Wednesday, April 28, 2010

~~Denyut Kasih Medik~~

~~buku ni aku beli kat kedai AL-ANSAR (kalau xsalah laa..)~~



Cewahhh..tajuk macam aku neyh seorang doctor jew, doctor to be pun xkan jadik punya la..hahahaha! tajuk diatas adalah berdasarkan buku yang aku baca lorr..bukan ape saje-saje nak kasi gempak walaupun realitinya xde la gempak sangat..hehe. Buat pengetahuan, ni pertama kali aku beli buku yang berbentuk islamik, disediakan hadis, pelbagai coretan kehidupan & ada unsur fiqh dalam penceritaan. Alhamdulillah, lepas abis baca buku ni, datang kesedaran dalam diri untuk lebih dekat padaNYA. InsyaAllah.


Buku Denyut Kasih Medik ni memang bes, xbosan masa membaca sebab cerita dalam buku ni terjadi macam kehidupan realiti. Kisah masyarakat sekeliling dengan pelbagai ragam dan peel, kadang-kadang aku pun akan fikir sedemikian tapi penyelesaiannya bukan camtu.heh~ Novel ni aku xtau la pengalaman penulis sepenuhnya atau x, tapi dari gaya penceritaan macam ye je. Novel ni menceritakan tentang perjuangan seorang doktor pelatih (houseman @ HO) di Hospital Selayang dikenali sebagai Dr.Muslih. Dalam kehidupan yang sibuk sebagai seorang Doktor, beliau sempat menyelitkan unsur-unsur dakwah terhadap pesakit yang mendapatkan rawatan dengannya, rakan-rakan dan orang di sekelilingnya.


Dr.Muslih menerapkan nilai-nilai seorang muslim terhadap dirinya yang sering dipandang sinis oleh rakan-rakan sepejuangan dan masyarakat sekeliling, tapi beliau ada cara tersendiri untuk menarik minat seseorang dengan cara menasihati dan seterusnya beliau bertawakkal pada Allah S.W T tentang dakwahnya untuk mengingatkan bangsa seagama dengannya menjadi muslim sejati. Apa yang aku kagum dengan watak Dr. Muslih ni, beliau seorang yang berani menegakkan kebenaran tidak kiralah seberapa besar pun pangkat orang tu kerana dia yakin bahawa sesungguhnya tiada yang lagi besar dan lagi hebat dari Allah S.W.T


Selain tu, novel ni jugak menyelitkan fiqh perubatan yang sering kita ambil endah x endah tentang jenis-jenis ubat yang dipakai oleh pihak hospital samada ia halal atau tidak untuk digunakan kepada pesakit muslim, yang mana sebenarnya ada ubat lain sebagai jalan alternatif untuk menyelamatkan pesakit.


Lagi satu yang aku suka part Dr.Muslih ni nak menamatkan zaman solonya, yang mana beliau xpernah bersua muka dengan tunangnya, sekadar dapat biodata melalui email dan gambar yang sejaga diBLURkan, ditemukan melalui orang tengah yang sangat dipercayai dari segi agama dan kesolehannya. Beliau diberitahu bahawa bakal surinya nanti bersaiz XL dan berumur lebih tua darinya. Beliau tak pandang semua tu sebab baginya jodoh berdasarkan kecantikan adalah sementara, jika jodoh terhadap agama akan membuatkan kekal selamanya. :)


Kesimpulannya aku memang suka buku ni..sesuai sangat bagi mereka yang akan bergelar (HO), yang bukan HO pun bole beli jugak..hehe, buku terbitan telaga biru yang harganya rm23.oo (cehh sempat promot) nak pinjam dengan aku pun bole, tapi bersyarat iaitu kalau baca buku aku, sila sayang dia seperti sayang diri seniri okeh.. (^___^)

No comments: