Sunday, March 6, 2011

~~Adik Sakit..Aku Pun Sakit~~

~~Ambil pic neyh masa tunggu adik aku masuk MRI~~

Musim sakit lah sekarang neyh. Adik aku jatuh masa camp solat kat MRSM Kuala Berang, jauh betul Kolej Tinggi Mara neyh buat camping solat. Adik aku pulak jenis kepala batu siket, dah tau kaki sakit pun tunjuk gagah lagi..haih~ dah kena gi Kelantan amik beliau. Aku xsuka jalan-jalan ke Kelantan sebab jauh woo~ xsanggup la nak gi kesana..dengan xde highwaynya..jalan sempit, tengok kelapa sawit je la sepanjang perjalanan tue. bleghh~ lagi 1, sangat susah bagi aku nak cari tempat makan yang bersih sikit. Maaf, bukan maksud nak menghina tapi ketidakpuasan hati cuma. :)


~~Masuk wad day care sekejap sebab ward penuh, 1st time kena cucuk..wuwuwu~~


Sepanjang perjalanan gi kelantan aku rasa macam bad mood sikit. Geram dengan orang. Orang neyh jauh sikit, bleghhh..geram!! geram!! bengang!! mula-mula meset-meset kat henpon oke je, pastu bertukar corak pulak. Bad mood terus..tension betul lah dengan kaum berlainan jenis neyh. Xmemahami..wuwuwu~ :'( sekarang mood merajuk.

*************
#neyh post yang adik aku nak share masa aku diactive akaun facebook aritu. Aku tertarik dengan post orang neyh. Aku rasa korang pun mesti pernah rasa macam neyh kan?? Jemput baca. :)

JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..

Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”

“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

No comments: