Thursday, November 5, 2009

~~Hilangnya Kekasih (2)~~

fuhh..fuhhh..abuk!! abuk!! achooo!! adoyai, lame xmenjenguk kat sini, dah nak bersawang blog aku neyh..hahaha, almaklumla bizi memanjang, sebab opis aku dapat projek baru, pas2 banyak keje nak kne buat, malam pulak aku cadang nak menulih tapi bizi ngan game dalam fesbuk plk..ekekeke..

haa..sepanjang aku membizikan diri dengan aktiviti kat luar & opis, sempat lagi baca novel..huhu, buku memang xleh lari dari tangan aku, even masa sekolah pun aku jarang nak baca buku mata pelajaran..hahahaha :)

kali neyh buku aku tajuknya ialah ILHAM HATI hasil tulisan DAMYA HANNA terbitan alaf 21..bagi aku buku neyh xdapat menarik perhatian sangat macam buku-buku yang pernah DAMYA HANNA tulih dolu-dolu..cite macam banyak berulang, ceh! kritik plk..ahhaahaha, buku neyh cite pasal seorang isteri yang mengidap penyakit Retrograde Amnesia, pelupa la senang cite..






~~neyh sinopsis cerita tersebut~~

Rian sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. namun itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde Amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan, Sayang seribu kali sayang, di saat perasaaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?

No comments: