Tuesday, April 1, 2014

~~Seorang~~

Assalamualaikum dan hai. :)
Cerita ni adalah cerita semalam, tapi aku xde masa nak buka blog. Busy-busy manja giteww. Eh!
Semalam pukul 10.00pagi mak aku dan m.cik, p.cik aku berangkat ke tanah suci. Kali ni aku sedih sebak sikit walaupun biasanya aku akan nanges jugak. T_T sedih kot.
Tahun ni, tahun pertama mak gi umrah sorang diri. Biasanya mak ada abah, tapi tahun ni mak sorang, tu yang buat aku sedih. Sebelum bertolak mak ada gi pusara abah. Aku tau mak sedih tapi hidup perlu diteruskan juga.
Mak aku mesti terasa-terasa bila kat sana. Yelah sebelum ni mak sibuk uruskan hal arwah abah, nak cuci buah pinggang, kalau masuk wad, mak ada kat sebelah. Mesti semua memori tu mak ingat bila sampai sana.
Kali ni mak dapat buat semua aktiviti yang selama ni tergendala. Alhamdulillah. Semoga mak mendapat barokah dalam setiap ibadah yang dilakukan. InshaAllah. Allahhumma Ameen. :')

No comments: