Thursday, November 5, 2009

~~Hilangnya Kekasih (2)~~

fuhh..fuhhh..abuk!! abuk!! achooo!! adoyai, lame xmenjenguk kat sini, dah nak bersawang blog aku neyh..hahaha, almaklumla bizi memanjang, sebab opis aku dapat projek baru, pas2 banyak keje nak kne buat, malam pulak aku cadang nak menulih tapi bizi ngan game dalam fesbuk plk..ekekeke..

haa..sepanjang aku membizikan diri dengan aktiviti kat luar & opis, sempat lagi baca novel..huhu, buku memang xleh lari dari tangan aku, even masa sekolah pun aku jarang nak baca buku mata pelajaran..hahahaha :)

kali neyh buku aku tajuknya ialah ILHAM HATI hasil tulisan DAMYA HANNA terbitan alaf 21..bagi aku buku neyh xdapat menarik perhatian sangat macam buku-buku yang pernah DAMYA HANNA tulih dolu-dolu..cite macam banyak berulang, ceh! kritik plk..ahhaahaha, buku neyh cite pasal seorang isteri yang mengidap penyakit Retrograde Amnesia, pelupa la senang cite..






~~neyh sinopsis cerita tersebut~~

Rian sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. namun itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde Amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan, Sayang seribu kali sayang, di saat perasaaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?

Monday, November 2, 2009

~~Visit Kelantan~~

~~perjalanan nak g pengkalan kubor, padi neyh menarik jugak..ekekeke~~




~~baru pas sampai, pekena laici kang dlu~~



~~tengok p.cik goreng ayam, untuk lauk nasi kukus~~



~~p.cik aku beratur (baju biru), beli makanan untuk kami..ekekeke~~




~~nasi kukus tersebut..ayam goreng dia punya la beso..ish3, :)) ~~




Pada hari sabtu yang lalu, aku telah pergi ke negeri Kelantan Darul Naim..(ceyh!! cam ayat karangan!) musim cuti2 malaysia dah tiba..hihi, agak seronok la jugak g kelantan, ni bukan la 1st time aku menjelajah negeri cik siti wan kembang neyh, tp yang bes kali neyh aku g ngn mak cik aku yg mmg bole layan laa..xmacam m.cik2 yang lain, ekekeke :D aku g kelantan neyh selain nak berjalan2 menhabiskan boreh kat kedai2 tpilih, aku amik kakak aku yang baru abes wat pektikal kat kelantan neyh, so jenjalan time laa.. :))

Sepanjang aku berada kat kelantan neyh, aku sempat la jugak g tempat2 yang orang cakap menarik perhatian..aku g wakaf che yeh, pasar siti khadijah, pengkalan kubor, mn lg eh?? aku pn da xingat dh..majoriti tempat2 yang aku g sume tempat orang2 berniaga..nak dapat barang murah la katakan..hehehe, aku x sopping sakan2 pn macam m.cik ngn mak aku neyh, serba serbi nak beli..aku pulak xberminat nak membeli, sebab mungkin bukan keperluan lagi kot..hihi, tunggu alin kawen dlu ehh, baru alin join d club..ekekeke :D

Aku kat kelantan 2hari, makanan kat sni bole tahan la jugak murahnya, tp yang buat ak kureng sket sebab mereka neyh x kira sangat kebersihan..erkk..aku pun kalau nak makan kadang2 tagak2 jugak, takot sakit pewot, ssh plk nanti..kalau masuk kat dalam pasar siti khadijah, fuhhhh lagilaaa..agak kotor sket..mintak mahap :D, tp aku mmg xleh bla laa..brrrr!!!




~~keadaan pasar siti khadijah, malas nak amik pic bebanyak, munsyukkk~~



~~kedai aku..hahahahha, ODW nk balik neyh, tsalah jalan, tny p.cik kdai jalan keluar kat mn..hehehe~~



Sunday, October 25, 2009

~~shopping mopping~~

~~banner ni la penyebab kaki aku nak g ke lokasi berkenaan, hahaha~~~

~~adik aku, sempat lg nk peace2..org lain pandang jew..tp nk kisah pe!!..huhu~~


aku baru je janji ngan diri seniri xmo g shopping benda yang bukan menjadi kepentingan, tapi keadaan shopping kompleks parkson yang membuat aku naik hantu nak g shopping..adoyaii..alin, kawal sket perbelanjaan, jangan melampau2..adehhh!!! korang nak tau, bukan setakat cite je yang ade blockbuster, shopping complex pn ade jugekkk!!! yang xtahan 2, umat manusia neyh punya la ramai yang serbu, aku pon xnak ketinggalan, rase macam "MAMA SHINCHAN" yang salu sangat g shopping..wahahahahaha, lawak2!!

ape yang penting, aku belanja xhengat...fuhhh punya la berhantu berbelanja, seb bek dalam diri neyh da timbul kesedaran sivik yang tidak disengajakan kemunculannya..kakakaka, jd belanja ape yang betul2 perlu & yang penting sume menda yang dingini dapat..perghhh bole tahan jugak nafsu belanja neyh, tp disamping itew, aku nak melepaskan bengang jugak, ni sume angkara m.cik ku itew, kalau x sebab dia sure aku xde nak tension2 memikir...eee..padah!!

yang tinggal sekarang neyh ialah, catit sume perbelanjaan bulanan dalam buku kira-kira..dan selamat bertemenung panjang..'RENUNG-RENUNGKAN & JANGANLAH DIAMALKAN SANGAT'..wahahahaa :D


~~aku pon nk jugakkk!!~~


~~p.cik nih tunggu balance duit, sesaje enterprem dlm neyh..ekekeke~~




Thursday, October 22, 2009

~~ATM CARD~~

tengah bulan..sengkekkk...nak tunggu minggu depan jew lagi ari gaji nak masyukkk..tapi dek kerana godaan yang melampau dari kawan seopis..hamekk ko!! melayang duit aku rm60.00 arini..pesal??? pesal??? beli kain pasang lagikkkk...muahahahahaha..sure mak aku bebel la pasni kalau aku balik umah pastuh bagi kain kat dia suh jahit...sowii mak, sebenarnya alin ingat xmo beli..tp????? GODAAN~~

~~ni lah kain pasang tersebut, melayang rm60.00 dwaktu tengah bulan~~


pesanan untuk diri seniri, len kali simpan atm card kat rumah, kuarkan jika perlu sahaja..adoyaiii, ade pn ssh, xda lg ssh..hehehe, ni la padahnya kalau belanja guna atm card..ingatkan kedai tersebut xterima card atm untuk bayar barang, ropenya skank ni da terima..waaa..pasni aku g kat bank bz mengupdate akaun je laa..seb bek xda kredit card, kalau ade..fuhhhh, xtau nak cakap camne..hahahaha =p

Tuesday, October 20, 2009

~~Sibukkk~~

adoyaiii..sibuk..bz..sibuk..aku tensen betul laa..asal nak buat mende jew mesti spoil, ni sume pasal ISO..ISO..ISO..selagi orang audit xdatang mengaudit sure la serabut pale hotak neyh..fenin2!!, lagipun sebenar-benarnya aku pun xbape tau sangat nak buat ISO neyh..dokumen dia punye la tebal, sume borang nak kena isi, setiap pegerakan mesti rekod..fuhhhh seyes aku sangat2 letih kalau terlibat dengan ISO neyh..2 belum kes nak susun dokumen yang macam dia suh buat, fail projek lagi, pastuh nak cop sume dokumen lagi..adoyaii memang bikin sakit pale la buat menda2 neyh..tapi apekan daya, dah keje yang menuntut sebegini rupa..cewah!!


skank neyh ari minggu aku memang salu kena balik kampung ( umah i laa)...xlama lagi kan mak aku bakal menimang menantu baru..hahahaha, bukan aku punya laa, KAKAK aku punya..ekekeke, aku pun kalau bole nak jalan sekali, tapi calon2 yang berkelayakan belum muncul2 untuk dinterbiu..kakakaka..sape nak kena interbiu sile isi borang yang diberi nama 'MY HEART'..kakakahh berangan jew lebey alin oiii!!! tapi itewla kan, nak buat camne, bia la..belum sampai seru lagi la tuu...ecececehhh~~~



aku kena balik kampung every weekend sebab kena la kemas umah slow2..nanti bila dah nak buat majlis xde la kelam kabut, nanti xde la jejeh air ketiak bila tiba saat waktu tesebut..hehehe, tapi yang buat aku bengang adalah 'NENEK'...waaaa seb bek dia xpandai nak baca tulisan rumi neyh..hahahaa, nenek aku punya peel mmg la sangat2 cerewet, sume kehendak dia kena turut..walaupun aku bukan lakategori cucu kesayangan, tapi pape hal mesti dia cari aku kalau bab2 untuk menyenangkan dirinya itew..biala korang nak cakap pape pun, tapi aku tetap xsuke ngan nenek aku itew..cerewet dia memang la sangat2..ishhh xtau la nak bayangkan camne...



