupun kurang dari segi rupa, tapi rasa dia mengancam :) ~~

Wednesday, February 29, 2012

~~BergymBa-Gymba, Baca Bebetul!~~


Selama neyh selalu dengar aku nak diet je kan..memanjang kalau entry berkaitan makanan atau pape mesti terselit perkataan nak diet..wo ho ho!! sampai bila harus aku diet neyh??..sepanjang tahun azam yang sama tetap xmenunjukkan kesan keberkesanan hasil diet aku kan. Heeee..jadi kesimpulannya????? aku try gi gym pulak. Opppss sebelum tue, aku nak kenalkan, aku gi gym yang khusus untuk wanita sahaja. ingat tue, WANITA oke. he he he!!

~~Pic sebelum diet, tunggu la kesannya lagi sebulan yea, insyaAllah~~

Sebab apa tetiba terminat pulak nak gi gym neyh?? sebabnya aku dah penat menahan lapar, tapi tetap jugak xmenunjukkan hasil yang memberansangkan. Seriyes aku penat menahan perasaan lapar, dan menahan godaan..dulu dah pernah kurus tapi xboleh nak dikekalkan, tapi apa yang aku dapat lepas g gym neyh, kuncinya adalah menahan nafsu makan dan rajin bersenam..dan mental kena kental. Kental oke, sini aku nak huraikan apesal korang kena kentalkan semangat korang macam getah tue..eh getah tue kental ke kenyal yea?? ha ha ha!! ahhh pedulik laa, janji persamaan tue ada.


Pernah dengar x perkataan neyh?? "you are stronger than u you think" perkataan neyh pun dah tunjuk pasal mental..jangan cepat mengalah dalam apa jua benda yang kita yakin xmungkin kita boleh buat..sebenarnya kita mampu buat benda tue. Dalam proses menguruskan badan jugak kena ada pemikiran cemini, xde sebab yang boleh halang kita nak turunkan berat badan, tengok cite biggest loser pun dah tau kan..memang menangis gila babas xlarat nak buat senaman tue tapi akhirnya kita berjaya..tengokkk!! aku suka tengok cerita tue tapi kekadang jadi luar batasan jugak bila semangat down..pernah kan rasa cemini.. he he he!! tapi kali neyh memang aku janji dengan diri sendiri nak turunkan berat jugak sebab aku sayang dengan badan aku, kalau dari dalam kandungan kita dijaga dengan sempurna oleh mak kita, makan makanan yang berkhasiat supaya kita sihat, kenapa perlu kita pulak memusnahkan dangan senang??? fikirkanlah. :D :D


Oke dah banyak membebel, tekak pun dah kering (macam ala aku neyh bercakap kan) =P
sini aku nak share recipe yang aku makan untuk hari pertama permulaan mendiet aku. :) recipe inti tortilla je la yea sebab aku beli tortilla yang dah siap kat giant. cuma buat inti je. he he he masak sendiri boleh kurangkan pengambilan garam dan minyak dalam masakan tue kan..betul x?? jangan malas oke. Nak kurus kena rajin. :)



Inti Seafood tortilla.

1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih
3-4 ekor udang
isi ayam (aku letak nugget ayam)
lada hitam sikit (kalau nak pedas boleh lebihkan)
2-3 ketul tauhu kering (potong halus/hancurkn)
1 tiub tauhu telur (optional)
2-3 keping daun salad
garam secukup rasa.


*semua bahan-bahan neyh kecuali daun salad, cincang halus dan goreng sampai kering. Gunakan minyak sikit je, pastu letak air dan perlahankan api.* recipe sangat simple tapi sedap dan sihat. :) nak diet cubalah. :) aku xguna serbuk perasa sebab dalam nugget dah sedia ada serbuk tersebut..makan bebanyak nanti botak kepala woo.. :P


*****************************

neyh aku jumpa dalam fb (susu sejat) . just for sharing. :)



Hi SS! I think you will like my contribution. I share from a friend, it was originally written in Chinese, so I am translating here for you.

This is a full body scan from a lady weighing 114kg, while the other lady weights 55kg. If this is not a motivation for weight loss, I don't know how else to convince you!

This is about health, longivity and the danger of obesity!!
...
Look at the size of the intestines and stomach area; Look at how the leg joins are pressured together; See how large the heart became; Most importantly, look at the size of the fat covering the brain area!

This is about your health from inside to outside, and not about clothing size!!
If you are still being ignorant and not watching your diet, you will let your friends and family members worry for you!

Tuesday, February 28, 2012

~~KarakokeokEkokekeoQ~~




Semalam melalak sampai abis suara..malam semalam semua artis rasanya aku nyanyi..termasuk lagu hindustan..kau boleh?? ha ha ha!! sebenarnya neyh adalah 1st time sepanjang aku masih bernyawa di dunia masuk dalam karaoke. Sebelum neyh macam xberminat sebab aku tau suara aku xbes.. ha ha ha!! sebab tue la aku macam rasa segan nak gi karaoke walaupun tempat tue ada bilik khas yang lebih privasi.



