Thursday, February 20, 2014

~~Petani Moden ke??~~

Assalamualaikum dan hai. :)

Betulke bunga rose susah nak tanam?? bagi aku xdelah sesusah mana. Pokok ni macam orang jugak, cukup makan pakai maka sempurna la dia, pokok pun, cukup baja & air, pertumbuhannya cemerlanglah. Sekarang aku ada hobi baru uolss. Aku mula berjinak-jinak dengan pokok rose. Minat sangat kat pokok ni. heh heh. Waktu terjebak dengan pokok ni bila ada satu ari tu mak aku nak singgah nursery bunga sebab nak cari baja ke ape tah, lupa dah. Sekali masuk je kat nursery tu aku dah terpikat dekat pokok rose yang dia jual. Masa tu duduk pegang-pegang je bunga tu, lepas pegang aku cium, pastu duk angkat-angkat pasu pulak. ha ha! mak aku tanya "nak ke??" aku sure la cakap, NAKKK! mak belanja, sape xnak. Jadi beli la 2pasu. 1 ikut pilihan aku, 1lagi pilihan adik aku. Dari permulaan tu la aku duduk start  mengusha nursery sekitar bandar Kuantan ni. mihmih

~~Ni pokok 1st mak belanja. hihi~~
Sekarang aku dah ada informer baru. Tauke nursery kat sini bila ada je sampai pokok baru, mesti dia call aku. Tapi yang aku xpuas ati sikit sebab aku xboleh nak oder sekali dengan dia. Tauke tu cakap, bunga ros xboleh pilih, kena ikut je ape yang dia hantar. Aku tanya jugak tauke tu amik pokok dari mana, dia cakap dia import dari thailand. Ceh aku ingat jauh sangat.  Aku teringin pokok rose macam kat oversea tuh, gila la pokok diorang, semua bunga besar-besar. Seriyes cantik!

~~Pokok kedua yang aku beli sendiri~~
Dalam tempoh masa dari hujung tahun 2013 sampai ke harini, jenuh jugak la aku cari maklumat tentang tanaman ni, pastu aku ada jumpa satu website ni yang jual medium rose & baja power untuk tumbesaran pokok. Aku add dia thru fb, dan secara xlangsung dia jemput aku join kelab penanam rose tegar. Fuyooooooooooooooo!! masa tu aku rasa happy nak melompat sebab bukan aku sorang yang minat bunga nih. Alhamdulillah ditemukan dengan rakan-rakan seantero malaysia. kihkih

~~Koleksi pokok kat pasu depan tu haa~~
Dekat group tu aku start kenal kawan-kawan yang banyak bagi tips tentang tanaman pokok, penjagaan pokok masa musim panas, musim nak balik kg, macam-macam lagi lah. Seronok. aku kekadang jadi silent reader je baca post sifu-sifu rose dalam tu. Kalau ada pertanyaan baru la aku menepek post kat dalam tu. hiiii

~~Ni sebahagian yang sedang bloomm~~
Cerita pasal rose ni bukan takat aku beli rose kat nursery je, pernah jugak aku beli pokok thru post. Aku semangat tengok pokok rose sifu-sifu dalam tu sihat membesar bak juara. Masa aku beli pokok melalui penghantaran pos tu, aku dapat pokok yang xberapa cantik sangat. Pokok dah kena black spot. Hampa sikit lah sebab baru beli, terpaksa togelkan semua daun sebab dah kena serangan penyakit. Lepas je dari tu, terus aku rasa nak gi sendiri je nursery tu untuk pilih pokok rose. Kali kedua, aku kirim pokok dengan kakak dalam group yang sama-sama asal dari kuantan, kali ni pokoknya aku puas hati. Sihat dan dah berbunga pun sekarang ni. sukasuka!

Okelah, aku rasa dah panjang sangat cerita pasal pokok ni, aku ada keje sebenarnya tapi cilok-cilok update belog. hewhew. Next entry aku share link penjual pokok rose yang aku beli hoccay. bai. :)

~~Arnab adik aku, tinja diorang ni pun boleh buat baja, jimat duit aku. mihmih~~









Wednesday, February 19, 2014

~~Cerita Setahun Lepas~~

Assalamualaikum dan hai. :)

Cerita ni dah lepas kot. hujung tahun 2012 lagi, dan menjadi asbab permulaan post untuk tahun 2014, jadi aku publish jelah. kiki. Cerita ni masa aku baru 2hari masuk keje. Rasa pun macam baru nak mengenal kawan-kawan baru, persekitaran baru. Walaupun hati rasa xbape bes lagi nak join staff retreet ni, tapi redha jelah nak buat cemana. muahaha!

Dah jom layan gambar. Masa ni kat Bukit Gambang Resort City. Kena bermalam dan tema dinner masa ni agogo. Pakai baju kurung riau polkadot sudah, sebab xsempat nak mencari baju. Gambar xhado malam tu, xde mood nak amek.

~~ni kenkawan 2hari kenal, sekarang dah jadi berhari-hari. Eh!~~


~~ni lah orang besar azrb, xtau lah kembar ke x, tapi seiras kan??~~

~~ni lagi~~





~~can u spot me?? haha!~~



~~Rumah krim. yang lazat berkrim~~


~~Semangat nak main lari dalam guni. Hahaha!~~



~~ nampak x sebenarnya xde kerjasama. =P ~~

~~bukan lelakians yang dispot hoccay!~~