aku tau la dia 2 dah tua, tapi aku nengok nenek member aku xde la cerewet sangat macam nenek aku, cucu kesayangan yang dibangga2kan xpenah amik hal dia, yang bukan kesayangan ni je la yang salu jadi pak turut...tp itewla kan, nama pun da tua, tapi kalau lebih2 sangat, keluar la suara laser dari mulut aku neyh...haaaa, hamek kau!! nak sangat..suh buat macam2, ape dia ingat aku neyh sotong ke, tangan ade 8..aku pun manusia bese jugak, da sepasang tangan..eeee gerammm laaaaaa..tension ngan nenek!!!

Thursday, October 15, 2009

~~Mimpi~~



~~selingan~~

Definisi mimpi adalah pengalaman turutan imej,bunyi,idea,emosi,atau sensasi-sensasi lain semasa tidur,terutama ketika tidur REM(Rapid eye movement).

Perkara yang dimimpikan biasanya amat mustahil atau tidak mungkin dalam realiti fizikal.Ia juga di luar kawalan pemimpi.Pengecualian kepada perkara ini dikenali sebagai mimpi nyata,yang mana pemimpi menyedari bahawa dirinya sedang bermimpi dan kadang-kala berupaya mengubah persekitaran mimpi dan mengawal pelbagai aspek mimpi.persekitaran mimpi lebih realistik dalam mimpi jelas.



arini nak dijadikan cite, aku xtau la npe mata sangat mengantuk, nak cakap tdo lewat sangat rsenya mcm bese je..nak cakap aku makan ubat pn xjugak..tp yang pasti arini merupakan hari yang sangat-sangat mengantuk, sampai tdo kat opis pun xsedarkan diri..adoyaii..xpenah2 tdo waktu tengahari, arini bole pulak tido..pulak 2 lame jugak aku tido..dari pukul 12.45 - 2.00pm..
fuhhh nasib baik bos xmasuk..hehehe, tapi xsalah jugak sebab aku tido waktu rehat, bukan waktu bekerja..ekekekehh


mimpi yang sangat xlogik, ala nama pun mimpi..aku bole pulak mimpi bunian tengahari buta...perghhh dasat sungguh...pulak 2 ramai pulak pelakon layar yang terlibat dalam mimpi aku siang tadi..adoyaii memang pale ting tong laa..kakakahhh, tapi yang dasyatnya aku dengan berani bole melawan sekeras-kerasnya tindakan bunian tersebut..nama bunian tapi hakikatnya muka mereka2 itew mmg tidak diketahui sehingga aku betul-betul dah sedarkan diri dia alam nyata..pelakon-pelakon layar hanya memainkan watak senyap dalam mimpi tengahari aku tersebut..


yang xbesny mimpi aku ialah, aku las2 mengalah dengan sifat garang yang ditunjukkan bunian-bunian tersebut..dalam mimpi aku nanges sedu2..hingus leleh2..hahaha mmg xtahan..celik jew mata mengenali dunia nyata, aku rse mata aku basah dan hidung aku berair..eeee..malu btl la mimpi siang2 hari..hahahahhahahahaha..xtahan nk gelakk~~~~













Wednesday, October 14, 2009

~~Hilangnya Kekasih (1)~~

sob..sob..Farish Hakimi???? seminggu yang lalu sering memberi kesempatan untuk bertemu denganmu, kini yang tinggal hanya kenangan yang terlipat d dalam kalbu..kau dah bahagia..segala derita dan kesengsaraan menanggung kerinduan telah terubat dengan berakhinya segala simpul-simpul kesulitan..kini kau bebas..kembali tertawa..kembali tersenyum..kembali berkongsi kegembiraan dengan yang tersayang.



kakakahh..aku rasa sgt lawak la plk buat ayat munge2 mcm dlm novel..tp mmg berangan nak tulih novel pn..ingat 2..(angan2), korang sure nak tau spe farish hakimi itew kan?? dia ialah hero dalam novel yang aku dah abis baca, tajuk buku 2 ialah CINTA KAU DAN AKU, penulisnya SITI ROSMIZAH..haa amek ko, penangan dia neyh mmg hebat, meleleh air mata aku membacanya..da part2 yang seedey, buat idong aku tersumbat dengan mukus..hahaha..buku ni actly aku pinjam kat member, aku nak beli tapi member aku cakap jgn beli lagi, pinjam yang dia pny jew, tp bila aku baca buku neyh, aku rse mmg xrugi la aku beli sbb citeny memang bessshh..rugi2 spe xbeli @ baca..ekekekehh.. =p


~~INI SIKIT JALAN CITE DIA~~

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa kau ingat, kau tu jantan ke, nak jadi driver," marah Mak Timah.


"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mla menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.


"Sayang, dari hati tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Pecayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."


Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa. suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepecayaannya?


~~ni la buku tersebut~~







Tuesday, October 13, 2009

~~Bakat Terpendam~~

~~ni ialah keadaan setelah keje kaler2 dah siap~~



~~hasil nukilan nurul ain & k.alin..hehehe~~



~~bz menyusun kaler..konon2 nak beralih tempat~~




~~tadaaaa~~



~~tangan aku pun nak turut serta jugak..kakakahh~~



sekali lagi dalam tempoh seminggu aku menjadi babysitter untuk menjaga budak yang berumur 3tahun, sure korang dah tau budak tersebut kan?? aku dah penah pos n3 pasal dia dlu..hehehe. arini dia duduk kat opis seperti biasa akan mengacau aku buat kerja, mintak kertas, gunting dan lain2 alat yang bole membantu dia menghilangkan bowing duduk terperap kat dalam opis..huhu, sian la plk kat budak neyh..adoyaii!!!



aku yang agak kebengangan melayan kerenah si budak itew, mengajak dia main lukis2 & warna2..hahaa..pe lg join sekali la weyh~~kacau aku sangat, nak men game FB pn xsenang..ekekekehh..tapi aku xmarah pun, ala bebudak neyh kalau cakap sekali, ingat pn sekali jew pas2 buat semula, las2 baik aku join sekaki..hahahaa..aku amik keputusan nak melukis..aku lukis siput b**** kat dia untuk dia warnakan, 1x...2x...3x...aku nengok lukisan aku..(dalam ati " eh cantik jugak aku lukis") wahahahahaha..aku seniri pun xtau ropenya da jugak bakat terpendam yang aku xnampak erkk!!! ecececehh~~angkat bakul sekali sekala xsalah kan???



dia punya la seronok dapat men kaler2..aku siap cakap kat dia, kaler cantek2 nanti dapat A++..haaa pe lg, semangat la dia mewarna..sian pulak tengok dia tue, budak lain enjoy jew duk tengok tb @ g sekolah..dia plk dah tperuk duduk kat opis..ermmm ni la pasal maid yang xleh dpercayai..nak anta sekolah pun dalam sesi perbincangan lagi..ermmm xtau laa..

~~AKUARIUM MAYA~~

~~pic permulaan aku setat bela ikan-ikan tersebut~~



~~neyh masa ikan peliharaan making love..dpt anak baru la gayenya :p~~~




pasal kegianan lg..hehe, bukan ape kan aku ni jarang ske main game tahap gaban tapi ble dah mengadap rasenya sume benda malas nak buat!!..sekarang neyh selain FARMVILLE aku dah gian membela binatang..bukan kucing..bukan arnab..bukan kumbang tapi IKAN..hahahaa..
walaupun hakikat aku sangat malas nak basuh akuarium kat umah, tapi bila dalam game neyh ari-ari aku duk mencuci, pas2 bg makan kat ikan-ikan tersebut..ekekehh



paling aku suka main ikan-ikan dalam neyh sbb aku bole beli ikan dasar laut yang cantek2..menarik..tertarik..kau mmg da BOMBB!! kakakahh..ok la erkkk, kemerapuan aku dah nak teserlah, nti aku seniri yg gile syok seniri..tp biala kn, aku punya hal la sume itew, korang bole tolong yang aku mintak tolong aje tau(perasan!!)..hehehe :D

