Thursday, November 25, 2010

~~Melucu~~




Ketawa je seharian kat ofis arini. Nak cakap bos xde kat ofis, ada je beliau kat meja depan. Tapi arini kami buat macam ofis milik kami semua. Semua pekerja ada pegang saham dalam syarikat..bahaha!! Mood sporting kot harini, lagipun semua keje dah setel.



Kan kami semangat nak mengkurus, jadi masing-masing neyh cakap kena ada benda peransang supaya kita lebih bersemangat nak mendiet ketat-ketat. Aku punya kain untuk buat baju kebaya belum hantar taylor lagi. Jadi aku tulih kata-kata peransang yang boleh buat aku bersemangat waja untuk mengkurus.



SAYA MAU KURUS SAMPAI MUAT KEBAYA NEYH
DADA + PINGGANG + PINGGUL =
NAK MACAM SALOMA.
Kah kah Kah..BOLEHKAH??? =))

Sunday, November 21, 2010

~~Terengganu Punya Hal~~


situasi d sebuah kedai jual keropok (terengganu)

aku : letak dalam plastik yea..

penjual 1 : oke....

penjual 2 : td mintak isi dalam 'supik' yea??

aku : pandang muka penjual tue, fikir supik tue ape?? **blurr**

penjual 2 : 'supik' (sambil angkat beg plastik)

aku : haaa..yea laa, plastik..cehh PLASTIK ropenya!! ha ha ha~ =p



Nota Kaki ke-1 : Baru tau, nasi kunyit tue rupanya pulut kuning, aku ingatkan nasi goreng yang bewarna kuning..ha ha ha!!

Friday, November 19, 2010

~~Raya Korban Yang Best~~


Masa nak gi tengok lembu kena sembelih pagi raya tue aku terdengar perbualan m.cik aku dengan anaknya. Terasa lucu betul perbualan mereka neyh : -


Anak : Mama, nanti kat akhirat kita naik lembu ke??

Mama : Haihhh~bukan lah! lembu ni macam simbolik kenderaan masa kita kat alam akhirat nanti.

Anak : Owhh..abes tue kenapa kita sembelih lembu kalau kita xnaik dia??

Mama : Sebab kita ada kenderaan yang lagi istimewa kat sana nanti (m.cik aku pun xpandai nak terangkan cemana bagi anak dia faham.) hi hi hi.


**dulu pun aku fikir macam sepupu aku neyh jugak.. ha ha ha!!




Tuesday, November 16, 2010

~~Salam Aidiladha~~



Salam Aidiladha geng..Semoga beroleh keberkatan pada bulan zulhijjah neyh, pada yang berpuasa sunat, selamat berbuka diucapkan. Raya korban neyh banyak la daging, jadi sape-sape yang ada penyakit darah tinggi tue dinasihatkan agar kawal la sikit pemakanan anda di waktu perayaan nanti. Sekarang kan dah ada peti ais, simpan je dalam tue buat bekalan seminggu..cewahhh~ ha ha ha!! ^__^V pesanan yang sama ditujukan pada orang yang sedang berdiet ketat-ketat macam aku jugak (ketat la sangat!!), tapiiii aku rasa masa hari raya neyh xpe kot diberi peluang makan..nikmat tue, jangan ditolak, iye dakk?? keh keh keh!!


Lagi satu nak ingatkan, berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung halaman. Jangan tau nak sampai cepat nanti nyawa melayang sape yang merana?? Aduhai~~ Pastu masa nak tengok lembu kena semelih jangan pakai baju merah nanti kena kejar..ha ha ha!! memandai sungguh~

Oke la, akhir kata sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Xsabar nak tunggu daging buat masak kicap.. kah kah kah!! Aku cuti sampai hari isnin 22hb. Sila la berdengki..*wink**



Nota kaki ke-1 : Lukisan lembu tue amat berseni..kah kah kah!!
Nota kaki ke-2 : Aku dah dapat buku diari dari insurans..saje nak eksyen. :D :D

Wednesday, November 10, 2010

~~Milik Siapa Kuning Itew~~

Alahai tajuk yang xbole bla! Petang tadi, eh! tengahari tadi gi menggedik jalan-jalan cari makan kat Beserah mencari mee calong..ha ha~ macam xboleh nak ke bandar je membeli, nak jugak jelajah tempat jauh kan..xpe, nama pun menggedik..bukan tuan yang gedik tapi tekak tuan empunya diri yang gedik..layankan ajolaa~

Upppsssss!!..membebel pasal mee calong je kejenya! biarlaa~ mee calong bes..ha ha! MEE kan kaler kuning..tadi pun beli ABC jagung, kaler kuning..soooo no wonderlaaaa aku jumpa kereta KUNING~~macam xpernah jumpa benda-benda kaler kuning je kan?? tapi kereta kuning yang sangat menarik perhatian aku tadi, mula-mula masa bersebelahan buat xheran je, tapi bila kereta neyh dah bergerak kedepan baru aku rasa HAIRANNN!! =)

Apa kaitan KERETA KUNING itew?? apakah?? Apakah?? APAKAH?? owh malas nak mengulas panjang..mungkinKAH??? gerangannyaKAH???






Apa?? gambar kecik..alaa~klik kat gambo tue..nanti kuar la jin ajaib yang tolong buat penglihatan korang jadi terang..keh keh keh!!



*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*




nota kaki ke-1 : inikah TUAN empunya KUNING??? uppsss!!
nota kaki ke-2 : pinjam gambar dari Beautiful Nara

Thursday, November 4, 2010

~~TNB Drive Thru~~

Pagi tadi buat kerja luar sebab ada urgent nak kena gi bank. Aku gi dengan kawan seofis. Lagipun dia nak keluar buat urusan juga, jadi menumpang ajolaa~ :D senior admin kat opis tue pun mintak tolong singgah gi bayar bil kat TNB. Masa kat ofis lagi kakak tue cakap aku xpayah masuk dalam sebab kaunter TNB dah ada kat luar, keadaan blur-blur lagi sebelum keluar, tapi bila dah tiba kat TNB aku rasa JAKUN..har har har!!



JAKUN sebab aku ingatkan kakak kat opis tue maksudkan lain, rupanya pemahaman aku yang lain..keh keh keh! sungguh luar biasa sebab TNB dah ada drive-thru..aku terkekeh-kekeh ketawa sebab baru tau wujud kaunter cemini kat TNB. bahahaha!! aiseyyy nampak sangat xpernah gi bayar bil kat TNB. Biasanya aku bayar kat pos office je. cehhh! ketinggalan sungguh.



Tapi, pape pun aku suka la kalau semua jabatan pembayaran ada kaunter cemini, xpayah bersesak nak cari parking, tapiiiii kena bersesak beratur dalam kereta pula. Adoyaii~~bersyukur je la dengan apa yang ada, ye dakk?? :D


Wednesday, November 3, 2010

~~Sikit -Sikit, Lelama Membukit~~

Kling-kling..duit-duit..alahai, kan bes kalau dapat offer cemitu. Bukan nak puji diri sendiri, tapi aku memang disiplinkan diri supaya menabung jugak walaupun jarang-jarang mengisinya..ekekeke.. :D :D
Belum habis tahun, tabung RM2.00 aku neyh da FULL..wo ho ho!! walaupun tabung neyh murah tapi aku sangat sayang sebab isi dalam tabung neyh yang MAHAL..ha ha ha! aku rasa faktor penyumbang tabung neyh jadi penuh sebab m.cik aku yang selalu outstation kot. Bila dia xde kat rumah, dia bagi duit belanja, aku pulak ada duit seniri, jadi duit dia buat belanja jarang-jarang, balancenya la yang aku masukkan dalam neyh..he he he~ patutla aku rasa kaya. :))



nota kaki ke-1 : Nasib baik tabung neyh xpanjang, kalau panjang mesti sampai harini pn aku belum tentu boleh semelih lagi.. =))

Monday, November 1, 2010

~~Farmville Rozel~~

Zaman kegilaan main Farmville dalam fesbuk dah tamat. Aku dah pencen dari main game tersebut. Cukuplah berangan sampai awal tahun dulu..kebun anganan aku tue pun dah penuh dah. Kalau betul-betul jadi realiti sure sekarang aku jadi jutawan..pastu mesti nama aku tersenarai dalam carta top 10 jutawan malaysia, aku ditempat ke 5 teratas..kah kah kah!! tinggi menggunung impian bergelar jutawan ladang. :D :D tapi tue semua berangan..BERANGAN OKE!

Tapi yang nyata sekarang neyh aku jadi pekebun kecil kat sekeliling rumah. ha ha ha!! musim kebun aku sekarang neyh ialah menanam buah rozel. Mesti korang penah dengar kannn..aku panggil buah rozel neyh REBINA Malaysia. Rasa buah neyh masam-manis memang sebijik rasa rebina. Nak minum rebina masa raya?? boleeee..sila la datang beraya rumah ai oke. :) nanti xde la budak-budang yang datang beraya tue merungut macam dalam iklan rebina tue.."air sirap lagiii"... =)) alaa, selama neyh pun jarang hidangkan air sirap tau..kalau sirap pun mesti ada campo oren kee..limau nipis kee..yang nyata membuatkan sirap tue berubah dari rasa sirap sebenar.. hi hi hi~

Untuk makluman, pokok rozel neyh bukan aku yang tanam, tapi mak aku yang menanam. har har har!. Aku rajen mengutip hasil je. Ingatkan kalau tanam xmenjadi, rupa-rupanya jadi..bijik benih neyh mak aku amik kat rompin..m.cik aku yang bagi masa kami beraya aritu. Lepas neyh dengar cerita nak tanam blueberry pulak..ada ke pokok blueberry kat malaysia neyh??..aku pun xtau rupanya cemana. Tah-tah mak aku saje je nk mengusik aku. Dia ingat aku caye la tue..ha ha ha..mak memang lucu, suka berdongeng tapi aku sayang mak aku..xoxo






nota kaki ke-1 : wajib mandi lepas amik buah neyh..pokok dia miang wooo~

nota kaki ke-2 : Buat jus bes. Rasa air yoget. Sape yang xsuka yoget memang la cakap xsedap. =p