Wednesday, April 23, 2014

~~Cinta Mat Gelap~~

Assalamualaikum dan hai. :)



Baru-baru ni aku ada terbaca lagi cerita pasal mamat gelap ni. Modus operandi masih dari cara yang sama. Biasa aku dengar perempuan yang selalu tangkap cintan, tapi kali ni lelaki. haihhhhh parah sangat dah orang kita kalau macam ni. kau apehal?? aku xkawen lagi ni xde pulak nak cari. opsss!ha ha ha. Sebenarnya datang jugak kepelikan aku sebab ape ramai sangat yang mudah tergoda dengan ayat-ayat manis mereka nih. Sebenarnya diorang punya ayat bagi aku macam beria nak berkawan dengan kita. Pastu puji kita cantik atau whatever lah. Tapi mereka silap, aku bukanlah perempuan yang cair dengan ayat romantis, tapi aku cair bila rasa lapar, dan perlukan sneekers. hewhewhew. Nasib baiklah hati aku ni xmudah terpaut dengan kekacakan mat salleh. Tu je penyebabnya. Aku nak orang melayu dan kalau boleh berasal dari tanah air aku duduk sekarang ni. Nak tau?? owh tu kena cari sendiri. :) Perasannya!


Oke, kembali pada pokok pangkal cerita, aku biasa sangat dapat private mesej dalam facebook. Dah banyak kali mat gelap ni cuba nak usha line, but sorry to say, aku xlayan mereka nih. Aku xpercaya tetiba mat saleh berminat tengok profile aku kan. Kekadang bukan selalu pun aku guna gambar sebenar, selalu aku letak bunga ros, burung, gambar anak sedara pun diorang boleh minat. Kau buta ape cakap aku lawa. ha ha ha!

Jadi peringatan untuk korang, jangan lah mudah sangat terpengaruh. Sebab cinta korang sanggup gadaikan harga diri dan harta. Aku tau korang ada perasaan sayang dan cinta, tapi xperlu lah nak buat buta mata sangat kan. Korang boleh perhatikan tingkah laku, lenggok bahasa, guna la semua deria yang ada untuk tafsirkan orang. Benda comman kot. Oke lah. idea xde nak menaip panjang-panjang. bai. :)

-ni aku reply, are u malay??-

 panjang lebor dia reply bawah ni.










Monday, April 7, 2014

~~Cuci Gambar Online~~

Assalamualaikum dan hai. :)



Lama dah aku xbersiaran kan. Penyakit M datang tu la pasal jadi cemini. kikiki. Baru-baru ni mak aku baru balik dari melancong, dia ada la cakap kat aku nak cuci gambar.Dah dekat 5tahun kot aku xcuci gambar. Masa arwah abah aku ada dulu pun dia selalu suruh aku cuci gambar dia masa gi umrah dulu. :'( yelah, bukan ape, aku selalu postpone nak cuci gambar tu, kadang-kadang terlupa, kadang-kadang cakap nak survey tempat murah. Aku tanya jugak kawan-kawan yang biasa cuci gambar, majoriti semuanya cakap cuci size 4R tu seringgit sekeping. makkk aihhh! gila kau RM1 sekeping. Sampai la habis hayat arwah abah aku, xdapat jugak tatap album gambar tu. Yang aku selalu buat kalau dia nak tengok gambar dulu, aku buka kan laptop untuk dia, tengok dari laptop. Tapi kalau selalu bukak laptop pun dia dah naik rimas, last-last langsung xtengok dah. Tu yang aku menyesal xbuat cepat-cepat masa hayat dia dulu. Sekarang ni aku dah tau kat mana tempat murah nak cuci. Harga promosi dia RM0.30 je sekeping. Baru aku rasa berbaloi nak cuci gambar banyak-banyak. 200keping pun xkisah.


~~ni masa submit lps buat pembayaran tu~~
Kebetulan kawan kakak aku ada post link kat blog dia, yang dia cuci gambar melalui online je. Sebelum nak cuci gambar tu, aku mesej dia tanya pasal kualiti gambar yang dia cuci. Dia pun cakap oke kecuali gambar dalam handphone je dia tengok jenis telefon yang kita guna, sesetengah oke, sesetengah xberapa sharp gambar dia. Jadi aku test cuci dalam 198keping gambar dulu. Biasa orang test sikit kan, aku terus test banyak. Ahahaha! gambar dah bertanda, aku malas nak remove sebenarnya, tu xsedar sampai 198keping semuanya.


Sini aku sertakan link website tu oke. "cuci gambar murah". Sebelum tu korang kena register member dulu, baru boleh submit gambar kat depa. Transaksi pembayaran pun mudah. Guna maybank2u je. Kalau nak secara manual, boleh la b.in, tapi leceh sikitlah kerjanya sebab nak scan dan email semula. Kalau nak free postage korang kena la ikut syarat-syarat yang dikenakan dalam website tu oke. Bagi pendapat aku, oke la cuci gambar kat sini, murah, cantik dan servis pun cepat. Gambar dah banyak cuci ni, aku nak kena cari album pulak. phewww~(bayangkan gambar raya untuk 5tahun) :p

~~tadaaaaa, akhirnya sampai. aku puas hati so boleh sengih lebar-lebar. :) :) ~~




Tuesday, April 1, 2014

~~Seorang~~

Assalamualaikum dan hai. :)
Cerita ni adalah cerita semalam, tapi aku xde masa nak buka blog. Busy-busy manja giteww. Eh!
Semalam pukul 10.00pagi mak aku dan m.cik, p.cik aku berangkat ke tanah suci. Kali ni aku sedih sebak sikit walaupun biasanya aku akan nanges jugak. T_T sedih kot.
Tahun ni, tahun pertama mak gi umrah sorang diri. Biasanya mak ada abah, tapi tahun ni mak sorang, tu yang buat aku sedih. Sebelum bertolak mak ada gi pusara abah. Aku tau mak sedih tapi hidup perlu diteruskan juga.
Mak aku mesti terasa-terasa bila kat sana. Yelah sebelum ni mak sibuk uruskan hal arwah abah, nak cuci buah pinggang, kalau masuk wad, mak ada kat sebelah. Mesti semua memori tu mak ingat bila sampai sana.
Kali ni mak dapat buat semua aktiviti yang selama ni tergendala. Alhamdulillah. Semoga mak mendapat barokah dalam setiap ibadah yang dilakukan. InshaAllah. Allahhumma Ameen. :')