Wednesday, June 16, 2010

~~Kontroversi Seminggu~~

Wah! macam MELODI jew bunyi tajuk. Seminggu lebih dah aku xmenjenguk blog neyh, macam-macam cerita nak diluahkan, al-maklumla seminggu xjumpa ruang kesukaan, kecintaan..cewahh~macam la selama neyh aku rajin hapdet. :)


Sabtu : 05HB Jun 2010
  • Start cuti, balik ke Pekan, (Rumah ku Syurgaku dlm erti kata lain Home Sweet Home)
  • Boleh duduk senang-lenang mengadap TV sambil makan Kerepek ubi yang m.cik aku bagi untuk hidangkan masa orang ramai tolong buat kerja.
  • Bincang dengan mak tentang program hari isnin, apa yang perlu dilakukan.
  • Gi kenduri kat kampung sebelah.Makan nasi minyak orang lain dulu. :D
  • Malam tue pulak gi rumah sepupu sebelah abah, mereka ada buat majlis ulangtahun anak-anak mereka, kami join jew.. :D
pic neyh masa malam, lepas balik sambut bufday sepupu, mak aku geram tengok bunga dragon fruit neyh.




Ahad : 06HB Jun 2010

  • Agenda pagi-pagi ialah mau membersihkan halaman rumah, cakar sampah, buang daun-daun kering, cantas pokok-pokok bunga kertas yang mak aku tanam.
  • Dah kena marah sebab aku cantas pokok banyak sangat..haha (mak aku cakap, kenapa xbuang terus pokok bunga tue) =p
  • Kemas stor, nak masukkan barang-barang dalam rumah, ruang tamu nak kasi clear dari kerusi-kerusi.
  • Malam-malam mengadap door giff yang masih belum sempurna hiasannya, melengkapkan hiasan.

pic neyh masa hari gorong-royong tue.

Isnin : 07HB Jun 2010

  • Masih dalam suasana 'honeymoon' dari kerja-kerja yang banyak.
  • Tengok TV semua rancangan. Semua Channel dah tengok sampai tahap bosan melayan TV, las-las tido! :D
  • Malam tue, buat pertama kali aku cuba mempraktikkan resepi KEK COKLAT yang m.cik aku ajarkan. Tujuannya ialah, aku akan buat cupcakes untuk majlis kawen itew nanti.
  • Percubaan berjaya! hooray~~mak balik dari masjid, terus aku suruh dia rasa, mak cakap SEDAP! :))
  • Kalau dah sedap tue mestila kembang kan~haha
owhh..cupcakes aku herot petot, hahaha! tapi sedap, bekas cup tue xbole pakai untuk kukus, tapi aku degil, nak try jugak..nasib baik kek xmelimpah. :)


Selasa : 08HB Jun 2010

  • Sehari suntuk aku tua atas jalan, sebabnya, pagi tue aku keluar bertolak dari rumah pukul 7am, nak gi ke Rompin, rumah m.cik aku dengan bertujuan mau ambil hantaran kakak aku yang siap digubah.
  • Bertolak balik ke Pekan semula waktu tengahari, dalam pukul 12.30pm.
  • Dah sampai bandar pekan, jam menunjukkan pukul 1.30pm, mak suruh singgah pasaraya sebab nak beli gula, susah betul nak dapat gula sekarang neyh..bercatu!
  • Dengan kerjasama dari sepupu-sepupu yang ikut aku balik rumah ada 4orang, masing-masing membimbit beg berisi gula 2kg sorang, tambah aku dengan mak aku, kami dapat mengumpulkan 12kg gula. haha~ olrite! setel prob gula arini.
  • Gula untuk kegunaan kenduri dah ada, yang neyh cuma untuk tambahan je kalau-kalau xcukup bekalan.
  • Malamnya kami memunggah pinggan mangkuk yang ada dalam kabinet, keluarkan semua yang berkenaan untuk basuh atau lap-lap.
  • Tidur~~
hantaran kakak aku yang dah siap.


Rabu : 09HB Jun 2010

  • Pagi bangun macam biasa, berkemas-kemas ape yang patut.
  • Tengahari tue pulak, mak aku suruh aku memasak sebab dia dah sibuk nak ke kuantan dengan abah, bawak tukang masak sekali sebab nak gi beli barang-barang macam rempah-rempah yang nak diguna masa memasak hari kenduri nanti.
  • Aku masak yang simple-simple je sebab tetiba ada penyakit M=MALAS! ngheee.. :) janji semua kenyang okeh, banyak lagi keje yang belum setel.
  • Dah siap semua-semua, aku keluarkan barang-barang aku pulak iaitu bahan-bahan nak buat kek. Penimbang berat, Penyukat tepung, Butter, Telur, Gula Ising, Serbuk Koko dan lain-lain. Aku sukat siap-siap semua bahan-bahan neyh pastu masukkan semula dalam kabinet, asingkan bahan untuk buat kek sebijik-sebijik. Bukan ape, nanti bila hari orang sibuk aku rasa agak leceh nak timbang-timbang, tue belum masuk bab pengacau lagi.Budak-budak berlari-lari kat dapur lagi, yang tangan suka merangas macam-macam lagi payah nak buat kerja.
  • Setel kerja aku, aku duduk kat ruang tamu, baring menonton TV sambil tunggu mak & abah aku balik dari beli barang-barang. :D
pic neyh dah nak hari kenduri, memasing masukkan telor dalam bekas.


Khamis : 10HB Jun 2010

  • Mak dah mula gelabah, orang-orang kampung dah mula datang kat rumah, nak membantu buat apa-apa kerja yang berkaitan, dengarnya nak mengacau kuih nasi manis a.k.a wajik. Aku minat kuih tue tapi yang lembut la, kalau yang keras awal-awal dah kena tolak tepi. :)
  • Masa hari neyh aku tua kat atas jalan jugak, hehe..sebabnya aku gi kuantan untuk ambil baki bekas hantaran. Bekas tue ada kat rumah m.cik aku, jadi aku gi sana nak amik benda tersebut, pastu gi kedai tukang jahit kat jalan gambut, ambil baju nikah kakak aku yang dah siap. Pengantin mak aku xbagi keluar, jadi baju dia xley nak fitting-fitting dah, aku hangkut je la. :) Banyak tugas aku masa ari neyh, sesak la jugak napas. Sampai rumah pun dah waktu maghrib.
  • Bila sampai kat rumah, aku tengok khemah dah siap dipasang, kereta orang-orang yang datang menolong pun banyak. Nak dijadikan cerita, masa aku sampai depan rumah, nak parking kereta,adela kereta depan aku neyh nak undur ke belakang, aku pun ikut sama mengundur, sebenarnya bab-bab mengudur neyh bukan kepakaran aku.
  • Bajet punya bajet, undur punya undur dengan penuh kosentrasi tetibe KEBOMM!! HAH!! dah sah aku langgar sesuatu. Betul la, aku betul-betul langgar pokok durian yang ada kat tepi kawasan khemah tue, memang sangat xperasan. Adehh~melayang lagik duwit pasni.
  • Semua orang yang ada kat dalam rumah keluar, "kenapa alin"?? "orang terlanggar pokok durian neyh laa" kakak aku pun keluar masa tue, dia cakap abisla dia kena ganti. hehe, mintak mahap, betul-betul xperasan!
Baju kaler putih tue la aku gi amik kat lana taylor, kat jalan gambut.


Jumaat : 11HB Jun 2010

  • Bizi-bizi masing-masing dah ada kerja masing-masing. Jadi kena buat kerja. Harap Maklum.
  • Petang tue ada pulak kes emergency yang menyebabkan aku kena gi ke kuantan semula. Adehhh, sangat tension, dah la malam neyh ada majlis khatam al-quran, jadi untuk meringankan beban aku memandu pada waktu malam, aku ajak p.cik aku temankan ke kuantan, sekaligus menyuruh beliau memandu.. :) Masa bertolak ke kuantan tue jam menunjukkan pukul 5.30pm.
  • Sampai rumah dah nak dekat pukul 8.00pm, jap lagi majlis khatam pulak, saudara-saudara terdekat dah berjemaah magrib dan bertahlil kat ruang hall rumah, aku bergegas bersiap apa-apa yang patut.
  • Sebenarnya aku pun patut join group masa majlis khatam tue, tapi disebabkan terjadi hal-hal tertentu, maka terpaksa dilupakan hasrat tersebut. Mak cakap nanti majlis kahwin aku pulak, aku khatam semula.
  • Owhh, hampir lupa 1 perkara..tenaga pengajar untuk majlis khatam al-quran neyh nanti terdiri dari 3 orang guru. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Salah seorang daripada guru lelaki tersebut ialah kawan aku semasa sekolah rendah dulu. Panjang ceritanya untuk diperkenalkan. :)
  • Tapi bila tiba majlis khatam tersebut kawan aku sampai lewat, sebab?? sebabnya beliau tersesat, dah sampai ke Pekan pun. Alahai~ tapi dia tetap datang gi rumah aku malam tue. Thanks Zuhairi kerana memenuhi jemputan.
Kyusyuk masing-masing mengadap kerja. hehe :)


Giff yang nak bagi untuk tetamu.

neyh malam majlis khatam al-quran.

sepupu lelaki, 2 org je yg join khatam.
Sabtu : 12HB Jun 2010

**gendang dipalu, pengantin malu, duduk bersanding, tersipu malu**

neyh la pengantin baru.


aku jadi pengapit time neyh. bleghh!!
  • Jam 4.00am, sepupu aku masuk bilik kejutkan aku suruh bangun sebab tok sebelah abah aku suruh bangun, gi ke Pekan untuk ambil santan yang ditempah. Adehh~pukul 4.00am tue, las2 lepas subuh baru aku kejut p.cik aku mintak temankan mak aku gi ambil santan ke Pekan. Jarak perjalanan dari rumah aku ke bandar Pekan ambil masa lebih kurang 30min.
  • Lepas dah kena kejut dengan sepupu aku tue, aku terus bangun sebab teringatkan cupcakes belum taruk ising lagi. Pas basuh muka, gosok gigi, aku gi ke dapur keluarkan creamwell yang dah aku letak kat atas meja awal-awal lepas keluarkan dari peti ais.
  • Taruk dalam mangkuk, isi gula ising dengan pewarna pink siket pastu on kan suis mesin, grrrr~~bunyi mesin pemukul dengan mangkuk kaca berlaga. haha~! dah cukup sebati, aku masukkan krim tersebut dalam plastik acuan, dan kemudiannya picit la kat atas cupcakes tersebut. :) SIAPP!
  • Kakak aku datang ke dapur, menjengok aku tengah buat ape, hehe..dia pun bangun awal sebab katanya nak menggosok baju nikah beliau. Alang-alang dah masuk dapur kan, aku paksa beliau melipat kotak yang nak diisi cupcakes tue, hihi..masuk dapur lagi, sapa suruh kan, dah dapat keje free. :)
  • Ohh..hari dah siang, aku xmandi lagi, kakak aku yang sedang bizi dalam bilik sebab mak andam beliau dah sampai untuk mendandan. Dia pulak terjerit-jerit suruh aku mandi.haha~almaklumla aku kan nanti bakal jadi pengapit. cewahhh~~penting jugak jawatan tue time kawin neyh kan? :D :D
  • Pukul 10.30am kakak aku gi ke masjid untuk dinikahkan. Alhamdulillah semuanya selesai pada pukul 11.30am. Majlis persandingan pulak pada pukul 1.00pm. Berarak sudah, makan sudah, jemputan pun dah ramai yang balik, akhirnya selesai jugak sebuah majlis perkahwinan kat rumah aku. Kakak aku pun dah bertukar status, dan aku pun dah dapat abang ipar.
  • Perasaan menerima abang ipar ialah, aku rasa sangat kekok, segala pergerakan agak terbatas. Alahai, segan la pulak nak lincah-lincah macam biasa, abang ipar pun aku xtau nak gunakan panggilan apa kalau nak berinteraksi dengannya, insyaallah lama-lama nanti okey kot. :D
neyh la cupcakes yang dah siap letak ising, bagi kat kawan-kawan sahaja. Masih terdapat ruang kosong. hehh~

rupa cupcakes bila dah ada dalam kotak.

owh..neyh la kawan aku, sek rendah sama kelas, las-las jumpa kat pahang.

neyh rakan seofis, kecuali yang lelaki berbaju putih tue, sepupu aku.

neyh pulak pic ibu kat opis aku.

pic yang neyh plk mmg sure la aku..haha!

No comments: