Monday, March 14, 2011

~~Kepulangan Bibik Tua~~


Dengan kehadiran seorang bibik dikala waktu m.cik aku gi bercuti membuatkan aku stress..sebab aku kena ajar buat kerja satu persatu..tapi yang tue aku xkisah sangat tapi kalau bab mengajar buat perkara yang sama setiap hari, itulah yang mendatangkan stress..kalau aku ajar dia matematik tue boleh la bersabar, tapi bab buat kerja rumah, setiap kerja yang harus dibuat kena bagi tau setiap waktu, memang la betul-betul menguji kesabaran aku. Aku xtahan dah, aku meset p.cik aku bagi tau perihal bibik baru. P.cik aku tanya umur berapa pastu terus cakap suruh call agen. Agen pun satu, permintaan mahu yang muda dan larat buat kerja, dia bagi yang tua buat ape..dah xreti buat ape-ape. Nak suruh macam-macam pun takut sebab dia dah berusia.

Hari neyh aku call agen suruh amik bibik neyh, jadi stress aku dah tamat. Bibik dah kena hantar balik ke agen. Sekarang akulah yang jadi bibik..wu wu wu~ xkisah lah kan, janji aku tenang sikit dari stress. Balik keje je dengar dia mengadu macam-macam. Pernah aritu masa dia mula-mula sampai kat rumah m.cik aku tue, dia biarkan kain dekat ampaian basah kena hujan sebabnya dia cakap aku kurung dia dalam rumah. Dia xjumpa kunci pintu letak kat mana. Ya Allah..sabar je lah, aku dah bagi tau dia dah kunci pintu letaknya dimana sebelum gi ofis pagi tue. Tadi dia dah hantar dia balik dah. Babai bibik..aku tunggu bibik yang muda pulak datang. =p

No comments: