Saturday, August 24, 2013

~~Yang pergi xkan kembali~~

Assalamualaikum.




setiap insan, pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana, akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa.

terdengar syahdu surah dibaca~~~


Aku dah xdapat nak teruskan senikata lagu kumpulan Rabbani ni. Sangat-sangat menyentuh. Tanggal 21.07.2013 jam 1.14am ayah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Derita penyakit buah pinggang yang dihadapinya 5tahun lalu dah berakhir. Allah telah menjemput abah aku dalam keadaan yang sangat baik. Abah meninggal bulan puasa, yang mana sedia maklum saat ahli-ahli kubur bergembira kerana tiada seksaan kubur, rohnya terus diangkat menuju ke syurga. SubahanAllah sungguh besar rahmat-MU yang diberikan kepada sesiapa yang meninggal pada bulan puasa. Arwah abah juga meninggal kerana sakit dalam perut iaitu tergolong dikalangan para husnul khatimah walaupun kami semua sedih dengan pemergiannya tapi abah lah juga yang sering menjadi sumber kekuatan kami adik beradik. Adik beradik aku semunya perempuan, semuanya berjiwa lembut, cuma mengharapkan abahlah sumber kekuatan kami semua. 


KOSONG. itulah perasaan yang dialami semua ahli keluarga setelah ketiadaan abah. Mak pun sama, selama mereka hidup berumahtangga setelah hampir 30tahun mesti terasa sunyi. Rutin yang dilakukan selama ni dah xde lagi. Rutin menjaga pesakit buah pinggang amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan ketelitian untuk mengelakkan jangkitan kuman amat-amat perlu diambil berat. Lebih kurang 5tahun mak aku mengadap perkara rutin ni, tiba-tiba dah xde. mesti terasa kan?? Ya Allah sedihnya rasa hanya Allah yang tahu. Aku xdapat nak gambarkan perasaan dengan kata-kata. Aku ingat lagi, saat mak merayu dengan nurse yang jaga wad ICU untuk masuk kedalam sebab nak bacakan yassin untuk arwah, tapi entah kenapa malam tu, nurse dekat wad ICU tu xbagi mak aku masuk. Setelah puas merayu, baru dia dibenarkan masuk. Masa arwah abah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir pun, aku adik beradik xde dikelilingnya. Kami xdibenarkan masuk pun. Itulah saat yang paling menyedihkan dan sangat-sangat terkilan. Kami nak berada di sisi abah saat dia dijemput. Cuma doa aku, kami sama-sama dapat berjumpa bila tiba waktu ITU nanti. 


Ya Allah, janganlah kau palingkan imanku terhadapmu. Kau lindungilah aku, keluarga ku, saudaraku serta saudara seIslam yang lain agar terus beriman kepada-MU. Amiin. 


Kawan-kawan sedekahkanlah al-fatihah untuk allahyarham. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amiin

#maaf entry ni sebulan lepas dah duduk terperuk dalam draf, baru harini berkesempatan untuk publish.


~~Genap Sebulan~~

Assalamualaikum 


Tajuk entry kali ni agak touching sikit, aku termenanges dah tadi. Aku rindu kat abah aku walaupun aku xrapat sangat dengan arwah tapi seriyes aku rindu dengan arwah abah aku. waaaaaa! (kelopak mata dah bergenang) tanggal 21hb genap arwah abah tinggalkan kami, sekejap je rasanya. Arwah abah pernah pandang mata aku dalam-dalam sebelum dia meninggal. Aku ingat lagi masa tu aku masuk bilik rawatan sebab nak bersalam dengan dia, aku dah nak gerak gi keje. Aku tanya dia, ada pape ke abah nak cakap dengan alin, dia cuma senyap je, bila aku lepaskan tangan, dia suruh aku hati-hati memandu. Tu jelah pesan dia tiap-tiap minggu bila aku balik rumah. Sedihhhhh weyh. Aku taip ni mata aku dh hujan lebat!  T__T

 ~~gambar ni masa 22.05.2013. / 8.30pm, arwah abah xlarat sangat sebab baru balik dari umrah. mula dari tarikh ni la arwah start xsihat sampai dia meninggal~~ :'(


Tahun ni raya pun dah jadi macam huru hara sebab semua macam xprepare apa-apa. Aku pun biasanya rajin buat kek, jadi malas sangat nak buat. Kalau dulu tiap-tiap tahun mesti aku la semangat xtido sampai ke pagi sebab nak siapkan kek. Arwah abah aku pulak akan datang menjenguk kat dapur time kek aku dah siap bakar. Buat pengetahuan korang, abah aku memang susah nak tido memalam, biasa la kan orang buat dialisis ni, dia jadi xboleh nak tido. kadang-kadang sebab lewat cuci air, jadi terpaksa la cuci sampai ke pagi,  boleh je tido masa cuci tu, tapi mata dia yang xmengantuk. :')


~~gambar ni pulak masa hari rabu, mak call aku pkl 11.00am tarikh 18.07.2013. mak cakap abah dah xsedar. ni gambar sebelum masuk ICU. malam semalam sebelum kejadian, aku borak dengan abah aku, yang kami beraya kat hospital je, seronok xpayah masak-masak. orang datang melawat bawak bekal je. Aku xsangka tu kali terakhir aku bergurau dengan arwah abah aku. :'( ~~


Okelah, aku rasa aku dah makin sebak nak menaip bila aku terkenangkan kenangan bersama arwah. Kami adik beradik selalu doakan kebahagiaan abah kat sana. Al-Fatihah~

 "ALIN XLUPAKAN ABAH WALAUPUN KADANG-KADANG ABAH GARANG, DAH XDE ORANG DAH NAK DUDUK KAT SEBELAH ALIN MASA DRIVE, WALAUPUN ABAH TIDO, TAPI ABAH TAU ALIN BAWAK KERETA LEBIH HAD LAJU" :'( :'(


RINDU ABAH


~~arwah dengan abang dia, ayah andak aku. muka diorang sama kan? :') ni gambar masa sepupu aku kawen. xingat bulan berapa.~~


~~ni masa sepupu aku bertunang kat rompin. masa ni pulak arwah ayah aku dengan adik yang bongsu.~~