Tuesday, January 31, 2012

~~Percubaan 1st untuk dirasa, tapi belum lagi~~

~~bila tengok tag neyh, otak aku terus teringat KFC..ha ha ha!!~~


~~credit to gadis jumaat~~

Tadi mak aku call, dia cakap nak masuk contest x?? cewah contest la sangat. ha ha ha..sebenarnya kat kampung aku ada kelab wanita neyh buat pertandingan, mak aku cakap ada pertandingan memasak, buat cupcakes, menjahit dan tah ape lagi lah.Aku dengar ada perkataan cupcakes terus teruja..yehaaaa~ aku cakap :- makkkkk!! alin nak masuk..nak masuk, hadiah ape?? pergh bajet gila terus tanya hadiah kan, macam la menang..ha ha ha!! bila dah bercit-chat dengan mak aku setengah jam, aku mula memikir serta merancang agenda pada hari tersebut, owh by the way, tarikh pertandingan tue ialah masa hari maulidurasul nanti, hari ahad neyh laa. :)


Aku rancang nak buat hiasan simple-simple je sebab, bab buat kek memang aku reti, tapi bab menghias kek, tangan gebus aku agak kurang kreatif, nak masuk kursus pulak selalu xberkesempatan, jadi selalu harapkan tutorial online ajelah..ape lagi kalau nak buat masuk dalam pertandingan kan, memang aku akan jadi neves gila. ha ha ha!! aku rasa nak buat tags je laa, setakat nak picit cream atas kek tue kerja enteng! ceh~ oke nanti tengok je la yea, samada aku gunapakai tak idea neyh. Kalau bab buat kerja senang memang menjadi kesukaan aku. Kikiki :D

~~tags pic neyh kiut jugak kan?? hi hi hi~~

Thursday, January 26, 2012

~~Nak!! Nak!!~~


Cantikkan mixer neyh..he he he, aku mimpikan mesin neyh sekarang, selalu berangan nak buat pavlova..ha ha ha, sekarang mixer kat rumah aku tue dah keuzuran, alat-alatan membaking pun nak berwajah baru jugak, alahai..mimpi benda neyh siang malam. =P

Alatan-alatan membaking neyh sebenarnya bukan murah yea, kalau nak membeli sekaligus memang tidak lah, sebab orang cakap membaking neyh hobi elit. buahaha!! sebab apa dikategorikan elit bagi aku mungkin sebab melibatkan barang-barang segar dan harga dalam pasaran pun dikawal, cewahhh..tue pendapat aku laa, yea la kan, harga telur gred A dah rm berapa 1sarang, pastu kalau cheese pun nak yang import..sebab nak kek sedap neyh tadi kan.. =)

Aku minat membaking..hobi dulu-dulu suka buat caremel je, start dari kukus, memajukan diri mengenal ketuhar pulak. he he he, tambah pulak sekarang kek macam-macam corak, tue pun buat aku teruja. Impian nak bukak kedai bakery memang ada, tapi sebelum ilmu xpenuh didada aku rasa baik aku mengorak langkah kecik-kecik dulu. heeeee, apepun aku harap, satu hari impian aku untuk ada kedai bakery sendiri terlaksana. InsyaAllah. :)



**entry edisi berangan, pavlova pun aku xpernah terai nak buat sebab mixer aku xcanggih. sigh!! alasan..wuwuwu~

Monday, January 16, 2012

~~Nak Jadi Diva! Ahh Gedik =p~~




Diva lah kan..ha ha ha!! ada 1cerita nak cerita neyh..aku nak jadi diva..auwwww!! diva lah kan, muka sweet-sweet cemini memang patut mendiva. ha ha ha!! (nak muntah gi masuk tandas!) xde lah, semalam aku sesaje je jenjalan kat mall, sebab nak temankan roomate aku cari barang, aku terpandang guardian terus aku teringat sesuatu..*owh nak cari elancyl, budak kat FB cakap benda neyh sangat berkesan untuk masalah selulit*..aku pun masuk dalam guardian, tujuan nak tau harga je, sebab budak tue cakap dia beli kat guardian, aku baca review orang-orang yang pakai benda neyh pun cakap berkesan..perghhh, pempuan memang bernafsu kuat. ba ha ha!! keiginan yang kuat xmenjadi penghalang untuk aku memilikinya..cewahh~ dah kena puasa sebab bershopping-shoppingan masa tengah bulan. Padan Muka Aku!!



Oke bila masuk dalam guardian tue aku mencari jugak benda tue sebab malas nak gi tanya promoter yang kebetulan lelaki masa tue..he he he, segan cekkk..pastu bila gi kat tempat dia display barang-barang yang berkaitan tue xde pulak dah benda yang aku cari..nasib baik ada promoter perempuan keluar dari farmasi, terus aku tanya dia pasal elancyl neyh..tapi budak tue termanggu-manggu la pulak, dia pun xpernah dengar, last-last dia tanya jugak promoter lelaki tue..cehhhh!! oke bila dapat barang yang aku cari, promoter lelaki tue cakap..."akak nak ke barang neyh??" aku jawab, "aah..tapi nak tau harga je dulu. senyummm :) ", oke kejap yea saya scan..tettttt!! harga dia RM108.oo (dalam hati : uishhh mahal la pulak!!) oke xpe laa..saya nak tengok kejap boleh..so masa budak tue nak pass barang kat aku, kebetulan ada promoter lain dekat dengan aku, dia cakap sekarang ada produk yang sama tapi berlainan jenis tengah buat promotion. ALAMAKKKK!!


Promoter barang tue tunjuk set yang tengah promosi tue, dia siap cakap lagi dengan aku membazir beli barang yang sama tapi hasil xmemberansangkan sebab benda lebih kurang sama, yang lainnya ialah jenama..dalam hati neyh aku cakap : mintak-mintaklah xtergoda..tapi akhirnya terkandas jugak..warrrrgghhh menyesal masuk..ha ha ha!! benda dah jadi kan, alang-alang kena la pakai..aishhh~kalau xkurus lagi xtau laaa..sekarang aku tengah merajin nak menyapu segala lotion yang wangi-wangi sebelum tido. he he he..sedap rupanya. Selama neyh amik xendah je pasal neyh semua kan..syoknya berwangi-wangiannnn..macam duduk dikelilingi bunga. Cewahhhh (berangan lagi!!)

Friday, January 13, 2012

~~Sadis, Sedih~~



Baru lepas baca kisah dia, sedih, syahdu rasa hati neyh sebab suami dia tetap pertahankan maruah isterinya kan.. aku teringat kejadian yang mungkin lebih kurang sama dengan dia, tapi kuasa Allah, yang tahu kekuatan hambanya setakat mana..aku xjumpa dengan perompak, tapi aku balik umah dengan keadaan yang baru selesai dirompak.

Masa tue xsilap aku kejadian neyh belaku awal tahun 2008, masa cuti raya cina..masa tue aku balik dari kenduri sepupu aku bertunang kat kampung, dulu kan aku tinggal dengan m.cik aku, jadi masa neyh aku balik rumah dulu dari dia, xsilap aku haritue m.cik aku neyh xdatang kenduri sepupu aku tue sebab dia nak gi kelantan pulak..masa dia tinggalkan rumah tue dalam pukul 3.oopm, aku pulak balik rumah pukul 8.00pm, so korang boleh agak masa bila perompak tue masuk rumah buat keje-keje neyh semua kan.

Nasib baik aku balik rumah masa tue dengan kakak aku, mula-mula masa masuk umah tue perasaan aku macam biasa je, happy-happy je sebab aku rancang dengan kakak aku, nak gi fun fair sebab m.cik aku xde kat rumah jadi xde sape boleh halang..Ekeke, ye laa..bukan ape, kalau m.cik aku ada susah sikit dah nak keluar malam tue, xbest la kan sebab duduk rumah orang pastu nak balik memalam. Masa dah dalam rumah, aku perasan semua lampu terpasang, aku piki mungkin la p.cik aku yang pasang sebab dia jangka aku akan sampai umah malam, pastu aku terus nak masuk bilik aku, tapi aku terpandang bilik p.cik aku yang berselerak isi laci..masa tue xsyak lagi, aku rasa p.cik aku cari barang, tapi xjumpa sebab tue dia selongkar..abaikan..abaikan..



Sepanjang laluan nak ke bilik aku kat belakang tue aku akan tempuh bilik sepupu dengan nenek aku, aku nampak bilik sepupu aku pun berselerak dengan kain baju, masa neyh pikir positip lagi..*neyh sah xjumpa baju, atau papa suruh cepat bersiap*...oke dekat bilik nenek aku pulak aku tengok laci terbukak, tapi xmacam mencurigakan pun, lagipun kat bilik nenek aku xde almari, jadi tue ajelah yang nyata nampaknya..bila aku sampai kat bilik aku pulak, aku nampak pintu bilik aku terbukak sikit, masa tue hati aku dah macam curiga sikit..bila bukak pintu bilik je, aku terkejut sangat-sangat bila nampak semua barang-barang aku ada atas katil. Kakak aku pun masa tue terkejut, lepas tue aku call p.cik aku, aku cakap dia ada selongkar bilik aku ke, tapi dia cakap xde, dia tanya kenapa, jadi aku jawab aku balik rumah neyh, bilik aku sepah-sepah, semua barang dalam laci berterabur.


Pastu hati aku mula rasa xsedap..aku tengok bilik maid, pun dah sepah..aku gi dapur terus amik pisau!! pisau..aku yakin mesti ada pencuri masuk rumah..Ya Allah, perasaan masa neyh hanya Tuhan je yang tau..kakak aku suruh aku rilek dulu, sebab dia pun dah takut jugak..aku berlari masuk bilik aku semula pastu tutup pintu bilik dan buat call, masa tengah cemas tue aku xtau siapa yang aku patut call, tapi kebetulan baru nak dial no tepon tue, p.cik aku call semula, aku pun cakap kat dia yang rumah dah kena masuk perompak..p.cik aku mintak aku keluar, gi dekat stor, sebab dekat stor tue ada lubang angin yang boleh tembus terus ke bumbung..dia mintak tolong aku tengokkan ada bunyi pape x kat dalam stor tue..bila dah orang cakap cemitu, lagi la aku gerun..serius aku takut..aku xtakut hantu, tapi aku takut orang. Menggigil-gigil tangan aku masa pegang pisau..aku call semua sedara-mara mintak diorang datang cepat-cepat sebab aku memang takut..call polis pulak masa tue banyak pulak la soalannya, aku neyh kalau boleh memang mintak mereka-meraka neyh datang segera.


Tapi masa tue aku rasa geram kat pihak berkuasa, boleh pulak xtau lokasi rumah kat mana sedangkan dah bagi adres full..sabo, sabo. Tapi yang boleh aku cakap ialah, memori rumah dimasuki perompak neyh memang melekat dalam ingatan walaupun harta aku yang hilang masa neyh ialah gelang zhulian. ha ha ha!! m.cik aku punya harta xpayah kira laa..jenis yang simpan kat emas kat rumah, memang joli katak la perompak tue semua. Yang menjadi kemuskilannya, jam tangan yang branded-branded xde pulak diambilnya, pastu emas putih pun xamik, yang diorang amik emas kuning dengan duit syiling. sah penangih neyh.



Eh sebelum tue, lupa nak cite..kejadian neyh menyebabkan aku keluar masuk balai la jugak, pastu ada lagi kejadian yang bakal terjadi tapi sempat disedari, masa aku balik dari balai polis untuk buat report, masa tue dah dekat pukul 3.00am, ada sebijik kete dekat belakang rumah m.cik aku, lepastue p.cik aku yang follow sedar ada orang duk perhati rumah tue lagi, p.cik aku mengekor jugak kete tue tapi lenyap, hilang tah kemana sebab driver tue bawak laju macam pelesit, yang aku perasan masa tue, kat dalam kereta tue ada la 2-3 orang..Eeeee, dah dapat banyak hasil rompakan pun xpuas ati lagi ke??.


Sesiapa yang ada pengalaman rumah dimasuki perompak, banyak-banyaklah bersabar yea, mungkin Allah memberikan ujian sebelum kita dapat mengecapi kesenangan yang akan datang, insyaAllah, amin.