Monday, November 1, 2010

~~Farmville Rozel~~

Zaman kegilaan main Farmville dalam fesbuk dah tamat. Aku dah pencen dari main game tersebut. Cukuplah berangan sampai awal tahun dulu..kebun anganan aku tue pun dah penuh dah. Kalau betul-betul jadi realiti sure sekarang aku jadi jutawan..pastu mesti nama aku tersenarai dalam carta top 10 jutawan malaysia, aku ditempat ke 5 teratas..kah kah kah!! tinggi menggunung impian bergelar jutawan ladang. :D :D tapi tue semua berangan..BERANGAN OKE!

Tapi yang nyata sekarang neyh aku jadi pekebun kecil kat sekeliling rumah. ha ha ha!! musim kebun aku sekarang neyh ialah menanam buah rozel. Mesti korang penah dengar kannn..aku panggil buah rozel neyh REBINA Malaysia. Rasa buah neyh masam-manis memang sebijik rasa rebina. Nak minum rebina masa raya?? boleeee..sila la datang beraya rumah ai oke. :) nanti xde la budak-budang yang datang beraya tue merungut macam dalam iklan rebina tue.."air sirap lagiii"... =)) alaa, selama neyh pun jarang hidangkan air sirap tau..kalau sirap pun mesti ada campo oren kee..limau nipis kee..yang nyata membuatkan sirap tue berubah dari rasa sirap sebenar.. hi hi hi~

Untuk makluman, pokok rozel neyh bukan aku yang tanam, tapi mak aku yang menanam. har har har!. Aku rajen mengutip hasil je. Ingatkan kalau tanam xmenjadi, rupa-rupanya jadi..bijik benih neyh mak aku amik kat rompin..m.cik aku yang bagi masa kami beraya aritu. Lepas neyh dengar cerita nak tanam blueberry pulak..ada ke pokok blueberry kat malaysia neyh??..aku pun xtau rupanya cemana. Tah-tah mak aku saje je nk mengusik aku. Dia ingat aku caye la tue..ha ha ha..mak memang lucu, suka berdongeng tapi aku sayang mak aku..xoxo






nota kaki ke-1 : wajib mandi lepas amik buah neyh..pokok dia miang wooo~

nota kaki ke-2 : Buat jus bes. Rasa air yoget. Sape yang xsuka yoget memang la cakap xsedap. =p

No comments: