Wednesday, January 26, 2011

~~Hiburkan Hati~~









Gaji dah dapat, mari berlibur..cewahhh~ macam banyak sangat je gaji aku kan. Biasanya kalau hari gaji cemini, aku and the geng akan keluar mencari lubuk-lubuk warung atau kedai makan yang sedap tapi harga boleh tahan la, lebih kurang macam harga mampu milik lah kan. Al-maklumlah, jawatan belum capai tahap CEO, yang tarafnya boleh makan kat hotel ZENITH hari-hari. ha ha ha!!





Tekak mengidam makan char kuey teow yang sedap..macam kat kuantan neyh aku tengok kedai yang jual char kuey teow bukan main lagi banyaknya..macam cendawan tumbuh xcukup ruang..bersaing kesedapan untuk buka selera pelanggan, tapi masih xboleh lawan kedai yang aku gi tadi. Nama kedai tue ialah CHAR KUEY TEOU JUARA..anda mahu jadi juara?? jadi mai pakai ramai-ramai gi kedai juara.. ngeh ngeh ngeh!! bagi selera aku lah kan. Disebabkan tadi hujan, jadi keiginan untuk makan membuak-buak sekaligus membuatkan aku nak oder buger BOB..





Baru aku tau, Buger BOB neyh femes jugak kat kuantan. Sebab apa dia femes?? Sebab dia jual buger setinggi menara KLCC..(dari sudut pandangan sang semut lah! ha ha ha!!) Oke jawapan sebenar ialah buger BOB neyh ada 7keping daging buger, eh lupalah berapa keping, xsure..(sebenarnya aku xpernah oder, kalau tgk dalam menu adalah) dan setiap set buger ada nama masing-masing. Yang aku ingat :



  • yang biasa-biasa aje = RM2.00
  • cis bedebah (ye ke x ni, alamak xsure lagi!!) = RM 3.50 ~ daging buger 2keping + telur + cheese..roti & salad & tomato mestiilah ada, kalau x bukan buger la kan.. :))
  • maaflah, ini je yang ingat sebab aku pun baru 1st time makan buger neyh..yang pasti sedappp. :D


Nota Kaki Ke - 1 : Bahagia betul kalau harga Buger Big Mac McD RM 3.50..mustahil kan?? jadi, sokonglah makanan tempatan. :)







No comments: