Tuesday, January 25, 2011

~~Mengada-Ngadalah!!~~





~~ koleksi celak lah yg banyak sekali, xtau lah tahun bila aku akan habis gunakan semuanya.. :)) ~~



Alahai..kulit ai sekarang perlukan belaian manja..auwww~ dulu xpakai apa-apa pun dah oke. Basuh pakai sabun mandi pun oke jugak..cuma sekarang je dia nak kasih sayang. ha ha ha!! Masuk Tahun 2O11 kulit muka dah mula tunjuk ragam. Al-maklumlah sebelum neyh xcukup kasih sayang. Kulit neyh macam jiwa individu jugak. Sampai 1 tahap, dia mula nak orang yang berlainan jantina untuk bertukar kasih sayang..cewahhh!! :))

Muka aku jenis yang xbermasalah sebelum neyh, cuma kadang-kadang adalah problem kulit kering, tapi belum mencapai tahap kritikal lagi. Kakak aku selalu bising, suruh aku jaga kulit walaupun xde masalah. Aku neyh pulak jenis ON OFF..he he he!! sekejap rajin, sekejap malas..tapi sekarang aku kena konsisten sebelum masalah lebih berat timbul. ~sigh~


Untuk pemilihan produk pulak, nasib baiklah kulit muka aku neyh bukan jenis yang demand..dia xmemilih produk mahai-mahai, dia tau tuannya kedekut untuk membeli perawatan muka neyh..ba ha ha!! Kalau beli pun sure lah tahan sampai lepas tarikh luput. Aku biasanya gunakan bahan-bahan asli, apa yang ada kat dalam rumah, benda tue lah nanti yang jadi sasaran. Contohnya kulit kayu manis lah yang biasa aku cilok kat dapur. :D :D berkesan tau untuk hilangkan jerawat..nak bagi jerawat kecut pn oke. Kulit aku lah, kalau kulit orang lain aku xtau.. ha ha!!


Tapi ada satu benda yang aku suka sangat-sangat, pantang jumpa yang cantik mesti aku beli..apa ehh?? Nak tau?? nak tau?? ia adalah celak mata atau nama omputihnya eye liner. Aku kan suka berangan jadi macam korea..mata bulat-bulat, kalau pakai celak mata neyh, mata aku akan jadi bulat lah. Sebab tue lah aku sangat-sangat suka dengan eye liner. ha ha ha!!



~~ pakai masker tebal, muka pun nampak bOOlat macam buger..ha ha ha!! ~~


2 comments:

Ayu Online Dairy said...

bagus lakai la celak.. nmpak muka berseri2

Alinaleen said...

ye ke?? tapi terlindung dgn spek lah..kena datang dekat lah kan, baru nampak seri..hahaha!!