Wednesday, October 14, 2009

~~Hilangnya Kekasih (1)~~

sob..sob..Farish Hakimi???? seminggu yang lalu sering memberi kesempatan untuk bertemu denganmu, kini yang tinggal hanya kenangan yang terlipat d dalam kalbu..kau dah bahagia..segala derita dan kesengsaraan menanggung kerinduan telah terubat dengan berakhinya segala simpul-simpul kesulitan..kini kau bebas..kembali tertawa..kembali tersenyum..kembali berkongsi kegembiraan dengan yang tersayang.



kakakahh..aku rasa sgt lawak la plk buat ayat munge2 mcm dlm novel..tp mmg berangan nak tulih novel pn..ingat 2..(angan2), korang sure nak tau spe farish hakimi itew kan?? dia ialah hero dalam novel yang aku dah abis baca, tajuk buku 2 ialah CINTA KAU DAN AKU, penulisnya SITI ROSMIZAH..haa amek ko, penangan dia neyh mmg hebat, meleleh air mata aku membacanya..da part2 yang seedey, buat idong aku tersumbat dengan mukus..hahaha..buku ni actly aku pinjam kat member, aku nak beli tapi member aku cakap jgn beli lagi, pinjam yang dia pny jew, tp bila aku baca buku neyh, aku rse mmg xrugi la aku beli sbb citeny memang bessshh..rugi2 spe xbeli @ baca..ekekekehh.. =p


~~INI SIKIT JALAN CITE DIA~~

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa kau ingat, kau tu jantan ke, nak jadi driver," marah Mak Timah.


"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mla menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.


"Sayang, dari hati tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Pecayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."


Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa. suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepecayaannya?


~~ni la buku tersebut~~







2 comments:

raxm raxis said...

pastikan episod ke2 dia hero dia hensem

alinaleen said...

hahaha..
i akn pastikan.. :D