Thursday, September 29, 2011

~~Moroyan lah dalam Fesbuk!! Twitter xmo letak??~~




Eh!! Eh!! kalau xsalah kenapa sampai moroyan nak sewel / sial kan orang?? perli-perli dan mula lah keluarkan hadis-hadis sahabat. Subahanallah ada orang cemini. Kot yea pun nak pertahankan diri awak tue betul sangat-sangat jangan la keluarkan perkataan cemitu. Elok sangat lah perangai cemitu kan!! bawak-bawak lah diri tue dekat dengan PENCIPTA yang agung..kita neyh kat dunia sementara je. Aku bukan lah nak cakap diri aku neyh sempurna, baik sangat, tak langsung..cuma kadang-kadang eloklah sering mengingati satu sama lain. Aku xsimpan dendam dengan diorang neyh semua, apa yang aku harapkan semoga kalian mendapat hidayah dariNYA kelak. Amin.



Tuesday, September 20, 2011

~~Mak xbagi Berkawan Dah. TiTiK!!~~





Sebelum kejadian pembahagian duit yang xsekata tue, aku amik keputusan untuk cuti lama, nasib baik apply awal, jadi aku xde lah terpikir sangat soal tue. Aku aply cuti dari hari selasa sampai isnin, kebetulan hari jumaat tue cuti hari Malaysia, jadi amat-amatlah dinantikan cuti itu..he he he

Aku rancang cuti neyh dengan kakak aku sebenarnya, tapi malangnya dapat berita las minit dia kena gi ke Terengganu ikut abang ipar..adehhh!! tapi better dia ikut suami dia kan, dapat pahala kurang dosa bila berjalan dengan aku..ekeke, isteri kena dengar cakap suami..hu hu hu~

Kalau ikutkan perancangan memang banyak tempat aku nak gi, shopping lah, beraya umah kawan-kawan lama lah, tapi tu lah kan, kita hanya merancang, DIA jugak yang menentukan semuanya. Aku xdapat gi semua tempat sebab kakak aku xde nak dibuat peneman. Kalau ada kakak aku, senang sikit kot sebab dia kenal jugak dengan orang yang aku nak gi beraya neyh. Aku nak gi beraya rumah kawan ayah aku yang masa dia keje kat kolumpo dulu tapi kena cancel la pulak sebab kakak aku xde.

Jadi disebabkan aku duduk kat rumah m.cik aku, aku pun dah xde idea nak kuar gi jenjalan kat mana..he he he~main tenet ajelah jawabnya..untuk jadual aku hari ahad pulak, aku dijemput datang ke rumah kawan aku yang duduk kat taman koperasi polis fasa 2 kat batu caves, mula-mula masa dapat jemputan tue, aku rasa serba salah, samada nak gi atau xgi sebab aku segan. Ho ho ho~mak segan noksss!!

Kebetulan ada jiran aku kat kampung bekerja area kolumpo, jadi aku call dia untuk ajak meneman aku gi rumah terbuka member neyh tadi. Dia setuju, jadi misi untuk hari ahad neyh nanti bakal terjadi lah kan. Tiba masa yang dinantikan, sebelum gi rumah member aku neyh, kami-kami neyh menghadiri walimah dulu kat kelang, jadi masa perjalanan balik rumah nanti la bercadang nak singgah rumah kawan aku neyh tadi.

Bila dah mencari bagai, sebab sempat sesat gara-gara GPS tunjuk jalan xbetul, tinggal lagi 1lorong lagi nak masuk perumahan mamat neyh, aku dapat call dari kakak aku, dia cakap jangan gi rumah kawan aku tue sebabnya mak aku xbagi. Sebenarnya memang aku xbagi tau mak aku yang aku dijemput gi open house rumah dia ari ahad tue. Mak aku dah hot kat rumah sebab aku xbagi tau dia yang aku nak gi rumah mamat tue. Kakak aku cakap, jangan la berani sangat nak gi rumah orang yang dia xde pape hubungan dengan aku.

Neyh semua gara-gara mamat neyh pernah bawa aku gi Kelantan aritu, family aku neyh ingat dia dah betul-betul seriyes suka kat aku, las-las statusnya masih mahu berkawan, jadi mak aku langsung dah xbagi aku berkawan dengan mamat neyh dah. Dia langsung xbagi aku berkawan, umphhh~~ mak aku dah boleh rasa apa yang akan terjadi, biasalah kan..naluri ibu neyh lain, dia boleh rasa yang lain kalau apa-apa yang akan terjadi kat anak-anaknya. Aku pun xnak mulakan perbalahan, aku ikutkan aje saranan mak aku tue.

Lagipun memang aku dah tawar hati kot lepas balik dari Kelantan tue, dia pun dah mula senyap jadi aku pun senyap ajelah, aku tau aku xlayak untuk dia. Aku dah buang semua benda berkaitan dengan dia, no tel pun aku dah delate, even dah ada sekelumit rasa sayang, tapi kalau benda yang boleh mendatangkan masalah kat aku pada masa akan datang, jadi biarlah dia berakhir sekarang. Jodoh pertemuan di tangan yang maha ESA. Dia yang mengetahui siapa yang layak untuk hamba-hambanya. Buat masa neyh, doa dan tawakkal ajelah penawarnya. Huuuuuu~~



Thursday, September 8, 2011

~~Bergaduh Cara Orang Dewasa~~

Fuuuuuuuuuuhhhh!! Banyak gila sawang dalam blog neyh?? Pemilik dia neyh siapa yea?? Pemalas gila..aku bermonolog. Ha ha ha!!

Oke abaikan monolog sensorang aku tue, aku nak cerita satu cerita gempak!! Gulp~gempak la sangat kan..tapi aku rasa mungkin boleh bikin gempak pun. Heeee~ tengok tajuk pun sure dah gempak. Gaduh beb!! G.A.D.U.H oke. Perempuan bergaduh?? Sure lah, memang kalau bab gaduh neyh mesti perempuan kan..hehe, maaf la perempuan, tapi aku pun perempuan. Hu hu hu~ for sure as a perempuan, aku xmain gaduh tarik-tarik rambut ehhhh..owh peliss!! =P

1st…AKU XSUKA LA ORANG BERLAGAK NAK JADI BAIK DENGAN HAK ORANG LAINNN…warghhhh!! Geram, ada orang kat opis aku neyh..nak tunjuk jadi hero la kenkononnya, tapi guna hak aku..oke, aku nak tanya sikit, kalau ada orang amik hak kau..memang dah nyata benda tue milik kau, lepas tue kawan kau neyh guna tanpa pengetahuan kau, kau tau benda tue xde dah, dan kau xakan dapat dah benda kau tue..APA YANG KAU RASA?? (mungkin korang rasa aku emo. Oke fine, ni baru permulaan)

Buat pengetahuan korang, benda yang aku maksudkan tue ialah DUIT..$$$DUIT $$$$ yea. Kalau kita buat kerja memang dapat upah atau ganjaran kan?? Macam aku pun, kalau aku dapat duit neyh maksudnya aku buat kerja lah kan..SOOOO.. Adakah adil kalau orang yang xbuat sebarang kerja dapat duit neyh jugak?? Sebagai seorang yang membuat kerja, apa yang kau akan rasa kalau orang yang xbuat kerja neyh dapat duit jugak?? Macam iklan dalam fesbuk tue, dengan mengadap fesbuk 24jam boleh jadi jutawan…hu hu hu~ tue pun oke sebab kerja dia mengadap fesbuk..ha ha ha!! Oke berhenti melalut.

Owh sebelum bercerita panjang, watak dalam cerita neyh ada empat (4) orang yang mana, dua (2) orang terdiri dari “orang yang membuat kerja” manakala dua (2) orang lagi “orang yang xbuat ape-ape kerja”. Biar aku gelarkan nama sebagai (kakak A)dan (kakak S) bagi yang xbuat kerja dan (kakak N) dan aku sebagai orang yang buat kerja. Faham dokk?? He he he~

Sebelum dapat upah tue lagi, aku dah tau jumlah duit yang akan dapat, jadi kakak N neyh ada cakap kat aku yang dia nak bahagi duit tue kat kakak A dan kakak S, aku pun setuju lah TAPI aku ada bagi tau kat kakak N yang aku akan bahagikan yang bahagian aku dengan jumlah-jumlah tertentu, tapi bila aku bagi tau cadangan aku yang nak bahagi dengan jumlah “sikit” dia macam xbersetuju pada mulanya, jadi aku terangkan lah kat kakak N yang aku ada nak buat sesuatu bila dapat duit tue..jadi dia pun SETUJUUUU..masa perbincangan perihal duit neyh, kakak A dan kakak S xmasuk sebab duit tue hanya milik aku berdua dengan kakak N.

Tiba hari dapat duit, kakak S yang ambil duit tue dari pemilik yang nak bagi kat kami berdua tue, senang cerita, orang yang bagi duit tue ialah m.cik aku. Sebelum bagi duit tue, m.cik aku ada call aku bagi tau yang dia akan datang ke ofis untuk bagi duit tue, tapi tiba waktu dia sampai kat opis, aku sedang bizi, kakak N pun sama jadi kakak S lah yang turun amik duit tue dari tangan m.cik aku..masa m.cik aku bagi duit tue, dia pesan kat kakak S suruh bagi duit tue kat aku, tapi kakak S macam tau tue duit imbuhan untuk aku dan kakak N jadi dia pun tanya kat m.cik aku cemini “eh bukan bagi duit neyh kat kakak N ke??” soo m.cik aku dia xnak nampak sangat yang duit tue adalah duit imbuhan, jadi dia pun cakap “owh..xkira lah sape-sape yang awak nak bagi.” Jadi bila kakak S naik atas, dia terus bagi duit tue kat kakak N TANPA PENGETAHUAN AKU. (neyh pun aku tau dari sumber m.cik aku, dan aku sendiri bertanya kakak S masa neyh aku buat apa sampai dia pulak yang turun amik duit kat m.cik aku sedangkan m.cik aku suruh aku yang amik duit kat dia.)

Petang hari yang sama, sebelum balik kerja, kakak N datang kat aku dan dia hulur duit yang xcukup dengan jumlah yang aku nak, aku tanya mana yang selebihnya, tapi dia jawab yang dia dah bagi kat kakak A dan kakak S..WTFish!! damnnnnnnnnn!! Masa neyh aku dah rasa menyirap, darah aku rasa mendidih tahap lebur besi dah, panas hati bila aku tau yang kakak N bahagi duit dengan mereka yang xbuat kerja neyh tanpa pengetahuan aku, sedangkan duit tue adalah milik AKU dan DIA. Tanpa izin aku, dan tanpa persetujuan aku dia bahagi dengan jumlah yang aku xsetuju. Damnnnn again. GRRRRRRRRR!! Sebab aku marah sangat adalah, benda neyh aku dah berbincang awal-awal dengan kakak N, jadi dia nak tunjuk dia baik hati dan bersifat pemurah dengan menggunakan harta atau hak orang lain. Hipokrit..hipokrit, seriyes aku benci orang yang hipokrit.

Boleh x korang bayangkan, dengan harapan yang tinggi kau yakin kau akan dapat banyak neyh, tiba-tiba jumlah yang kau dapat xcukup apa yang kau impikan..pernah x korang bagi harapan yang tinggi terhadap sesuatu, dan sekelip mata benda impian kau berubah xseperti yang kau harapkan?? Memang rasa bengang gila lah kan. Kalau aku bengang, tapi aku xtau lah kalau korang ada sifat penyabar yang tinggi. Mula-mula aku anggap yang sememangnya bukan rezeki aku, tapi bila teringat cara pembahagian yang nyata sangat berat sebelah, aku xsetuju sangat-sangat.

Keesokan harinya mood aku datang opis dah jadi lain, aku senyap dan bercakap pun benda yang penting aje. Aku suruh kakak N mintak semula duit bahagian aku kat kakak-kakak yang xbuat kerja tue semula, tapi kakak N cakap, dia dah xtergamak nak mintak sebab dah bagi, so aku boleh cakap ape, kalau nak blame dia pun xkan dapat jugak melainkan aku mintak duit tue sendiri kat kakak-kakak berdua yang xbuat kerja tue. Yang menjadi persoalan aku sekarang, lepas kakak N bagi duit kat kedua-dua kakak yang xbuat kerja neyh diorang boleh pulak nak sentap dengan aku. Ape kes sebenarnya neyh?? Salah siapa diorang nak sentap-sentap. Aku ke yang amik duit diorang?? Ape yang boleh aku cakap, xmalu ke amik hak orang lepas tue nak buat muka pulak…bOOOOOO.

Diorang dah mula xbercakap dengan aku, aku pun senyap je sebab aku nak perhatikan apa tindakan diorang lepas dapat duit. Selama neyh berkawan, tiba-tiba jadi macam SHIT!! Aku dah macam kera sumbang dekat ofis sebab diorang dah xberkawan dengan aku lagi pasal duit tue..owh pelis lahh~sekarang neyh siapa yang makan duit siapa?? Xmalu ke makan hak orang, pastu xucap terima kasih langsung..aku bukan lah harap sangat terima kasih dari diorang tapi balasan yang aku dapat setelah diorang dapat duit aku..cemini ke?? Owh aku lupa, sebab duit diorang cepat kelabu mata..tue kesimpulan yang aku boleh buat kat mereka-mereka yang xbuat kerja neyh. Setakat xberkawan dengan diorang aku xmati sebab xde kawan lah. Beringat lah, kita xselalu ada diatas, bila tiba masa kita berada dibawah, masa tue amik pembaris, ukurlah sendiri langit tue tinggi ke rendah. SESUNGGUHNYA DIA LAGI BERKUASA DARI SEGALANYA.

Sekarang kawan aku kat ofis ialah budak-budak lelaki yang kerja kat site, aku kisah ape kan..aku sedih sebab aku ada kawan yang sikap diorang cemini. Terima kasih ya ALLAH sebab tunjukkan aku dengan siapa yang aku berkawan sekarang. Aku selalu berdoa biar satu hari ALLAH tunjukkan kebenaran di pihak siapa. Aku maafkan kekhilafan diorang, Cuma yang aku xmampu buat ialah menghalalkan ape yang diorang amik hak aku. Kawan-kawan aku yang cerdik pandai pun bagi peransang kat aku supaya sabar, tapi faham ajelah sabar manusia macam aku neyh sampai mana aje lah, setakat yang mampu bertahan tue xpe lah..kalau dah xtahan sangat hanya satu je lah tempat aku nak mengadu, hanya kepada DIA yang maha mendengar segalanya. insyaAllah.

P/S : tujuan sebenar bukan nak buka aib orang atau sifat diri sendiri tapi kadang-kadang, dengan menulis aku dapat luahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Fadilah Kamsah suruh bersihkan hati dari anasir-anasir luar, jadi dengan menulis aku rasa puas. :) :)