Friday, August 27, 2010

~~17 Ramadhan. Nuzul Quran Arini~~



Mari bertadarus. wah macam la selama neyh aku rajen sangat mengajinya. Kalau nak dikira-kirakan malam jumaat je yang rajin bukak kitab. Aku suka dengar ahli-ahli sufi mengaji macam Abdul Rahman Sudais. Khusyuk abes, kadang-kadang rasa terharu dengar bacaan yang dia baca. Kan bes kalau aku faham bahasa arab a.k.a bahasa al-quran neyh. Kalam suci Allah. Mesti aku lagi seronok nak baca al-quran kalau aku memahami maksudnya, hilang terus minat baca novel sebaliknya aku lebih menghayati al-quran. Doakan aku yea. Amin.. :)



Dah keluar pasal mengaji neyh aku teringat pulak kisah aku masa kecik-kecik dulu, tapi bukan la kecik sangat tapi dah tau baca la..hihi, aku mula mengaji masa umur 5tahun. Sekolah tadika islam Pasti, mengaji kat sekolah je dulu-dulu, belum ada guru khusus yang mengajar, eh guru tadika tue bukan guru ke?? haha~ Mula-mula mengaji dengan muqaddam dulu, banyak muqaddam aku dulu-dulu, macam-macam kaler ada, hujau..merah..oren.. oh ya, nak tau sebab apa muqaddam aku banyak?? sebabnya dulu-dulu lepas balik sekolah mesti aku keluarkan muqaddam tue pastu tunjuk kat mak aku muka surat yang aku baca pada hari tue, pastu letak merata-rata pastu hilang, pastu nanges-nanges bila muqaddam aku hilang, pastu mak aku bosan dengar aku nanges, jadi dia beli muqaddam banyak-banyak simpan stok, sebenarnya xla banyak sangat mak aku beli, dia tukar-tukar ngan adik-adik aku punya muqaddam je..hahaha~banyaknya ayat pastu kat sini.. :D



Bila dah masuk ke sekolah rendah aku kena mengaji kat rumah jiran aku pulak, tambahan lagi masa aku darjah 1, mak aku hantar aku masuk sekolah agama. Penat woo, pagi pergi sekolah agama, balik pukul 11.30am, pastu besiap-siap nak gi sekolah kebangsaan pulak sebelah petang. Pukul doblas bas dah datang amik..kadang-kadang xsempat nak tido rehat-rehatkan badan..tapi nasib baik ada mak aku, dia yang uruskan semuanya. Berat sebenarnya tugas seorang ibu neyh. Terima kasih mak..ehh terlari tajuk dah. Okey bila dah sekolah dua sesi neyh, jadi masa untuk aku mengaji bersama jiran aku tue waktu petang la, bila dah balik dari sekolah kebangsaan. Jiran aku tue ialah seorang atuk. Aku sayang sangat atuk mengaji aku dulu. Dia sangat-sangat baik. Atuk mengaji aku dulu ikut je apa kehendak aku..haha, kalau aku penat sangat aku mintak dia ajar mengaji 2x je..dalam marah-marah dia cakap aku neyh malas tapi dia ikutkan jugak..hihi :)



Berkat dari hari-hari aku mengaji, aku tamatkan al-quran masa darjah 4..lama kan?? sebab aku dulu banyak sangat alasan malas nak gi mengaji..penat la, pastu balik lambat la, kiranya aku neyh memang pemalas la..nasib baik aku khatam jugak. Mak aku buat pulut kuning dengan rendang daging masa aku khatam mengaji dulu. Seronok betul, aku bagi atuk mengaji aku pulut kuning dengan rendang daging dia sengih je..nampak gusi licin dia je time dia senyum, atuk kan xde gigi..haha.. :)

No comments: