Thursday, December 26, 2013

~~Rangkuman Bulan Disember 2013 (1)~~

Assalamualaikum dan hai. :)


Sari berita utama. Semenjak masuk bulan disember ini keadaan saya teramatlah tidak dijangka. Ini kerana kejadian banjir yang terbesar di Pahang telah berlaku. Eyh poyo pulak nak menaip ala-ala berita, bahasa pun lintang pukang! ki ki ki. Oke dah lama xmencoret isi hati dan luahan rasa kat sini, jadi aku rangkumkan ajelah ceritanya. Kaedah mudah gitewww~ :P


  







Kita mula cerita pasal Banjir dulu yea. Start bulan doblas ni, aku xdapat gi keje dekat 10hari jugak la, 1st time aku rasa banjir. Banjir pulak tu kat rumah sewa, bukan rumah sendiri, aku xboleh bayangkan kalau banjir berlaku kat rumah sendiri. Penat weyh banjir ni, Harta benda pun habis. Itewla nikmat yang Allah nak bagi disebalik musibah yang terjadi kan. Kita hanya seorang hamba, yang xberkuasa untuk melawan takdir yang telah ditetapkan. Kejadian tu semua rahsia DIA, yang kita dapat buat hanya berdoa.


Kejadian banjir ni menyebabkan hampir keseluruhan kawasan kuantan dinaiki air. Masa hari pertama banjir tu, bank-bank pun xdapat beroperasi. Masa kejadian tu aku ingat lagi berlaku hari isnin, hujan sangat-sangat lebat semalaman. Jadi hati pun dah xsedap nak gi kerja sebab rumah sewa aku ni selalu jugak banjir. Tapi setakat kat porch tu je, paling tinggi pun air naik setakat 1mata anak tangga je. Aku gi kerja kejap je sampai pukul 10.00 am, pastu aku balik rumah sebab nak tengok air naik paras mana dah.  Haritu aku xsangka pulak hujan sangat-sangat lebat, sampai air melimpah masuk dalam rumah. Memula tu setakat paras buku lali je, waktu tu aku rasa dalam pukul 12pm - 3.00 pm jgk la, pastu hujan pun surut, air dalam rumah yang naik paras buku lali tu pun surut jugak. Pastu aku rilex je duduk rumah sampai pukul 6.00 pm. Kat luar hujan lebat semula, dalam pukul 6.30pm tu air laju je masuk dalam rumah semula, sepupu aku yang duduk kat sebelah rumah pun suruh siap-siap nak berkemas. Tengah bersiap-siap nak mengemas tu, air naik dah paras betis dah, terkejut weyh air naik laju sangat. Kiteorang keluar rumah dalam pukul 8.00pm kot kalau xsilap.


 

Keluar rumah masa tu turun dari tangga air dah paras pehaaaa..gila la sejuk nak mengharung air, dahla masa tu gelap sebab bekalan elektrik xde mungkin dimatikan buat sementara waktu sebab air naik kan, mengharung air dah sekian, lepas tu nak meniti longkang pulak. Weyh aku memang takut dengan banjir sebab kita xnampak ape yang ada dalam air tu, buatnya ada buaya ke, ular ke, memang aku xtau cemana nak lari. ha ha ha! dah lepas meniti titi tu, transport pulakkkkk xde, kereta kteorang menang dah xlepas dah sebab jalan utama nak masuk lorong perumahan air dah naik tinggi. Paras dada dah kalau nak rempuh. Jadi letakla kat tempat tinggi yang diyakini air xkan naik



 

Dah lepas mengharung air tu, kami duduk kat tepi jalan tu, tunggu pulak lori ke, hilux ke duk lalu lalang yang bagi tumpang, jadi pelarian weyh, kete peronda polis, trak askar xwujud langsung masa ni, yang ada cuma anggota polis duk meronda pakai moto scrambler tu, diorang harung air kehulur kehilir xtau ape tujuannya. Sebab apa aku cakap camtu, sebabnya mana lepas diorang nak g hujung jalan sana tu, air naik, nak mampus ke kalau redah, memang keje main air jela dia sebenarnya. Aku taip ni dari pemerhatian mata kasar aku la. Banjir ni susah sebenarnya tau, nak kena berpindah randah, pastu kita xtau orang yang OKU tu cemana keadaannya. Pastu bantuan xde, nak kudrat orang ramai bekerjasama sebenarnya. Bengang betul! Kesian warga emas, ibu mengandung, baby dalam pantang lagi. aihhhh~ malas la nak kata pape, fikir sendiri la.


 


Aku selamat gi rumah m.cik aku yang naik air jugak, tapi ada lagi surau untuk berlindung sebab kawasan tu air xnaik. Umah m.cik aku pun air masuk dalam rumah, tapi xde la tinggi sangat, paras betis bawah je. Kira oke la dari rumah aku dah paras lutut dah dalam rumah. 1st time jugak aku rasa tidur bawah air. ha ha ha! aku malas nak menyempit kat surau, jadi aku tidur kat rumah m.cik aku walaupun ada air. ka ka ka. Best jugak! Keesokan harinya, ramai orang keluar cari bekalan makanan, masa nih bantuan pun belum ada lagi, cuma aku tau, orang kat surau taman perumahan m.cik aku tu dia guna dana surau untuk beli bekalan makanan bagi mereka yang duduk menumpang dalam surau tu.


Oke la, aku malas dah nak menaip, korang layan gambar ajela, yang penting masa banjir ni banyak kemusnahan yang berlaku, kesian tengok orang tua-tua mengutip je barang yang dah dibuang. Aku punya kereta pun tenggelam. Kira ada la rezeki yang akan datang kan. InshaAllah. :D :D

















No comments: