Wednesday, November 12, 2008

S.E.N.Y.U.M :)


SENYUMLAH DEMI AWET MUDA.

huh..tajuk pn dh tarik minat aku nk tau lebih lanjut..hehe, biasa la ppuan memang mudah tertarik ngan fakta yang menggoda ni..antara yang menarik yg aku baca pasal senyum ni ialah :

  • senyuman mempunyai kebaikan sama dengan jogging..hah?? ni menurut pakar saintis laa, pastu ketawa pula meransang seluruh tubuh agar dapat memberi manfaat yang berguna kepada sistem otak & hormon dalam badan.
  • bila senyum, badan berada dalam situasi dimana kita kelihatan gembira, senyuman dapat memperlahankan aliran darah yg melalui sinus ke otak.
  • ketika kita senyum, kita sebenarnya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka ketika mengerutkan dahi.
  • senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah yang secara tak langsung boleh meransang proses penyembuhan.
  • senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia dalam badan secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, artritis dan ulser.
  • ketawa juga mampu memperbaiki fungsi usus, keadaan ini akan meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan.
  • dalam ajaran islam sendiri mengatakan senyuman itu sedekah, senyuman juga mampu menjadi penawar penyakit rohani yang kronik, senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu.

No comments: