Thursday, March 31, 2011

~~Kalah Jantan~~



Perghh..tajuk ganas seyh~ha ha ha!! Aku stress..stress..kalau selalu stress cemini memang cepat la bekedot muka ala-ala baby face aku neyh.. hi hi hi. Xlah, sebenarnya bukan la ada masalah besar sangat pun, tapi bagi aku besar la jugak kot. :) kes xsuka makan ubat, sekarang padahnya tetap terpalit.

Penyakit batuk aku neyh dah nak masuk 2minggu setengah xsembuh-sembuh jugak. Cemana nak takrifkan setengah neyh yea?? ha ha ha!! oke, lupakan. Haah, dah lah lambat sembuh pastu buat suara aku hilang. Nak cakap dengan orang pun macam xde mood, bunyi suara garau yang mengalahkan jejaka melaya campo dengan bunyi semput-semput..boleh bayangkan x?? ha ha ha!! Biasanya aku boleh ceria-ceria kat ofis, tapi sebab xde suara neyh buat aku malas nak amik port. Kena cakap berulang-ulang sampai sakit perut. wuwuwu~ :( Las-las senyap..kurang dosa gossip..keh keh keh!!

Disebabkan suara xde neyh jugak buat aku xboleh gi mengaji. Luaran sihat sangat aku neyh, tapi kank kalau ustazah suruh aku mengaji keluar suara macam itik..malu ai~ he he he!! dah la lama xgi kelas mengaji sebab m.cik aku xde kat rumah, aku takut nak balik rumah kalau hari dah malam sangat, selalu duk terbayang ada benda mengintai dari atas bumbung.. wa ha ha!! dasyat la imaginasi karut aku neyh. Tapi aku memang takut kalau xde orang dekat dalam rumah. hu hu hu~

Oke, kembali pada pokok pangkal cerita, tadi aku gi stokis HPA. Nak beli barang sikit pastu dalam kedai tue ada peti es. Dalam peti es tue aku jumpa sesuatu. Mueh he he, memang sesuatu..Aku jumpa ubat. Nak tau?? kita layan gambar oke. :D :D

Nota Kaki Ke-Satu : Harap-harap lepas minum air asam jawa neyh suara aku kembali merdu macam siti nurhaliza. Ha Ha Ha!! :))

Monday, March 28, 2011

~~Tak Bersemangat~~




Rasa down gile.
Rasa Hampa.
Rasa Kosong.
Nak Menangis, Termenung.
Nak tengok pelangi.
Kan dah kata nanti sakit, tapi degil.
Padahhhhhhhhhnya tanggung sendiri.
Bleghhhhhhhh!!


Aku nak gi mengadu kat DIA.
DIA lagi berkuasa daripada penguasa-penguasa lain.
Isk..isk..waaaaaaa.
Tolonglah kuatkan semangat aku. Amin.

Tuesday, March 22, 2011

~~Jadi Ella lah lepas ni!~~

~~sempat buat penanda buku baru tadi..he he~~

Musim membatuk dan memdemam lah. Aku xberapa nak sihat lah pulak sekarang, Orang cakap sakit tue ujian..jadi aku sedang menempuhi ujian kecik lah kiranya neyh. he he he..seksanya batuk, sampai perit tekak rasanya neyh. Aku nak bercakap pun selalu sangkut dek batuk nak keluar dulu. ha ha ha!! dia pun sama laju je kan. Batuk neyh pulak jadi masa p.cik dengan m.cik aku baru balik dari US..sah kena makan ubat..wuwuwu~

(Balai ketibaan, airport)
aku : huk..huk.. (bukan batuk sengaja!)
p.cik : awak batuk pulak alin??
aku : hmph..
p.cik : dah gi klinik belum??
aku : belum (sah nak amik ubat lebih neyh.)
p.cik : hmph..xpe lah, a.cik pun rasa macam nak batuk, nanti gi klinik amik ubat lebih lah.
aku : (kan betulllllllllll!!) ~blegh~

#Selamat mengambil keputusan SPM esok pada semua calon yang menduduki peperiksaan tahun 2010. :)

Sunday, March 20, 2011

~~Twins~~






Semalam menghadiri kenduri si kembar..comel..wuwuwu~ tengok baby neyh masa kecik alahai takut sangat..kurus, kecik..tapi sekarang dah demok..demok.. :)) xcukup leher gayanya.. ha ha ha..anak sepupu aku sebelah ayah. Tahun lepas keguguran, sekali tahun neyh Allah kurniakan dua orang terus. Alhamdulillah rezeki. Kalau dapat anak kembar patutnya cuti berganda lah kan?? sebab dapat dua orang. Penat woo jaga dua baby dalam 1masa. Bes la tengok baby kembar. Sepupu aku yang lagi sorang, adik pada mummy si baby neyh pun sekarang tengah preggy..dengar khabar pun bakal melahirkan TWIN jugak..wohooo~ kalau dapat baby perempuan mesti seronok sebab boleh pakai baju comel-comel..ish aku pulak berangan lebih-lebih apesal.. ha ha ha~ ^__^

~~Pic besar tue abang. Pic kecik tue adik. tido aje kan? :) ~~


Wednesday, March 16, 2011

~~Lambat lah Lagi~~

Lambat lah lagi. Lambat lah lagi. Lambat lah lagi. Aku xmo ingat ayat neyh..bleghhh~ xde mood sangat-sangat. Owh sekarang menggila lagu neyh, bes la bagi halwa telinga aku neyh. Jom layan 1st edition + Aizat Amdan. :D


Monday, March 14, 2011

~~Kepulangan Bibik Tua~~


Dengan kehadiran seorang bibik dikala waktu m.cik aku gi bercuti membuatkan aku stress..sebab aku kena ajar buat kerja satu persatu..tapi yang tue aku xkisah sangat tapi kalau bab mengajar buat perkara yang sama setiap hari, itulah yang mendatangkan stress..kalau aku ajar dia matematik tue boleh la bersabar, tapi bab buat kerja rumah, setiap kerja yang harus dibuat kena bagi tau setiap waktu, memang la betul-betul menguji kesabaran aku. Aku xtahan dah, aku meset p.cik aku bagi tau perihal bibik baru. P.cik aku tanya umur berapa pastu terus cakap suruh call agen. Agen pun satu, permintaan mahu yang muda dan larat buat kerja, dia bagi yang tua buat ape..dah xreti buat ape-ape. Nak suruh macam-macam pun takut sebab dia dah berusia.

Hari neyh aku call agen suruh amik bibik neyh, jadi stress aku dah tamat. Bibik dah kena hantar balik ke agen. Sekarang akulah yang jadi bibik..wu wu wu~ xkisah lah kan, janji aku tenang sikit dari stress. Balik keje je dengar dia mengadu macam-macam. Pernah aritu masa dia mula-mula sampai kat rumah m.cik aku tue, dia biarkan kain dekat ampaian basah kena hujan sebabnya dia cakap aku kurung dia dalam rumah. Dia xjumpa kunci pintu letak kat mana. Ya Allah..sabar je lah, aku dah bagi tau dia dah kunci pintu letaknya dimana sebelum gi ofis pagi tue. Tadi dia dah hantar dia balik dah. Babai bibik..aku tunggu bibik yang muda pulak datang. =p

Saturday, March 12, 2011

~~50% Taken~~







Not me..ha ha ha, kawan facebook lah..FACEBOOK..wah wah..teruja kan..aku pun xpercaya persahabatan aku boleh berpanjangan cemini, cuba tengok sini. Bermula dari saling 'add' sampai kenal ahli keluarga. tuelah kelebihannya..berkawan biar seribu,.bercinta biar satu..iaitu kepadaNYA. :D

Baru balik dari kenduri pertunangan doktor Hanis. Majlis lancar semuanya, alhamdulillah..mak kak hanis pun baik. Majlis kahwin pulak bakal berlangsung bulan MEI nanti, InsyaAllah. Masa kawen nanti akan diadakan di Rembau, berjalan jalan kesana lah nanti.. :) alin doakan semoga akak dan pasangan berbahagia selamanya. aminn. :D

#neyh ialah aksi gedik sebelum bertandang ke majlis.. ekeke =p


Monday, March 7, 2011

~~Kenangan Lalu~~

~~Neyh LEEN bukan KIN (mafia) ..ha ha ha~~


~~2O Ogos 2OO1, lama dah melekatnya.. he he he~~



Minggu lepas chating kat YM dengan kawan sekelas masa fom 2..tengah gosip tentang perkembangan semasa dan perkembangan masa depan..LOL!! tetiba timbul isu mula perkenalan masa zaman sekolah dulu-dulu mue he he he.. lucu nak cerita kisah lalu, memang seronok kan jadi xmustahil kalau ingat memori sampai sekarang pun..dia neyh dulu minat sangat dengan LEEN MAFIA kartun dalam buku majalah UJANG..aku pulak xlayan menda-menda cemini sebab berlainan minat..aku minat ala kanak riang jadi xpayahla bagi tau...he he he, yea lah masa tue kan xmatang lagi jadi suka lah benda yang merapu neyh..jadi kikin a.k.a ding dong kebetulan sangat-sangat kat rumah m.cik aku neyh ada meja study, pastu sepupu aku ada tampal page kartun neyh kat meja study dia, nostalgia neyh sebab dah lama. Aku post entry neyh khas untuk kau. ^___^




Sunday, March 6, 2011

~~Adik Sakit..Aku Pun Sakit~~

~~Ambil pic neyh masa tunggu adik aku masuk MRI~~

Musim sakit lah sekarang neyh. Adik aku jatuh masa camp solat kat MRSM Kuala Berang, jauh betul Kolej Tinggi Mara neyh buat camping solat. Adik aku pulak jenis kepala batu siket, dah tau kaki sakit pun tunjuk gagah lagi..haih~ dah kena gi Kelantan amik beliau. Aku xsuka jalan-jalan ke Kelantan sebab jauh woo~ xsanggup la nak gi kesana..dengan xde highwaynya..jalan sempit, tengok kelapa sawit je la sepanjang perjalanan tue. bleghh~ lagi 1, sangat susah bagi aku nak cari tempat makan yang bersih sikit. Maaf, bukan maksud nak menghina tapi ketidakpuasan hati cuma. :)


~~Masuk wad day care sekejap sebab ward penuh, 1st time kena cucuk..wuwuwu~~


Sepanjang perjalanan gi kelantan aku rasa macam bad mood sikit. Geram dengan orang. Orang neyh jauh sikit, bleghhh..geram!! geram!! bengang!! mula-mula meset-meset kat henpon oke je, pastu bertukar corak pulak. Bad mood terus..tension betul lah dengan kaum berlainan jenis neyh. Xmemahami..wuwuwu~ :'( sekarang mood merajuk.

*************
#neyh post yang adik aku nak share masa aku diactive akaun facebook aritu. Aku tertarik dengan post orang neyh. Aku rasa korang pun mesti pernah rasa macam neyh kan?? Jemput baca. :)

JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..

Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”

“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

Friday, March 4, 2011

~~Dlm Perhatian Faceblog!!~~


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.


TERIMA KASIH

Nota Kaki ke-O1 : Saja suka-suka menambahkan komuniti.. :D :D

~~Cunta Cinta~~

~~bekas hantaran doc hanis, hand made oke~~

Wah!! Wah!! sekarang aku berada di zon mana neyh?? ha ha ha!! semangat lah member nak bertunang..nak berkahwin, aku seronok tengok mereka bila mereka seronok..seronok..dan seronok..cehh!! Kawan seofis dah nak tamatkan zaman bujang, kawan kat hospital pun dah 50% melangkah ke masa hadapan, aku?? macam harapan tinggal harapan je neyh?? OMGgg~



~~baru nak setat projek membuat bekas hantaran~~


Mood hari neyh macam nak layan lagu selow-selow lah pulak. Nak dengar lagu sifu-sifu lah, baru nyaman sikit telinga neyh. Sebab hati pun tengah tenang kan?? hi hi hi.. :)