Sebelum neyh pun kalau ada kenduri kawen, sesetengah majlis ada DJ yang pasang lagu pengatin tue kan, aku akan dipelawa bernyanyi sama dengan sedara-sedara tapi aku still segan..aku rasa suara aku xbes, nyaring dan pitching lari laju-laju kalau aku menyanyi, yang aku mampu hanya ikut diorang menyanyi dalam hati je laa..xpun nyanyi slow-slow biar orang xdengar. ke ke keh =P


Tapi semalam tah macam mana, budak-budak rumah sewa aku semua stress, nak menjerit dalam rumah nanti takut jiran dengar, diorang risau pulak..xpun akan mengggangu ketenteraman orang yang dah nak tido..last-last cecepat bersiap nak gi karaoke..tapi bukan la karaoke jamban tue yea..aku nak karaoke bilik, selesa sikit..kalau masuk karaoke jamban tue, sampai mati pun aku xmo masuk dalam tue..hi hi hi. At the end, aku paling kuat melalak walaupun mula-mula macam malu-malu pussycat the boots nak nyanyi.. ha ha ha!! lagu hindustan la paling happening sebenarnya. ha ha ha!! miss the moment, dan buat aku rasa akan menjejakkan kaki ke pusat karaoke tue lagi. :D :D





~~lagu Hindustan yang paling happening aku nyanyi walaupun selalu salah lirik. LOL!!~~

Monday, February 27, 2012

~~Jumpa Siti Nurhaliza, Tapiii~~




Haaa..neyh nak cite sikit, meh la sini cepatan (cewah keluar dialek indon plk!)..smlm ada event untuk pelacaran produk simplysiti kat megamall kuantan..aku neyh main redah je mula-mula masa gi mall tue, dan xtau la pulak ada pelancaran produk neyh..mak aihhhh~nasib baik orang xberapa ramai, tapi yang membuatkan aku eksaited sebab aku tengok kulit diaaaa..mulus sangat-sangat, macam xde liang roma langsung untuk bulu roma menepek kat muka. hi hi hi, macam telur rebus. ha ha ha!! tapi seriyes, lawa. ^__^


Kalau orang ramai cakap kulit cantik diibaratkan macam kulit telur, tapi aku nak ibaratkan dengan telur jugak, tapi telur rebus yang dah siap dikopek kulitnya. hi hi hi, aku tengok kulit siti nurhaliza semalam xde la dekat sangat tapi kira macam boleh nampak la kan, dia memang cantik..owh sebelum aku melalut dengan lebih panjang, berkenaan dengan produk baru yang diperkenalkan semalam, aku ada baca review tentang rahsia formulasinya, iaitu terdapat plant endrorphin, tugasnya untuk membangkitkan mood gembira, means kalau pakai pelembap neyh dia akan meransang mood kita supaya sentiasa rasa gembira walaupun kita tengah stress..eh betulke?? kalau nak tau kena cuba. Kalau nak tanya aku..aku sendiri pun xcuba lagi sebab pelembap muka aku ada lagi kat rumah. Malas nak campur-campur pakai produk utk skincare neyh. :D :D


Siapa-siapa nak beli bolehla dapatkan kat watson @ guardian @ mana-mana kedai yang jual produk skincare (ceh promot!) ha ha ha!! dan kalau xsilap aku, harga untuk pelembap neyh RM 49.90 kot. heeeeee Oke lah, nak share muka siti yang comei tue. =P




*****************************************


Masa hari Sabtu aritu, m.cik aku ajak gi beli ikan kat tepi pantai..wuhuuuuu~bunyinya menarik, aku pun setuju nak ikut dia, bila dah sampai ke lokasi, aku tengok suasana xmacam pasar pun, jadi aku tanya la, mana orang jual ikannya?? m.cik aku boleh pulak cakap, kat sini mana ada pasar, kita kena tunggu orang yang baru balik dari laut la untuk beli ikan..OOooooo, aku ingatkan ada pasar jual ikan kat tepi pantai tue. he he he..


Sepanjang duduk nak menunggu ikan tue, sempat la kami neyh berkelah..sesaje makan nasi kat tepi pantai..syok je, angin xreti bahasa meniup lalu menerpa ke muka. ha ha ha!! biasa la tue kan, nama pun tepi pantai, memang angin kencang la yea. =P bila dah kenyang tue, aku tengok bot xnaik lagi, jadi amik keputusan untuk berjalan-jalan kat gigi pantai tue, kebetulan sepupu aku nak cari kulit kerang, nak bawak gi sekolah untuk seni nanti...syokknya la kan kalau rumah dekat dengan pantai, aku ingat lagi masa aku kecik-kecik sekolah rendah dulu, cekgu pesan suruh bawak batang pisang pun aku xde..sebab rumah aku xde tanam pokok pisang punnnn..sedih, tapi nasib baik kawan aku bawak..hi hi hi

~~gigi ketam neyh macam arnab kan?? ada 2ketul! ha ha ha!!~~

~~wuarghhhh!!! (jerit macam hantu terjah tue oke. =P )~~


Masa berjalan-jalan kat gigi pantai tue, aku jumpa ketam..(eleh ketam pun kecoh!) tapi seriyes memang aku nak kecoh pasal aku boleh tangkap ketam yang duduk kat tepi laut, bukan yang dalam laut tue, he he he..bangga wooo~berkejar-kejar aku dengan sepupu aku dengan ketam tue, abis seluar basah sampai lutut, dah la xbawak seluar spare..lantakla kan, janji dapat ketam...yeayyyyy..aku dapat ketam besar jugak..p.cik aku cakap ketam yang aku tangkap tue biasanya orang buat umpan..kesian ketam tue jadi habuan kami neyh, berbuih-buih mulut dia bila aku letak atas darat..las-las mati. kejam ke???? hEEEEE =P

~~Dah mati baru berani nak posing-posing..ha ha!!~~

Friday, February 24, 2012

~~2nd Trial~~

~~Tag lebih masa buat cupcakes utk pertandingan tue~~

Selepas membeli nozzle baru kelmarin, semalam baru aku rasa ada mood untuk menyambung step yang seterusnya. Misi nak buat ELMO tapi xjadi pasal aku terlebih teruja untuk mencuba nozzle bunga. Bunga ros yang mekar gitew..hi hi hi. Kebatulan pulak besday adik aku esok, sedang elok la neyh. (kononnya!)

Rasa macam mood malas nak menaip/bercerita je..he he he~ tengok gambar je la yea. :D


~~Sebab ape kaler biru???~~
sebab kaler neyh je yang aku bawak dari rumah! ki ki ki


~~ha ha!! nampak x lubang yang xdapat ditutup sepenuhnya tue??~~

Monday, February 20, 2012

~~Menang??? Kikiki~~


Ingat lagi x baru-baru neyh yang ada aku story pasal pertandingan. Alaa yang masa cuti Maulidur Rasul tue, tapi ceritanya baru bermula semalam..ehh kalau x ingat entry mana satu, korang scrool la kebawah heeeee =P. Memang lah kalau nak diikutkan pertandingan tue masa cuti Maulidur Rasul aritu, tapi disebabkan orang-orang kampung ada kesulitan jadi acara terpaksa la di posponed pada tarikh yang dipersetujui. Ye la kan, benda-benda cemini kena ada kesepakatan nanti xde orang pulak yang join pertandingan tue nanti kan?? he he he.

~~Kek Pandan, Krim pun tonggang terbalik sebab mengantuk~~

~~Hadiahhhh..aku punya 1kotak je, yang lain-lain tue mak aku punya. :D ~~

Aku neyh masuk pertandingan tue tujuannya saje je nak meramaikan umat, lagi pun dah lama sangat aku tengok nozzle aku duduk terperap je dalam rak..kek memang selalu buat tapi keje nak memicit krim tue macam buat aku lemah semangat kejap bila memikirkan pinggan yang akan aku basuh nanti. he he he~ aku kalau bab buat sepah memang no 1, tapi bab mengemas jadi malas melainkan aku ada mood. Adik aku awal-awal lagi dah kasi warning suruh basuh sendiri perkakas yang aku guna untuk buat kek..ha ha ha!! dia pun malas sebab susah nak basuh krim kalau dah melekat kat pinggan.

~~neyh masa mak aku sibuk buat gubahan, dia buat udang..berbakat jugak mak aku neyh..haha!!~~

~~Geng mak aku yang turut serta dalam pertandingan tue.~~


Masa hari pertandingan tue kalau ikut pada perancangan aku nak buat kek coklat tapi yang malangnyaa mak aku dah buang serbuk koko aku, dia cakap dah expired tapi dia lupa nak bagi tau aku yang dia dah buang..adoiii cemana nak buat kalau barang utama xhadooo~ tapi nasib baik kek neyh boleh pelbagaikan perasa..aku buat perasa pandan. Alhamdulillah menjadik pun. Yang besnya kalau orang mintak recipe, aku xtau nak bagi sebab bahan-bahan tue aku main bantai letak je..ha ha!! Aku pun xpernah buat kek pandan, tapi mengenangkan barang xde neyh tadi, aku tawakkal ajela...dan yang terkejutnya, aku johan!! JOHAN???? its sooooo surprised. Tue la rezeki namanya kan. Alhamdulillah. Aku kena gi daerah pekan pulak bulan mac neyh nanti..kalau ikutkan tarikh yang diberitahu 1ohb nanti..kita tengok la pulak cemana nanti yea.


~~Selesai. Gambar aku xde sebab aku join diorang masa orang dah nak balik rumah. hi hi hi~~