Sunday, October 11, 2009

~~MAFIA WARS~~


oh tidakkk!!! aku dapat banyak invite dari kekawan suh aku join game ini, aku pun join laa untuk tidak menghampakan mereka semua..ekekeke (ayat membela) tp sepertinya sangat tidak menarik bagi aku, ini adalah kerana game ni xmacam game kesayangan aku iaitu FARMVILLE ku itew.. :)
korang nak tau x kenapa aku xberminat sangat dgn game tersebut, ia adalah kerana :



  • mula2 memang xreti step dia, tp dh diajar baru paham camne nak main..tx kepada cikgu yang ngajo aku.. :D
  • warna game tersebut xberapa menarik perhatian..aku tau dia game MAFIA, so kena banyak warna suram2..gelap2..ohh ak betul2 kelabu asap kalau main lame2 game itew..kalaula game MAFIA ni warna dia ceria..ak rse ati ni bole terus melekat kot..hahaha (puji FARMVILLE!!)
  • mainan perang2..tembak2..xsesuai dgn jiwa..biarla game pun, aku xske..



KESIMPULAN : AKU MEMANG XBERAPA MINAT GAME INI, IA HANYA UNTUK MENGISI WAKTU AKU YANG BETUL2 DALAM KEADAAN XTAU NAK BUAT PAPE..hehehe




Saturday, October 10, 2009

~~Appy Besday Afnan~~


~~aku pulak yg intprem..patut mak dia lorr~~



Afnan...uppss bukan anak erkk..tapi sepupu kecik iaitu anak pakcik aku. Arini umur dia genap masuk 1tahun bpe bulan ehh??? hihi..lpe plk nk interbiu mak budak kecik itew..tarik sebenar dia lahir bulan 8..tapi ni da bulan 10kn..aku tanya ayah si Afnan, npe lambat sambut besday, jawapan yg dia bagi "ala, dah nak dekat raya, buatopen house nanti sambut la sekali..saving siket"...hahaha, baguss2 rancang perbelanjaan jugak ropenye..ekekekehh..


Tapi yang xbesnya aku pulak yang xbpe sihat..adoyai, baru nak join main potong-potong kek, pewot pulak buat hal..so arini keje aku adalah terbaring atas katil menahan sakit pewot dan memuntahkan semua makanan yang aku makan sebelum aku sakit pewot td..memang xbes sesangat laa..dah la makanan penuh kat luar umah, aku dok memandang jew orang makan, seniri nak makan takut sbb nanti sure kuar semula isi yang aku makan itew..ermm apelah nasib.. :D kata orang penyakit itew rahmat, so terima la dengan redha.. :)

~~nk buat peace tp xjadik la plk..ekekekehh~~

Friday, October 9, 2009

~~gile dengan farmville~~

~~1st time beli gudang kat ladang alam tenet~~


~~pokok aku mati sebab lambat tuai~~ :'(


~~konon-konon pic aku bersama-sama tanaman lobak, ekekeke~~



mmg pon..semenjak 2menjak neyh aku memang dh gian sgt men game kat facebook..lagi2 game tanam2 neyh..hihihi..betul2 ilang tension tgk menda-menda hijau..saujana mata memandang..kakakahh!!! asal bukak FB, pagi2 memang tengok tanaman camne cite..hehehe, kawan aku ada jugak tanye,

kawan aku : ko xbusan ke alin mengadap je game 2??

aku : xla..bes laa..ko tgk binatang2 dia, mcm real jew..kalau depan mata ada ladang luas2 pn belum tentu aku bole buat camni weyh~~

kawan aku : hahahahahaha..alin da gile!! mmg pandai la omputih wat game neyh bg org mcm ko lalai, xtau dunia lua..

aku : gulppp!! (tekedu) senyum.. :)

betul jugak cakap member aku tue..ak memang dah jarang tengok tb..kalau dulu remote mst lekat kat tangan aku..surat khabar pn da org bacakan, 2 pn berita sensasi jew..balik kje, pas siap2 solat n pape yang patut..terus on9..wawawa..punya la dasyat penangan kebun online..

perhatian buat kawan-kawanku sekalian, kalau aku lpe kat korang, ingat2 kan laa ehh..hihi :D



Thursday, October 8, 2009

~~Pelik~~


aku xtau la nape sekarang ni ada lagi sesetengah ibu bapa xbagi anak2 dorang sambung belajar ke sekolah menengah teknik..alasan yang aku dengar ialah "kalau masuk sekolah teknik nanti masa depan kabur"...ishh mmg alasan yang diberikan xlogik langsung..memang xsekolah la orang tersebut..upsss!! tgeram pulak..hihi..kalau dipikirkan semula, semua sekolah dan semua bidang yang anak2 dorang nak hamek adalah minat masing-masing, tapi memang adatla kalau lepas je mereka2 yang masuk ke sekolah teknik ni dapat sambung belajar @ x...masalahnya sekarang, zaman celik it pn ada lagi orang sedemikian..hahahaha, memang lawak..






nasib baik aku dapat ibu bapa yang memahami minat anak2 dorang, walaupun kadang2 da jugak cadanganny yang aku bantah sekeras-kerasnya..heee, alah biasa laa remaja meningkat umur sebab nak membesar..hingus pn baru reti nak lap seniri..ekekeke, tapi pape pun ak tetap amik pandangan & cadangan orang tuaku sebagai panduan menempuh alam ini..insyaallah berkat..aminn :D

Tuesday, October 6, 2009

~~selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin~~

~~ni pulak pic aku 1family~~


~~pic aku, kakak & adik ke3 serta mak yg baik~~




muehehehehe..tlewatkah aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua??? arini baru 17syawal kn?? raya kn sebulan..so bile2 pn aku bole wish selagi belum abis sebulan..lagipn aku baru mula puasa ari semalam..hehehe..lewat siket sbb menghadiri semua jemputan open house umah sedara2 dan kengkawan..(ayt cover pose sunat lambat) :D

dah lama xmenaip n3 tbaru..kan aku dah cakap, sure blog nie akan t'abai sekejap...hehehe, mahap!! mahap!! bukan ape kan..maklumlaa bulan pose bz nak m'arrange bbuka kat luar laa..tolong mak masak kat dapur, pas2 nak g terawih, cite pas balik terawih plk bz bukak tudung saji semulaa..lapo weyh~~ lemak ilang mse solat 2..hahahaha...mn sempat nak menaip kat sni...hehehe..(alasan)

~~babysitter~~

~ni la budak tersebut yang bernama nurul ain~

ok laa..cerita serba sedikit yang lepas2 dh abih..let start d new story..cewah mcm byk sgt cite nak merapu dalam neyh..hahaaha~~
ak terasa sangat geram!!..waaa...cerita pasal m.cik aku xcaye kat maid dia pn 1 hal..pas2 p.cik aku tinggalkan anak dia kat opis untuk dijaga...erkkk..seminggu aku jadi babysitter kat opis..buat 2keje dalam tempoh yang sama...orang gaji yang ada kat umah bole senang lenang goyang kaki sebab xda kje tambahan yg biasa dilakukan sepanjang tempoh bekerja...ak jugak yang balik kepenatan kat umah..adoyaii..

06/10/09 adalah hari kedua ak jd babysitter untuk menjaga seorang budak yang berumur 3tahun..penat woo..walaupun xnakal tapi dia salu menggangu aku buat keje dan mintak macam2..nak xnk terpaksa la layan kehendak dia..

budak yang berusia 3tahun memang dah pandai cakap kn?? budak yang aku jaga ni pn pandai sangat cakap kalau dia nak pape dan dia telahpun diajar untuk bg tau kalau nak ke tandas untuk membuang yang kecik dan beso..so xpayah la pakaikan dia drypers lagi kn?? tp untuk kesekian kaliny harini budak tersebut berak dalam seluar..waaaaa nak nangis aku..aku dah pesan kat pakcik aku suruh bawak drypers untuk budak itew, tp dia tlupa..lagi la aku hangin..seyes ak geram sangat arini..kebetulan keje-keje opis pun melambak nak kne setel..

ermm..cakap lebey-lebey pasal budak tue pn xguna jugak, kalau reti baca blog aku neyh sure dia xberak dalam seluar kn..hahahaha..mengong btl laa..ok la abis cite pasai dia..esok kite tgk plk gelagatnya macam mana..huhu.. :)

Friday, September 11, 2009

~~~adiah OVERSEA~~~

Eceyh~~ceyh~~sedap betul dgr tajuk kan..mcm banyak jew menda yg aku dapat..hehehe, ceritanya begini..ehem2!! m.cik ak 1 family baru sampai malaysia pas anta anak dia melanjutkan pelajaran ke new york..dekat la 3 minggu dorang duk sana..fuhh, lama tue..aku pn xsanggup nk berkampung lelama kat negara org lg2 dlm waktu wabak H1N1 skank neyh..tp nak wat camne, kalau dia takutkan penyakit, sure la xkan lepas kesana kn?? hehe..aku jugak yang sedap duk kat malaysia time dorang xda..jd bos segera sekejap..(perasan)

pas dorg sampai umah pagi tue, waktu malamnye time 2 bagi gift kat sengsorang anak2 buah yg jauh dimata, tp dekat dihati..hehhe, golongan tersebut termasuklah aku~~howyeahh..ingatkan dapat surprise yang bes..TP!!! emmm, aku rasa mmg agak menghampakan & mengecewakan..tny nak ape?? aku ckp nak jam, tp yang dapat ialah : !!!

xpela, janji dapat gift dari sana kan..emm, ingatkan nk melaram time raya gift tersebut, bile pk panjang2, xjd la plk, sbb aku pun dah beli yang baru..hahaha, mmg lg better even brand xde la sefames mana..kekekehh =)



Sunday, August 30, 2009

kebun..kebun & kebun.. =p

kalau balik kampung mmg xsah kalau xda kutip hasil dari kebun nenek yg rajin bercucuk tanam..ngheee : )
aculy nenek bkn la penjaga setia kebun tersebut, upah indon tolong nengok2kn jew..sbb nenek xduduk kampung, tp every weekend akan balik kampung..seronok btl tengok tanaman menjadi..isshhh, berkat berbudi pada tanah..hehehe, bagus la nenek, ikut seruan kerajaan (",)

~~labu~~labu~~hehee, berat sebelah kete sbb penuh ngn labu~~ :D

semalam~~~

semalam aku balik ke pekan, kebetulan aku dijemput untuk majlis berbuka puasa bersama datin sri rosmah..adoyaii..kalau nk ikutkan hati mmg malas sbb majlis 2 semua khas untuk orang yang bergiat aktif dalam umno..huhu, aku??? emmm??? tukang menyibuk je yg lebey..kekehh :D
ramai jgk jemputan, orang bahagian pekan, anak2 yatim ngn warga ibu tunggal..macam2 peel nengokny..yg xsaba amik makanan..berebut2 amik cendol..hahaha, mmg mcm budak2..xreti nk Q..
datin yg bz bg sumbangan, ak plk pz berebut capture pic ngn cameraman RTM.. :D

~~cendol mamak~~

~~sebahagian hadirin, mke m.cik2 yg keboringan tunggu waktu berbuka..huuu~~

Friday, August 28, 2009

kerja yang MELAMBAK!!!!


adusss..n3 kali neyh mmg berkait ngn keje seharian kat opis..keje aku arini ialah menyiapkan file2 yg akan diaudit untuk ISO..mmg sangat2 melecehkan..tah pape..tp dh kehendak syarat yang menuntut sebahagian syarat2 untuk syarikat kontraktor yg memegang sijil CIDB gred G7...tp kalau nk ikutkan mmg xda pape pn ISO ni, sbg certificate untuk buat kje yg melebihi had tawaran harga yg ditentukan..hehehe, kreny mcm spe yg nk kaya cepat bole la upgrade gred keje yg dowg nk buat...ehh btl kew??? hahaa, tataw laa..huhu :D

Thursday, August 27, 2009

setelah sekian lama???

emmm..dah lame btl xjenguk sni..hampir-hampir melupakan kehadiran blog nie dalam idupku~~
arini puasa masuk ari ke 6..alhamdulillah, setakat nie boleh menjalani ibadah mcm orang biasa..ishh ttibe jew kn masuk bab puasa..dr ujung taun 2008, arini dh nk dekat ujung taun 2009 br nk bz2 menulih..hehehehe,biasa la 2..bz ngn rutin harian sampai bole mengabaikan sahabat sejati yg dulu salu mengadap..xpe la, pasni mungkin akan rajin kot menjenguk..tp npe kne gne MUNGKIN????